Al Quran Nur Karim

Thursday, March 31, 2016

ayam rosemary maru

Hai hehe :)

semalam mencube2 la buat ayam bakar rosemary eceh kunun.. hahaha

resepinya sangatlah mudah huhu,
resepi suka hati sendiri je ni..
inilah hasilnye..

sedap botoi, petang ni nak bakar ape pulak ye hihi..



same plate all the time, ini pinggan mama i yang beli,
pinggan kegemaran sesungguhnya (y)


dan penutupnya aku makan ais cream tambah kacang sendiri yum yum.

syukur dengan rezeki yang ada alhamdullilah .. ~

Tuesday, March 29, 2016

syukur dan bahagia

alhamdullilah..
cuaca berkabus pagi2 ni sebelum pergi keje tadi..

sejuk je udara..



menara TM dari jauh.. berkabus belah bawah hehe

dan semalam ada sorang adik ni datang tengok2 rumah, mencari bilik untuk disewa,
xtau lah jadi sewa ke tak..

kalau jadi alhamdullilah..

kalau tak jadi pun tak ape lah..

hidup ni bagaimana adanye,
tetap juga lah membahagiakan
jika syukur tu ada dalam hati..

terima kasih Allah,
kene selalu belajar syukur dan redha ni..
pasti kuat semangat!!
alhamdullilah .. ~ :)

Monday, March 28, 2016

pokok bunga

salam isnin,

hai...

kali ni pun entry akan disertakan gambar2 tak berapa nak kemas pasal pokok tanaman yang terdapat di romah saya huhu..

semalam aku balik dari kL.. terus singgah bandar temerloh,
yang utama sebenarnya nak cari coolant water warna merah tu,
dan getah paip panjang untuk pokok2 bunga  yang dah terbiar dkt berapa tahun tak bersiram dan tak berbaja :(

cari2 barang yang nak dibeli, dapat getah paip jelah... coolant water tak jumpa, i is sad..

tapi takpelah dapat getah paip pun dah bersyukur.. hehe..
pastu aku beli baja pokok bunga juga..

so inilah pokok2 bunga mak yang diletakkan dekat rumah tempat aku bermastautin entah dah berapa tahun ni..


rumah orkid yang tak indah langsung hahahaa.. sebelah tu rumah jiran,meriah rumah dia tu dgn pokok bunga.

teruk betul rupa pokok bunganya, dah kuning2 daun :(

getah paip yang baru beli :D


rumah aku duduk ni rumah mak,
aku kirenya tinggal dekat sini tolong jaga2kan rumah mcmtu la..

dah pokok ni pun antara yang dipertanggungjawabkan..

tapinye itulah..

teruk betul aku ni..
mcm aku ckp kt entry lepas aku ni bukan orang mesra pokok..

tapi dont worry..

mula harini aku akan istiqomah jaga korang wahai pokok-pokok...
minta maaf sebab rasa tak penting nak jaga sebelum ni..
pokok pun makhluk Allah juga, yang perlu kita kasih dan sayang..
aaaa berdosanya...

dan yang magicnya, elok aku beli getah paip tu smlm, pagi2 ni elok hujan mendinginkan suasana..
alhamdullilah...

mendung lagi sampai sekarang.. :)

ni gambar tadi pagi otw nak pergi kerja

dan yang lagi bestnya pasal smlm jugak..
Quaker Oat ni turun harga.
murahnyaa yey!!! 
tapinya aku beli 2 jelah..
kesian dkt orang lain pulak karang,xdpt beli harga murah hehe..
cakap pasal quaker oat ni, baru tadi dapat perkabaran,
bekas pengetua dkt tempat aku kerja ni,
masuk hospital kene serangan jantung..

makanya, marilah kita amalkan cara hidup sihat, jaga kesihatan ye semua..
sape2 yang ada baca blog ni hehe.. 


pape pun alhamdullilah untuk hari semalam, 
dan alhamdullilah untuk hari ini...
alhamdullilah..
moga yang sakit,diberi kesembuhan.. amin..~

Thursday, March 24, 2016

pagar serabut, bunga telang

semalam sebabkan dah kusut buat assignment tak jadi-jadi..
terus merayap ke blog2 yang banyak gamba makanan..
hehe..

terhibur sikit hati..

dalam duk tengok2 tu terpikat pulak dengan kebun pemilik sorang blogger ni..
banyak pokok herba,ulam2 dekat kebun tu..
menarikk..

dan terpesona kekdahnya aku dekat pokok bunga telang dalam blog tu..
bunga yang orang guna untuk buat nasi kerabu warna biru..

seingat aku mcm ada dkt rumah,
itu pun pokok jiran... menjalar ke pagar berkarat aku haha,,,

balik keje semalam aku petik sekuntum bunga tu buat kajian..
ya, memang bila ramas2 dalam air , jadi biru airnye..

jadi betullah bunga tu bunga telang rupenya,
aku ingtkan bunga sena pagi .. hee...

tadi pagi sebelum g keje aku tangkap la gamba pokok telang yang berserabut dkt pagar tu,
sebab tak berbela terbior gitu je haha
pokok jirankan asalnya...

aku pulak bukan jenis mesra pokok..
gonekan pulok..




aku rasa lepas ni aku kene berlajar mesra pokok la..
sian pokok2 yang ada dkt rumah aku..
terbiar sengsara je.. haih..
dah la musim panas sekarang ni.. huww --'

Tuesday, March 22, 2016

entah la weh

takde ape cerita nak diupdate...

gambar pun tak ada nak disertakan...

kebelakangan ni yang agak berat...
ujian ujian....
ya Allah...

laptop rosak dah tak boleh nak repair..
orang tebang pokok buah hal..
aku yang menyusahkan jiran lagi dan lagi..

entah la weh...
moga bertabah..
amin..~