Al Quran Nur Karim

Monday, October 31, 2011

pasti

ni bukan aku karang sendiri tapi cerita nya lebih kurang mcm hidup aku , aku rasa.. hee , aku amik dari sini http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=50022 menarik cerita ni.. ~~

Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”

Friday, October 28, 2011

Mak cik

hee~~~ aku da title mak cik da hee~~

antara salah satu sebab kekuatan utk aku terus berubah menjadi orang yg lebih baik..
dah jadi mak cik, bukan lagi seharusnya jadi nakal lagi.. sentiasa tutup aurat, jaga solat, jaga tingkah laku dan segalanya..

masa yang memanjat usia juga.. dan ketenangan yg selalu aku inginkan..
mengenggam tiap masa dalam kehidupan ni dgn ketenangan..
 ujian, kekuatan, dan kasih sayang...

situasi

 kebelakangan ni terlalu banyak hal yang kadang2 seperti sngt terkejut pada aku... umm..

hujung minggu lepas dalam cuti yg agak panjang sedikit dipenuhkan dgn aktiviti konvo adik di uitm shah alam, tengok anak sedara baru yg comel kt bawah ni ..

~~.. Muhammad Adeeb Haziq..~~ *buat wallpaper hp gmba ni, sayang adeeb sangat.. 

dan percutian selepas tu ke cameron highlands mmg mengejutkan aku, rasa baru lagi di entry yg lepas aku ceritakan pasal jenifer yg garang tapi sngt baik hati, jam pemberian dia 7 tahun lepas ,selalu aku pakai kemana pn aku pergi, tanda terima kasih aku pada dia yg tak pernah habis... sampai dkt sana disambut dgn berita kematian jenifer.. dah 21 hari mendiang jenifer pergi.. jenifer mmg selalu turun kl, itu aku tau, tapi aku dn org lain jugak tak tau dia ke kl sbb sakit cancer tulang yg dihidap.. rawatan disana.. dan perginye juga disana..

sepi rasanya seketika... berjalan di meja kerjanya, lihat telifon yg tak pernah renggang dari tangan dia.. apa saje di hotel tu, ada bayangan dia, wajah serius jenifer, suara riuh dia.. kesibukan dia dalam hotel tu masih ada dimata ni.. masih... aku ambil beberapa keping gamba di meja dia, jenifer yg sngt baik hati itu yg terlintas di fikiran waktu lihat gmba2 yg masih belum beralih tu...

perasaan bercampur baur waktu tu, bermacam rasa... kehadiran anak sedara yg baru tu cukup mengembirakan aku, aku dah jadi mak cik.. bersyukur atas pemberian itu.. walaupn adeeb jauh, ye.. bukan dipahang adeeb, kakak aku dan keluarganya jauh di perak...

dan pemergian jenifer, menyedihkan aku.. beberapa tahun kebelakang ini org yang aku kasih perginya satu satu... 2008 atok pergi tinggalkan semua, 2010 nenek pula ikut, dan tahun ni 2011 jenifer pula pergi meninggalkan semua tanpa disangka sangka...

blurr perasaannya..

tapi harini tulis entry ni aku oke, cuma demam sikit2 gitu la... hidup mmg selalu kene kuat apa pn dugaan,Aku percaya ada hikmah dalam setiap sesuatu yg terjadi.. Aku harap dengan apa yang berlaku kekuatan hati aku ni makin bertambah..
hanya pada-Mu Ya Allah aku berserah atas setiap apa yang berlaku..~~~




Thursday, October 20, 2011

99 Nama Allah (Asmaul Husna)

99 NAMA ALLAH (ASMAUL HUSNA)



Kitab Kaifiat -Mempertajam mata hati dalam mengenal Allah
Syaikh Ibnu ‘Athaillah Al-Sukandari

Apabila sifat-sifat itu di kelompokkan maka ia akan menjadi 8 kelompok, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Al-Din Al-Islami, iaitu:

