keje banyak..
malas
mengantuk
lapar
terganggu
sakit kepala
jemu
tak nak taip
lemah jiwa
.
.
.
.
.
.
alasannn...
jadinye semalam.. lepas tepu tepu kepala dkt tempat blaja, sampai sampai je rumah terus buat churros...
untuk menghilangkan sedu di jiwamu..
kekdahnya..
sedap juga churros ni yummy!!
resepinya saya ubah ikut suka hati dan ikut barang2 yang ada dkt rumah hihi :
1. 1 cawan air *
2. secubit garam *
3. sesudu lebih sikit buttercup *
4. sesudu susu pekat *
5. 3 sudu gula *
6. perasa vanilla secukup rasa *
7. tepung 1 cawan setengah
8. telur sebiji
9. nozzle dan piping bag( bag plastik bungkus lauk tu pun bole)
cara menyediakan :
bahan yang bertanda * masukkan ke dalam periuk dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan, kacau sehingga semuanya sebati.
bila da sebati, perlahankan lagi api, dan masukkan tepung sedikit sedikit sampailah semuanya bercampur
mesra cewahh hehe.
dah mesra semuanya, boleh la masukkan telur dan
kacau lagi sampai elok bercampur semua bahan.
(cara-cara menggoreng)
sediakan kuali dan minyak untuk mengoreng, panaskan
seketika, masukkan bahan tadi dalam piping bag, dan
picitkan ke dalam minyak panas,goreng sehingga
kekuningan, dan sedia lah untuk dimakan selepas itu
oke selamat mencuba ye ^_^
No comments:
Post a Comment