Al Quran Nur Karim

Monday, December 10, 2012

sekelip

ape sekelip tu.. tetiba je ..hihi..
ye sekelip mata dah nak hujung tahun.. next year aku dah 29, hoyee

hidup ni mcm biasa - biasa je..

dan sekarang ni rajin dengar cerama ustaz kazim dekat youtube.. kalau ada time korang usha usha la ceramah ustaz ni.. best .. ni salah satu link aku kasi kt korang ye.. sila lah click http://www.youtube.com/watch?v=Pz65vGhZpIw 

marilah kita selalu perbaiki diri.. moga selalu dalam ketenangan kasih Allah.. amin.. ~

ada ape2 story nanti update lagi, kalau rajin la.. haha.. oke sekian dulu  .. tata .. ~






Wednesday, March 7, 2012

Nabi Muhammad s.a.w

Kelebihannya.

1) Nabi Muhammad s.a.w merupakan pemimpin bagi semua nabi.

2) Ditangan Nabi s.a.w akan ada bendera kepujian di hari kiamat.

3) Nabi Adam a.s akan berdiri dibawah bendera Nabi Muhammad s.a.w.

4)Allah s.w.t telah mengampunkan dosa Nabi Muhammad s.a.w yang terdahulu atau yang terkemudian. Disebabkan itu Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang ‘maksum’ (bebas dari dosa). Hanya Nabi Muhammad s.a.w sahaja yang dimaklumkan mengenai perkara ini oleh Allah s.w.t. Keistimewaan yang tidak diberikan kepada para nabi lain.

5) Nabi Muhammad s.a.w adalah orang pertama yang mendapat keizinan syafaat dan orang pertama yang akan memberi syafaat di hari kiamat.

6) Nabi Muhammad s.a.w sentiasa melebihi masalah umat melebihi diri baginda sendiri.

- Setiap nabi mempunyai kuasa doa yang akan diperkenankan oleh Allah s.w.t serta merta.

Doa ini hanya diberi sahaja sekali kepada setiap nabi. Sepertimana nabi Nuh a.s berdoa kepada Allah s.w.t selepas berdakwah selama 950 tahun- agar kaumnya dibinasakan. Namun, Nabi s.a.w telah menyimpan kuasa doa ini untuk berdoa di hari kiamat bagi menyelesaikan masalah umatnya.

7) Hebatnya Rasulullah s.a.w sehingga Allah s.w.t bersumpah dengan hayat Nabi Muhammad s.a.w.



لَعَمْرُكَ إِنَّهُمْ لَفِي سَكْرَتِهِمْ يَعْمَهُونَ



Maksudnya: (Allah berfirman): "Demi umurmu** (Muhammad), Sesungguhnya mereka terombang-ambing di dalam kemabukan (kesesatan)". (al-Hijr, ayat:72)

**Keterangan: Orang Arab biasa bersumpah dengan umur seseorang. disini Allah bersumpah dengan umur atau kehidupan nabi Muhammad s.a.w. untuk memuliakan beliau.

8.) Allah s.w.t memuliakan Nabi s.a.w dalam panggilan-Nya. Jika kita perhatikan, Allah s.w.t tidak memanggil gelaran Muhammad di dalam Quran, tetapi memanggilnya dengan panggilan jawatan..”ya ayyuha nabi/rasul”..Tetapi para nabi lain dipanggil dengan nama mereka seperti Adam, Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan sebagainya.

9) Mukjizat nabi lain sudah tiada. Tetapi mukjizat Quran terus dapat dilihat dan akan kekal sehingga hari kiamat.

*Perbandingan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan mukjizat para nabi yang lain. Bahkan mukjizat para nabi lain juga begitu hebat dan besar. Tetapi tujuannya untuk kita sebagai umat Muhammad berbangga dengan nabi kita dan kelebihan ini juga sebenarnya satu pengiktirafan dan penghormatan buat Nabi Muhammad s.a.w.

10 ) Nabi Muhammad s.a.w menerima salam dari batu semasa baginda di Mekah. Begitu juga pelapah tamar yang menangis ketika berpisah dengan Nabi Muhammad s.a.w.

11) Nabi Muhammad s.a.w mengeluarkan air dengan hanya menerusi jarinya untuk kaum muslimin berwuduk. Berbanding nabi Musa a.s yang mengeluarkan air dari celahan batu dengan mengunakan tongkatnya.