9 NAMA YANG BERKAITAN DENGAN DZAT-NYA

1.Al-Haqqun (Yang Maha Benar)
2.Al-Waahadu (Yang Maha Esa)
3.Al-Gha niy (Yang Maha Kaya)
4.Al-Ahadu (Yang Maha Esa)
5.Al-Awwal (Yang Maha Awal)
6.Al-A’khiru (Yang Maha Akhir)
7.Al-Somadu (Yang Maha Diperlukan)
8.Al-Quddusu (Yang Maha Suci)
9.Al-Qayyumu (Yang Maha Berdiri sendiri)

4 NAMA YANG BERKAITAN HAL PENCIPTAAN-NYA

1.Al-Musowwaru (Yang Maha Pembentuk)
2.Al-Baari (Yang Maha Pembuat)
3.Al-Baadi ngu’ (Yang Maha Pencipta)
4.Al-Khaliq (Yang Maha Menjadikan)

12 NAMA YANG BERKAITAN SIFAT KASIH SAYANG-Nya,
Selain daripada lafaz al-Rabb, al-Rahman dan al-Rahim

1.Al-Wadud (Yang Maha Mengasihi)
2.Al-Ngafuwwu (Yang Maha Pemaaf)
3.Al-Barru (Yang Maha Baik)
4.Al-Rau’fu (Yang Maha Pengasih)
5.Al-Mu’minu (Yang Maha Pemberi keamanan)
6.Al-Halimu (Yang Maha Penyantun)
7.Al-Wasi ngu’ (Yang Maha Lapang)
8.Al-Razzaq (Yang Maha Pemberi Rezki)
9.Al-Syakur (Yang Maha Berterima Kasih)
10.Al-Wahhab (Yang Maha Pemberi)
11.Al-Latif (Yang Maha Halus)
12.Al-Raafi ngu (Yang Maha Tinggi)

15 NAMA YANG BERKAITAN KEAGUNGAN DAN KEMULIAAN-NYA

1.Al-Kabir (Yang Maha Besar)
2.Al-Qawiyyu (Yang Maha Kuat)
3.Al-Mutakabbiru (Yang Maha Megah)
4.Al-Ngaziz (Yang Maha Mulia)
5.Al-Jabbaru (Yang Maha Perkasa)
6.Al-Ngaliyyu (Yang Maha Tinggi)
7.Al-Hamidu (Yang Maha Terpuji)
8.Al-Azimu (Yang Maha Agung)
9.Al-Matinu (Yang Maha kuat)
10.Al-Muta ngaa liyyu (Yang Maha Tinggi)
11.Al-Karimu (Yang Maha Mulia)
12.Al-Zahiru (Yang Maha Nyata)
13.Al-Majidu (Yang Maha Mulia)
14.Al-Qahharu (Yang Maha Gagah)
15.Dzul jalaali wal ikraami (Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan)

9 NAMA YANG BERKAITAN DENGAN ILMU-NYA

1.Al-BASIIRU (Yang Maha Melihat)
2.Al-Ngalimu (Yang Maha Mengetahui)
3.Al-Khobiru (Yang Maha Pemberi Kabar)
4.Al-Syahiidu (Yang Maha Menyaksikan)
5.Al-Syamii ngu (Yang Maha Mendengar)
6.Al-Hakimu (Yang Maha Bijaksana)
7.Al-Muhaiminu (Yang maha Menjaga)
8.Al-Bathinu (Yang maha Tersembunyi)
9.Al-Raqiibu (Yang Maha Memperhatikan)

8 NAMA YANG BERKAITAN KEKUASAAN-NYA TERHADAP SESUATU

1.Al-Maliku (Yang Maha Memiliki)
2.Al-Hafizu (Yang Maha Memelihara)
3.Al-Hasibu (Yang Maha Memberi balasan)
4.Al-Muqiitu (Yang Maha Berkuasa)
5.Al-Muntaqimu (Yang Maha Penghukum)
6.Al-Wakiilu (Yang Maha Mewakili)
7.Al-Waliyyu (Yang Maha Memelihara)
8.Al-Fattahu (Yang Maha Pembuka)

