Al Quran Nur Karim

Monday, March 28, 2016

pokok bunga

salam isnin,

hai...

kali ni pun entry akan disertakan gambar2 tak berapa nak kemas pasal pokok tanaman yang terdapat di romah saya huhu..

semalam aku balik dari kL.. terus singgah bandar temerloh,
yang utama sebenarnya nak cari coolant water warna merah tu,
dan getah paip panjang untuk pokok2 bunga  yang dah terbiar dkt berapa tahun tak bersiram dan tak berbaja :(

cari2 barang yang nak dibeli, dapat getah paip jelah... coolant water tak jumpa, i is sad..

tapi takpelah dapat getah paip pun dah bersyukur.. hehe..
pastu aku beli baja pokok bunga juga..

so inilah pokok2 bunga mak yang diletakkan dekat rumah tempat aku bermastautin entah dah berapa tahun ni..


rumah orkid yang tak indah langsung hahahaa.. sebelah tu rumah jiran,meriah rumah dia tu dgn pokok bunga.

teruk betul rupa pokok bunganya, dah kuning2 daun :(

getah paip yang baru beli :D


rumah aku duduk ni rumah mak,
aku kirenya tinggal dekat sini tolong jaga2kan rumah mcmtu la..

dah pokok ni pun antara yang dipertanggungjawabkan..

tapinye itulah..

teruk betul aku ni..
mcm aku ckp kt entry lepas aku ni bukan orang mesra pokok..

tapi dont worry..

mula harini aku akan istiqomah jaga korang wahai pokok-pokok...
minta maaf sebab rasa tak penting nak jaga sebelum ni..
pokok pun makhluk Allah juga, yang perlu kita kasih dan sayang..
aaaa berdosanya...

dan yang magicnya, elok aku beli getah paip tu smlm, pagi2 ni elok hujan mendinginkan suasana..
alhamdullilah...

mendung lagi sampai sekarang.. :)

ni gambar tadi pagi otw nak pergi kerja

dan yang lagi bestnya pasal smlm jugak..
Quaker Oat ni turun harga.
murahnyaa yey!!! 
tapinya aku beli 2 jelah..
kesian dkt orang lain pulak karang,xdpt beli harga murah hehe..
cakap pasal quaker oat ni, baru tadi dapat perkabaran,
bekas pengetua dkt tempat aku kerja ni,
masuk hospital kene serangan jantung..

makanya, marilah kita amalkan cara hidup sihat, jaga kesihatan ye semua..
sape2 yang ada baca blog ni hehe.. 


pape pun alhamdullilah untuk hari semalam, 
dan alhamdullilah untuk hari ini...
alhamdullilah..
moga yang sakit,diberi kesembuhan.. amin..~

No comments:

Post a Comment