12) Nabi Isa a.s telah menyembuhkan mata orang buta. Tetapi Nabi Muhammad s.a.w telah memasukkan mata orang yang terkeluar dan menjadikannya celik kembali seperti asal. Peristiwa ini berlaku kepada sahabat, Qatadah apabila matanya terkeluar ketika perang Uhud.

13) Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang mati. Tetapi Nabi Muhammad s.a.w telah menghidupkan jiwa yang mati yakni dakwah Islam baginda menjadikan orang yang kufur berubah menjadi orang yang beriman. Ianya kekal sehingga hari kiamat.

14) Setengah penduduk syurga terdiri daripada umat Nabi Muhammad s.a.w.

15) Nabi dan rasul yang lain diutuskan kepada kaum yg khusus. Tetapi Nabi Muhammad s.a.w diutuskan kepada seluruh manusia dan jin. Rahmatan lil a’lamin.

16) Nabi Musa a.s berkata-kata dengan Allah s.w.t di bumi (bukit thursina dan di lembah yg suci), tetapi Nabi Muhammad s.a.w berkata-kata dengan Allah s.w.t di sidratul muntaha (langit ketujuh).
17) Umat Nabi Muhammad s.a.w merupakan umat terakhir di dunia, tetapi umat pertama yang akan di hisap di akhirat dan pertama masuk syurga.

18) Nabi Muhammad s.a.w merupakan orang pertama yang terbelah kuburnya di hari akhirat, orang pertama pemberi syafaat kepada umatnya dan orang pertama yang menerima pertolongan dari Allah s.w.t.

19 ) Nabi Muhammad s.a.w diberi kuasa syafaat, yakni satu kuasa yang diingini oleh para nabi yang lain untuk memilikinya.
20) Kuasa syafaat adalah satu kedudukan tinggi di syurga, hanya seorang hamba Allah sahaja yang mampu memperolehnya. Dan Nabi s.a.w amat mengharapkannya agar baginda mampu memberikan syafaat ini kepada umatnya nanti.
21) 70,000 umat Muhammad s.a.w akan masuk syurga tanpa hisap dan azab. Keistimewaan yang tidak diberikan kepada kaum nabi lain.

22) Nabi Muhammad s.a.w mempunyai kolam al-Kautsar di syurga dan kolam Haudh di luar syurga untuk kita (umat Muhammad) minum daripadanya.

23) Umat Muhammad merupakan umat terakhir di dunia, tetapi umat pertama yang diselesaikan masalahnya dan memperoleh ketinggian darjatnya di hari akhirat kelak.

24) Halal bagi umat Muhammad s.a.w untuk mengambil harta ghanimah di dalam perang. Tetapi umat terdahulu tidak
 diizin untuk mengambilnya.

- 5 perkara yang diberikan kepada nabi Muhammad s.a.w, tetapi tidak diberikan kepada nabi lain :

i) Lurus saf solat umat Muhammad s.a.w seperti lurus saf mailakat.

ii) Allah s.w.t menjadikan bumi sebagai masjid. Boleh solat di mana sahaja melainkan ditempat yang haram seperti tandas.

iii) Tanah bumi bersih untuk bertayammum.

iv) Nabi s.a.w diberi bantuan oleh Allah s.w.t dengan perasaan gerun di dalam hati musuh-musuhnya.

v) Nabi Muhammad s.a.w mampu memberikan syafaat buat umatnya.

25) Allah s.w.t telah memuji peribadi dan akhlak Nabi s.a.w. Firman Allah s.w.t :



وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ



Maksudnya: “Dan Sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (al-Qalam, ayat:4)

26) Allah s.w.t telah berkata-kata dengan Nabi s.a.w melalui pelbagai cara menerusi wahyu. Antaranya, ru’yah (mimpi), secara langsung (ketika israk & mi’raj), menerusi malaikat Jibril (berupa manusia dan suara loceng), Jibril meniup wahyu ke dalam hati Nabi s.a.w.

27) Kandungan al-Quran terdiri daripada isi kandungan taurat, injil dan zabur. Tetapi keistimewaan al-Quran melebihi kitab yang lain adalah mempunyai surah yang pendek.
28) Amalan yang diberikan kepada umat Nabi s.a.w adalah sedikit berbanding umat yang terdahulu, tetapi ganjarannya besar di sisi Allah s.w.t.