18 NAMA YANG TIDAK TERCANTUM DALAM AL-QURAN, TETAPI IA BERKAITAN
SIFAT ALLAH YANG TERMAKTUB DALAM QURAN

1.Al-Baa ngisu (Yang Maha Membangkitkan)
2.Al-Raafi ngu (Yang Maha Mengangkat)
3.Al-Mubdi’ (Yang Maha Memulai)
4.Al-Qaabidhu (Yang Maha Mengambil)
5.Al-Muzillu (Yang Maha Menundukkan)
6.Al-Baqiyyu (Yang Maha Kekal)
7.Al-Mughni (yang Maha Memberi Kekayaan)
8.Al-Maani ngu (Yang Maha Menghalang)
9.Al-Jaami ngu (Yang Maha Menghimpunkan)
10.Al-Baasithu (Yang Maha Meluaskan)
11.Al-Mumiitu (Yang Maha Mematikan)
12.Al-Mukhsiyyu (Yang Maha Menghitung)
13.Al-Mu ngizzu (Yang maha Memberi Kemuliaan)
14.Al-Mu’tiyyu (Yang Maha Pemberi)
15.Al-Mu ngidu (Yang Maha MMengulangi)
16.Al-Mujiibu (Yang maha Memperkenankan)
17.Al-Waarisu (Yang Maha Mewarisi)
18.Al-Haadiyyu (Yang Maha Pemberi Petunjuk)

13 NAMA-NAMA LAIN BAGI ALLAH YANG DI AMBIL BERDASARKAN MAKNA ATAU PENGERTIAN TERHADAP NAMA-NYA YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN

1.Al-Waliyyu (Yang Maha Menguasai)
2.Al-Muakhhiru (Yang Maha Mengakhiri)
3.Al-Waajidu (Yang Maha Kaya)
4.Al-Ngadlu (Yang maha Adil)
5.Al-Naafi ngu ( Yang Maha Pemberi Manfaat)
6.Al-Rasyiidu (Yang Maha Cerdik)
7.Al-Nurru (Yang Maha Bercahaya)
8.Al-Jaliilu (Yang maha Mulia)
9.Al-Muqaddimu (Yang Maha Mendahulukan)
10.Al-Khafidhu (Yang Maha Memberi Kemewahan)
11.Al-Muqsitu (Yang Maha Mengadili)
12.Al-Dhoorru (Yang Maha Memberi Mudarat)
13.Al-Sobuuru (Yang Maha Penyabar)

2 golongan manusia yang akan memperolehi keistimewaan sehingga ia dapat bermakrifat kepada Allah swt melalui nama-nama-Nya iaitu:

GOLONGAN MAJDZUB
Maksudnya ialah orang yang di bukakan Allah tirai-Nya secara langsung, sehingga orang itu dapat mengenal-Nya dengan menggunakan mata hatinya. Dengan demikian, golongan ini mengenal Allah langsung dari atas, yakni dengan melihat kesempurnaan-kesempurnaan Dzat-Nya, kemudian melihat sifat-sifat-Nya, lalu kembali kepada nama-nama-Nya yang baik, kemudian barulah melihat kepada benda ciptaan-Nya.

GOLONGAN SALIK
Golongan yang mengenal Allah melalui jalan biasa, yakni dari bawah. Bermula daripada mengenal benda-benda ciptaan-Nya, kemudian mengenal nama-nama-Nya, selanjutnya mengenal sifat-sifat-Nya, Kemudian barulah mengenal Yang Maha Pencipta dan pemiliknya, iaitu Allah sswt.

Dengan demikian, bahawa jalan orang Majdzub dalam mengenal Allah ialah merupakan kebalikan daripada yang di tempuhi jalan oleh golongan Salik. Manakala jalan dalam mengenal Allah oleh golongan salik merupakan kebalikan daripada jalan yang di tempuhi oleh golongan Majdzub sehingga boleh kedua-dua golongan ini bertemu di tengah jalan.

sumber dari : http://1khalifah.wordpress.com/2011/02/08/99-nama-allah-yang-baik-asma-al-husna/ ~~ (^_^)v ~~

