Al Quran Nur Karim

Thursday, June 21, 2018

Hari Raya 2018

Hai, semua, jom update blog dengan gambar2 raya, yihu


hari - hari sebelum pulang ke kampung. 


singgah bazar ramadhan di putrajaya terakhir kali huhuw,
harap boleh berjumpa lagi tahun depan.

hari isnin pi keja sebelum esoknya balik kampung :D 


amik abah mama di ampang , rumah adik sebelum balik ke pahang 


dah sampai di temerloh pahang, soping barang raya dulu sikit 





akhirnya tibalah di rumah yang selalu dirindui rumah 198, felda siantan, jengka 19 :D
sebelum sampai di rumah sempatlah abah singgah beli potai kejap tepi jalan haha




sampai2 rumah terus aku selongkar barang2 buku aku yang tertinggal dekat jengka, untuk dibawa pulang ke rumah di port dickson, rumah abah mama.



makanan berbuka untuk hari tersebut hee.. asal boleh je apa ada haha 


masakan berbuka dan untuk sahur hari seterusnya, aku ada buat sambal hitam best woo, makanan trademark orang pahang popaleh weh


sedap betol makan dengan nasi putih gaul2 mcmni pun dah powerrr gaiss, xpayah lauk lain (y) 

mama punya nasi bubur,tak boleh makan nasi biasa ritu dia cekik2 makannya.
campur dengan sambal hitam ngam selalu <3

sahur last untuk bulan puasa tahun ni, dan pelita selepas subuh di hari terakhir ramadhan, lepas tu aku pergi ziarah kubur arwah tok dengan mak pah yang selalu dalam ingatan, takde koi amik gambo di kubur



pagi2 akhir ramadhan bersibuk dah dengan persiapan untuk hari raya esok,
persiapan untuk merendang sampai ke malam weh kerjenya

 ucu punya kerja lemang warna warni



masih sempat lagi meronda pergi ke bazar ramadhan bandar jengka, tempat aku bekerja 9 tahun sebelum pindah kerja di putrajaya ,rindu sangat tempat ni <3 




membakar lemang masih lagi bersambung sampai ke malam raya 


rendang daging siap dimasak setelah beberapa jam,pindah simpan dalam bekas yang lebih selamat, sedap yaww terkenang-kenang sampai harini <3 <3 :D (y)

tibalah hari raya pertama dengan kemeriahannya,sebelum bersibuk siapkan kuah kacang dan hidangan lain aku sarapan dulu dengan karipap sedap import from melaka ni :D 

bersambung sampai ke pagi lemang di tempat bakar, sodap lomang eh 

taraaaa! inilah lemang istimewa dihari raya ini, cantik dan sedappp letop2 <3 <3 <3 



gambar berhari raya di rumah jiran2 dan saudara mara, gambar2 keluarga raya 2018




















rendang tok yang tak pernah tak power kalau mak lang yang buat, awesome!! <3













pelita malam raya pertama <3, orang lain da tido masa ni aku duk luar kejap amik angin haha 


bersambung kemeriahannya pada hari raya kedua pulak,awal2 pagi aku dah bertung tang dulu dkt dapur buat sambal bilis sebabnya rendang dan semakin menyurut :D


lemang raya ke-2 :D  

bergambar keluarga dulu sebelum menyambung jalan2 ziarah raya 






 








 













ada sambut harijadi ain juga di rumah pak ngah di bera <3  




ucu juru potong kek yang berdedikasi :D 
















sampai kemalam juga beraya hari kedua, sampai2 rumah aku teringat rendang ayam yang masih berbaki haha, apa lagi rembat makan dengan nasi impit, sedap yaw rendang gaul2 makan dengan nasi impit. (y) A++ letop 

raya ketiga,pagi2 aku menyambung perjuangan di dapur yang tak berkesudahan haha, aku dah beli barang buat kek oren ni dari hari puasa yang last, jadi mahu tidak mahu aku agak excited juga nak buat kek ni, kejap je pun buat kek.. sedap kek oren kalau buat sendiri, beli dkt kedai tu tak syok..


nampak mcm tak best kan haha,sedap yaw, rasa orennya walau pun nampak macam kek biasa

rumah sepupu di mentakab,sedap nasi berlauk kari dengan sambalnya, sedap sangat <3 <3 <3






 







sampai kemalam juga berayanya raya ketiga,malamnye tu pergi mengeteh pulak dkt luar, memandangkan adik aku yang bongsu aiman baru balik beraya di jengka,sebelum keluar semula,
bekas kuih raya aku dah basuh siap2 sebabnya esok kami semua dah nak balik ke tempat kerja dan abah mama pulak ke rumah di port dickson..  

budak kenik auni muka bahagia makan2 dkt luar :D  




aiman

raya ke-4 perjalanan bermula pagi2 lagi untuk balik ke negeri sembilan,bila dah awal tu jadi aku pun tak adalah beraksi di dapur dah haha..


sampai dirumah pak ngah negeri sembilan belah abah,sebelum tu sebenarnya dah pergi rumah mak tua dulu, tapi tak ada gambar diambil untuk share 



jalan menghala ke rumah pak anjang pulak

sampai rumah pak anjang oted berseronok main kucing miaw 





yee mee lakna sedapnya lahai
+ ais cream vanilla sedappppp, ada sekejap je aku makan eskremnye,lepas tu rembat dek oted




waktu untuk pulang ke port dickson pulak..



ni waktu perjalanan aku nak balik ke putrajaya dah, untuk hari-hari bekerja yang seterusnya 

Alhamdullilah dengan kemeriahan raya tahun ni banyak berjalan dan bergembira,
harap bertemu lagi bulan ramadhan dan syawal pada tahun hadapan InsyaAllah <3 

sekian dulu,jaga diri,hiasa peribadi cewah ;) <3

1 comment:

  1. Raya paling best..sebab banyak berjalan dari terperuk kat rumah.

    ReplyDelete