29) Allah s.w.t memberi tawaran jawatan dan kekayaan kepada Nabi Muhammad s.a.w, iaitu sebagai seorang nabi yang berkuasa dan kaya. Namun Nabi Muhammad s.a.w memilih untuk menjadi hamba yang bersyukur.

30) Allah s.w.t menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rahmat seluruh alam.

31) Segala tingkah laku dan tindak tanduk Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan indahnya sifat Nabi s.a.w.

32) Nabi s.a.w seorang yang berlemah lembut di dalam perkara yg halal, tetapi tegas dalam perkara yang haram.

33) Nabi s.a.w berlemah lembut dengan orang mukmin, tetapi bertegas dengan orang kafir.

34) Nabi s.a.w sentiasa berkeinginan tinggi untuk melihat umatnya menerima dakwah Islam. Oleh itu, Nabi Muhammad s.a.w selalu mengutamakan umatnya di dalam semua hal.

35) Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya menyampaikan semua amanah dan menyempurnakan Islam kepada umatnya.

36) Allah s.w.t menjadikan umat Islam sebagai saksi kepada nabi-nabi terdahulu bahawa mereka telah menjalankan tugas dakwah mereka.

37) Allah s.w.t memberi jaminan untuk memelihara umat Muhammad s.a.w dari kesemuanya sesat. Pasti akan ada kumpulan yang bangun untuk membela Islam ketika wujudnya kumpulan-kumpulan yang menentang dan sesat.

38) Allah s.w.t telah berjanji untuk memelihara al-Quran dari diselewengkan.

39) Allah s.w.t tidak akan memberitahu sama ada amalan seseorang umat Muhammad s.a.w itu diterima atau tidak. Hal ini lebih baik untuk menutup keaiban orang yang tidak diterima amalannya. Kita hanya perlu berdoa agar amalan kita diterima Allah s.w.t. Berbanding umat terdahulu, Allah s.w.t akan ‘menjawab’ terus amalan mereka sekiranya diterima atau tidak.

40) Allah s.w.t mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w dengan “jawami’ul kalim” iaitu kata-kata yang sedikit, tetapi maksud yang cukup banyak dan mendalam. Hal ini boleh dilihat di dalam kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w yang mana doanya ringkas, tetapi maksudnya besar.

41) Kelebihan yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w melebihi kelebihan semua para nabi dan malaikat.

..........................................................................................................................................................................................................................

~ kadang kadang bila rasa lemah betul dalam kehidupan akhir zaman ni,dengan cabarannye hebat betul, yang kadang terfikir bebannya tak tergalas.. pastu kepala otak pesen suka fikir bukan2..tak sepatutnye pn jadi mcmtu..  seharusnye bersyukur , bersyukur yang aku ni umat Nabi Muhammad saw, baginda nabi yang sangat mementingkan umatnya..

sayu hati baca artikel ni.. betapa tak sepatutnye kita memilih jalan yang salah, jauh dari jalan Allah.. sedang kita punya Nabi yang sehebat ini.. walau kita jauh dari zamannya, zaman adanya Nabi Muhammad saw ..walau kekasih Allah ini sudah tiada waktu ini, tetapi ape ajarannye, kebaikannya, kasih sayangnya hidup hingga kini.. hidup dihati kita.. ya Rasulullah nabiku.. yang dirindui dan dikasihi..dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw ~



iman

Bagaimana iman kita hari ini? ...itulah pokok persoalannya..

jadi marilah kita click link disini untuk lebih memahami erti iman dalam diri manusia ni guane.. sila sila click sini ..

selamat bermuasabah diri , dan pertingkatkan lah amal ibadat kita hari hari ..sekian ..assalammualaikum..~

Tuesday, March 6, 2012

anak

comel sangat budok ni.. ulang ulang aku tengok.. satu saat nanti harap dikurniakan anak seperti ni.. Ya Allah padaMu jualah aku memohon segalanya.. amin..~

Monday, March 5, 2012

review filem The Women In Black 2012

ah ha!! mcm dah lama tak ada review filem dekat sinikan..

okeh, hujung minggu baru baru ni aku ke kerteh tempat kerja adik aku memandangkan beliau pn cuti hari ahad tu, jadi disebabkan tak berapa tau ape aktiviti nk dibuat disana, jadik aktiviti menonton wayang termasuklah dalam agenda percutian tersebut..