Pagi

okeh, wa nk cerita ,cerita lawak pagi ni, berpunca dari gejala tak ikhlas buat keje kekekeke.. lawak la lu lea ape daa... hahaha

wa rasa pagi ni wa bersiap agak jelita la juga (*lagi perasan tak sudah hoho! ) jadi pada fikiran wa , wa tak nak la sibuk harini..ehhh suka suka lu je kan mcm tempat keje lu tu lu punyerr aje ekk..

sampai sampai je opis aku diterjah oleh kak yam pasal kene pasang LCD projector dekat dewan .. aku pn dalam hati adeiii ape ni wa tgh jelita jelita cmni ade keje urgent pulak da,... wa dgn kak yam pn brok brek brok brek la kejap, await tak cakap semalam kan ? dah tentu tentu event tu da setting timenye awal awal dulu kan.. hummm gua pn redha la kononnya..

dalam perjalanan ke sana dgn bawak lappy, dgn hujannye, lcd pulak dkt tmpt lain kene amik lagik. Kawasan tempat keje wa ni besar weh.. haa (* xceli sebenarnya kalau dah hati tak ikhlas memacam la tak kenekan kalau hari lain ada hal gini orait jekan lea kan.. haha :p)  ...

pastu sampai sampai dewan projector takde lagi, tapi org yg nk guna dewan tu kate ada orang amikkan, aku pn oke la, time ni la ujian kesabaran dan keikhlasannye , ten ten ten.. haha

mmg tempat keje wa ni masalah letrik tak bole kate ape, power plug mmg selalu kejap oke kejap tak oke, wa pn pasang la.. sambil tengok kt lappy yg wa on kan guna bateri sahaje , tengok cas tak masuk pn.. gua tuka pulak plug sebelah dia, pn tak mau, wa tuka lagi pn tak mau.. nk hangin betei da ni...

pastu wa terai selak selak manje bukan selak kain gua selak penutup kain pada dinding depan tu, cari power plug yg lain , ada pn hujung sana, jauh sikit la tapi tu tak masalah, wa on power plug situ, cas tak masuk juge.. hanginnnn betullllllllllllll....

 pastu wa konon konon nk pegi membebel secara solo la dkt lappy tu, kalau lappy tu idup ,  mesti dia da buat muka gerun kan.. hahahaaha.. sbb bkn salah lappy tersebut, tapi salah wa, wa yg tak masukkan plug charger lappy tu ke body lappy tersebut apakahhh kann ...  -_-' ..... tu laaaaaaaaa tak ikhlas lagi kan Tuhan dah bagi pengajaran kt kau -_-' .....~~ malunye dkt diri sendiri... oke wa setel hal tu.. part kedua pulak ujian kesabaran dan keikhlasan wa harini..

wa pn tunggu projector tu sampai, tak sampai2 jugak, wa nk meletop da ni ni ni ni.. pastu wa pn pegi dkt org yg incharge event tu, tnyakan ade ke takde orang amik, pastu aku pn ckp la takpe la kalau takde sy pegi la amik, aku pegi la amik.. ahaih ahaihh laa mmg cun cantik jelita je lcd projektor tu cantekkkkkkkkkk je kt tmpt dia tak bergerak2, mmg takde orang amik la tu.. tempt tu agak jauh dgn kene naik tangga tu, wa kan konon jelita harini ni berpeluh2 la jadinye..

sampai sampai dewan wa pasang projektor tu, selalu pasang oke je, hari ni , yelah kalau Tuhan nk tunjuk sikap tak ikhlas tu mmg tak elok, terjadilah hal yg macamni, xmaunye elok lcd projektor tu yg selalunye mmg kompem elok lah bila pasang, lagi projektor tu baru lagi tu .. humm.. susah hati juga la wa, rosak pulak ke.. takkan la kot, dalam kepala da menuduh2 pulak aku time tu sape yg buat rosak, tak baiknye perangai aku tadi.. humm...

