salam..
berkait dengan posting sebelum ni,
sambil aku memulakan langkah untuk aktifkan balik hidup dengan senaman,
aku mula balik juga dgn diet atkins aku yang dah tak berapa ketat da aku buat,
dah hampir setahun rasanya dari tempoh mula-mula dulu aku buat..
memang power menjadi dari diet-diet lain..
kenapa ??
sbb mcm dalam gamba ni tunjuk...
diet atkin ni waktu 2 minggu permulaan yang sangat berdisiplin tu,
tak bole gula,yang manis2 langsung tak boleh.. hatta buah buahan sekali pun..
roti,mee, nasi, sos, kicap , bahan perasa semua2 lah tak bole..
tak susah dekat aku mee,roti,nasi tu.. sbb aku memang da kurang makan kalau tak diet pun..
masalah aku makanan manis...
dapat lepas 2 minggu ni dengan cemerlang...
anda akan dapat kenal tubuh badan anda selama ni..
anda bagi makan mcmane..
kalau aku..
terus terang cakap... lepas 2 minggu tu badan memang slim,perut leper..
aku amalkan juga makan tak berselang dengan minum.. konsisten la..
habis makan baru minum air.. eceh...
yee... mampu mencegah perut buncit, hanya dalam 2 minggu..
langsung tak ada minat dkt air manis da lepas tu,
air masak pulak yg jadi ketagihnya...
bila beli air manis, memang rasa pehhh manis betol air ni...
walaupn kauntitinya sikit aku minum..
terfikir aku sebelum2 ni...
aku amik air manis berkotak2.. berbotol2.. berbekas2...
sehari tak tau berapa kali amik air manis kan..
sangat la tinggi keadaan gula dalam badan..
dapat beza mmg teruk habit makan sebelum tu..
lepas 2 minggu, makanan yang diambil selepas2 tu pun,
dalam kuantiti yang sihat dan tersusun waktunya..
dah tak susah da nak ambil makanan dalam kuantiti sedikit dan sihat..
sebab badan dah boleh terima dan terbiasa..
dalam tempoh dua minggu yang disiplin tu,mcmane aku hadap,
sebab aku gile makanan manis,
mengigil badan dik non..
nak hilang tu aku makan la sebiji gula2 nak bagi rasa oke..
dalam 2 minggu tu cuma sehari je ye aku amik gula gula tu,
sebab waktu hari ketiga tu aku rasa dah xbole pegi da kalau tak ada gula,
hehehe.. makan la sebiji..
anda kene sangat jujur dengan diri sendiri ye buat diet atkin ni..
kalau tipu tipu diet, nanti anda juga kecewa bila tak jadi haa..
buat la memang berkesan diet ni,
nak tau teraturnya cara diet atkin ni bole search kt tenet banyak panduannya..
bukan cuma nak kurus slim je, tapi untuk badan yang sihat terutamanya..
lagi satu bila nak berdiet,
mesti ikut kesesuaian badan juga, cara kita makan sebelum tu mcmane,
mungkin kalau betul2 banyak makan,
sebelum tempoh 2 minggu yang sangat disiplin tu,
bole la mula kurangkan mane-mane yang patut,
jadi tempoh 2 minggu tu mungkin jadi lebih mudah..
lepas-lepas tu juga bole da amik sikit2 makanan manis..
buah buahan...
apa-apa pun kene cekal hati,bersemangat pasti boleh,
menjadi sihat dan cergas untuk orang-orang tersayang,
supaya boleh makin rajin buat ibadah, badan tak jadi malas-malas..
untuk kebahagiaan diri kita juga tu...
jom kita jadi sihat!!
*walaupun jerubu kuat dekat luar,
takpe semua aktiviti ni dalam rumah sahaja
termasuk aktiviti2 senaman sebelum ni hehe
*kipidap, dongibab
No comments:
Post a Comment