mall yang ada dekat situ pn ada satu je, dan sangat bersyukurlah ada wayang di situ, kalau takde menyengal boleh tahan jugelah jadinye.. nak mandi laut tak bley situ, air laut pesen curam.. baru kt gigi air ,satu langkah ke depan terus zuppp kedalaman yang mendadak pada pengamatan gua , ombak pn buleh tahan bahaya woOo!! jgn mandi laut!! ~kata abah gua~ kalau abah gua tak kata pn, amaran tidak membenarkan mandi manda/bahaya lemas ada di sepanjang pantai, jadi jgn coba coba gatai nak berdegil ye, walaupn air laut sngt cantik dan mengode =| ..

oke melalut sangat nampaknye,terus ke review filem, filem ape yang kami tonton??? ini dia


ya kami tonton filem ini The  Women In Black , terbaikkkk, terbaik sebab ape, jalan cerita dia,sngt simple sngt tacing pada gua, penekanan konsep cerita pada nilai kasih sayang dalam kekeluargaan, dan ++ cerita ni jadi lagi best disebabkan oleh teraju pelakon utamanya seperti dalam gambar, si mata cantik yg penuh dengan dunia magic misteri ni, Harry Potter *tepuk2* haa itu nama watak dalam filem dia sebelum ni lah,nama betul beliau Daniel Radcliffe, lakonan dia bagus pada aku, sebab dari mimik muka pn dan boleh feel every scene yang dia lakonkan, tak perlu dialog beria beria sangat pn dah boleh hidup jalan ceritanye,superb superbbb..

beliau ni seorg ayah tunggal yang comel (sbb tak berapa nak tinggi =D), yang penyayang kepada seorg anak lelaki yg juga sangat pandai berlakon =D , berkerja di syarikat guaman jual beli rumah, ada satu rumah tu dia perlu uruskan untuk dijual memandangkan isi rumah tu semuanye dah mati.. rumah tu pulak kedudukannya pn agak horror jauh dari rumah org dan mcm ditgh2 laut kalau air pasang.. pesen kalau nk pegi kesana kene tunggu air surut..

dan terbongkarlah satu rahsia dendam kesumat seorg wanita yang dah mati ingin membalas dendam atas tragedi yang pernah berlaku disitu sebelum itu sewaktu arthur kipps(nama dalam watak ni) datang kerumah tersebut untuk menyelesaikan hal2 dokumen yang berkaitan dengan kerjanya.. hal tu juga menjelaskan lagi, punca tragedi  kematian misteri yang berlaku di kampung berdekatan..

ape kesudah cerita ni, lu org pergi la tonton sendiri.. walaupn ending dia,ending dia mcmanee??? hahaha kasi tengok kasi tengokk.. terbaiklah sob sob.. pergi tengok tau!! terasa mcm nak tengok lagi dan lagi lahh humm =| , best! bintang wa kasi ~ 8/10 ;D ~

Wednesday, February 29, 2012

ilmu

bila terbaca blog kawan separa tak berapa nak normal tu aku pn teringat balik zaman2 kolej aku dulu.. memang pn mcm harem, masa makan tak tentu hala, tido tak tido sama je, mata lebam study tak tentu masa, berjimba sana sini, berjimba ni penting untuk kesejahteraan jiwa.. kononn..huhu~

zaman ni boleh tahan juge lingkupnye kehidupan insani gua, dah tak serupa manusia rasanye..ih ihh.. dan yang paling best pergi exam tak mandi.. woW! budak ppuan tu.. tak senonohkan.. takut la nanti mandi ilmu yang aku dapat tu luruh bersama sama air mandian , haa ape nk jawab masa exam nanti kalau jadi gitu.. haha,..mengarut sangat reasonnye.. tapi sekali je pn aku mcm tu oke =| ..

walau pn dalam keadaan huru hara gitu, hakikatnya bila waktu tamat pengajian , berat hati juga nk meninggalkan zaman kolej yg tak semegah tu.. hee ~ rindu nk jadi student mcm dulu.. hidup dengan buku.. dan buku itu hidup dengan aku.. ~ segalanya tentang ilmu pelita hidup ~

Monday, January 16, 2012

Drama

 HARHARHAR...ayat permulaan yang langsung tak menarik sebenarnya utk pembukaan entry baru pada tahun 2012 ni haha, sebab idea tak berapa ada juga ni, tapi gagahkan jugak utk kasi up cerita yg baru , kesian blog wa ni, lama wa tak update, apsal????, sebab malas la ape lagi.. kalau rajin lu org tak payah kabo la sehari mau 8 entry baru boleh taruk sini..

 cerita terbaru wa di tahun ini, tempat keje suda tukar bos baru, dan meeting pertama dengan beliau adalah pada petang jumaat lepas, perghhh aura aura stress kelihatan di muka semua staff , bos baru ni boleh tahan angker juga sikapnya, haha, setiap hujung bulan perlu kasi report utk projek2 tahunan yg hendak dibuat, puas gua fikir sampai stress ape projek wa nk buat tahun ni, projek resepi makanan ala mix timur dan barat ke? tanaman kontan ke ? lipatan origami berbentuk naga ke ? (sempena nk chainese new year ni,selamat tahun baru cina utk mereka2 yg menyambut =) ) ... tapi semua tu tak berkaitan langsung dengan kerja wa.. huww.. ~ jadi utk menenangkan keadaan , wa harus steady2 je oke , selalunye bila last2 minit nnti idea mesti marieyy punya haha.. abis bab ni .

 sudah selesei hal di tempat kerja, time balik pn dah tibe, ape lagi pulang lah, sesampai di umah family, amende pakcik aku sorg je ada, grong greng grong greng ngn gitar karan baru tu, adeii.. drop barang, kuar balik pegi merambu ramba kepala bole tahan stress meeting tak abis lagi terbawak2, fikir fikir pegi saloon buat treatment rambut pn terbaik juge, oke abis kisah di petang itu.

esoknye, wa p jenguk adik2 wa sama dgn mama abah ape buat dekat rumah lagi satu, takde ape buat pn, jadi wa ajak la bebudak kuat jalan dua org tu merambu, kompom la jadikkan agenda tetiba gitu, so, sebelum p kuantan g temerloh dulu, setel hal kompaun malaun kesalahan letak kete kt Malaka tahun lepas di pejabat pos, pastu g seven E berdekatan beli makanan, kedai tu sikit pnya penuh dgn stock barang baru sampai,dan ada la drama jadik time tu..

wa da p kaunter nk bayar minuman, adik lelaki wa ni duk lagi terkial2 kt peti air belakang tu, wa pn sergah la, wehh cepatlah nk bayo nii, rerupanye dia tolong sorg budak lelaki gelap2 gitu kulitnye nk beli air kacip patimah tapi tak tau rupa tin minuman tu cmne, tu pasal lambat, adik wa sampai kt wa, wa pn bayar, setel bayaran budak tu pn baru nk bayar kt tepi wa, budak tu kasi duit, sekali sergah dek akak cashier tgh mengandung tmpt beliau nk bayar tu, "dik duit tak cukup ni, 10 sen, tak boleh ni"  wa , adik wa dua org tu terkesima berdiri dkt situ , seharusnya wa berganjak la sikit dari situ sbb rasanya ada org nk bayar dekat belakang , tapi tak tau pasal kitaorg bole mcm kene paku plak kt situ,

dalam kepala masa tu tak cukup seposen ke singgit ni.? nk tolong kang adik ni betul ke nk minum air kacip patimah aiyarkkk~ soalan wa terjawab pasal minuman tu, bila akak cashier agak berkire tu tanya beli utk sape, oww utk mak dia rupenya, jadi wa pn fikir mcmane wa nk kluarkan dialog wa dalam scene drama spontan tersebut, dalam malu2 (apsal wa plak yg malu ni ) wa pn tanya la adik tu " dik tak cukup berapa ni? " sebab wa tak berapa confident tak cukup 10 sen ke singgit , "tak cukup 10 sen" kate adik tu.. lerrrrrr.. wa pn kasi la kt kaunter tu.. dan cepat2 wa blah dari drama tak berepisod tu.. ape daa.. seposen je pn.. kalau masuk tv mesti kene boo dgn penonton .. drama drama..

itu la dia serba sedikit cerita hidup wa di tahun 2012 ni.. bulan 1 pn da di pertengahan tak lama sikit je lagi bulan 2 pula muncul.. cepatkan masa berjalan.. jadi hayatilah detik2 yg ada ni oke ~

*sempena tahun baru cina dan tahun yg dah baru 2012 ni wa ingat kejap lagi page blog wa ni kasi tuka wajah baru la pulak kan hee*

ape2 pn kasi layann ini lagu beberapa kali lah hahahaha ~~