gua duduk kejap, dan betul la org kate kalau kita tgh marah , kalau tgh bediri cuba duduk, kalau tgh duduk cuba baring, kalau tak oke jugak pegi amik air semayang.. aku duduk tu perasaan aku pn mereda..  aku terai pasang balik lcd projektor tu, dan tengok betul2 sambungan ke lappy betul ke tidak, semua oke.. wa pn tekan button di lappy  fn + f5 .. wa pn tunggu beberapa ketika, paparan kt white screen tu pn kuar, elok aje, desktop lappy sikit punya terang cantik je... Alhamdullilah oke segalanya.. wa pn berlalu semula ke opis wa, hujan pn dah reda time..

dan sampai opis, gua duduk duduk ni baru wa terfikir jelas, betul la tu dalam tiap apa yang berlaku dalam hidup kita ni , mmg ada pengajarannye tanpa kita sedar atau tak sedar aje.. kate orang, tiap ape yang berlaku tak pernah tak bersebab..

kerana Allah tu Maha Adil, Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Penyayang, juga Maha Pengampun..  selalu pn memberi kita peringatan ,pengajaran tapi kita yang tak mau berfikir dan tak mau terima kebenaran, tu yg buatkan kita jadi orang yg sampai akhirnye bila dah terlambat, ajal menjemput pn kita tak tersedar.. nauzubillahi min zalik  .. harapnya kita tidak tergolong dalam golongan golongan ini... Amin..~~

okeh letak sini ~~ 99 Nama Allah ~~
(Allah Tuhanku, Islam agamaku, Nabi Muhammad Rasulku )


kalau korang nk gmba ni besar, sbb clik gamba ni tadi kuar kecik jugak lah, korang click kt link bawah ni ye, bole wat wallpaper terus kalau nk cunn... ;) ~~~


yang dekat atas ni maksud nama Allah dalam bahasa inggeris , jadi dekat bawah ni saya kasi maksud dalam bahasa melayu pulak okies, sila click sila click ^_^ v ~~

Wednesday, October 19, 2011

Kepergian

Tajuk sungguh seperti apakah.. haha.. oke bkn gelak sangat pn.. terus kan aje kate kate lu yg seterusnye okeh .. ~~

Semalam aku close fb aku (*bila sebut fb mesti gua teringat kumpulan rock lama febian, haha, gua ada letak satu lagu febian dkt bawah ni lu org dengar la nnti ye )... ape sbb aku close.. bukan sbb merajuk dgn sesiapa aku tutup tu... tapi sbb diri aku sndiri... diri aku yg Islam ni.. diri aku yg membawa Islam itu kemana mana... aku rasa aku punya imej kecelaruan dkt sana... Aku cuba bawak yg baik tentang Islam... tapi diri aku belum cukup membuktikan yg aku sebetulnya punya hati yg sngat kukuh dan kuat dengan ajaran agama aku ni.. bukan ini contoh yang patut aku tunjukkan..

Ampunkan aku Ya Allah membawa agama suciMu ini dengan cara yang kecelaruan mcmni.. ampunkan aku Ya Allah.. ..

dan aku tak sure sama ada akan on balik atau tak dkt sana.. langsung tak ada rasa nk on balik pn sbrnya.... -_-

* Aku sebetulnya kalau boleh nak jadi pencari Cinta Allah yg sejati.. doakan aku ye... Amin,,,~~





Demi Cinta Ini

suasana sunyi dan sepi
bagai mengerti perasaanku
yang kerinduan keranaku berjauhan
dengan-Dia yang aku sayangi

rindu ku ini tidak terkata
walau dibanding seluas lautan
perasaanku bagaikan di awangan
beterbangan mencari kasihMu

hujan oh hujan
menyirami taman
taman yang di dalam kekeringan
begitu jua cintaku padaMu
hadirMu pengubat rinduku
kanku setia menanti
demi cinta ini

* lagu ni boleh jadi lagu keTuhanan kan.. Allah itu memang sentiasa hadir dalam kehidupan kita, apa pn hakikatnya yg kita lakukan, dia Maha Mengetahui, Maha Melihat segalanya.., tapi kita @ aku yang menjauhkanNya dari terus ada dekat dalam hidup dalam hati aku ni, dgn kasih sayang yg diberikan, alam yg damai ini utk kita terus hidup dgn aman , nafas ini yg masih diberi utk membetulkan tiap kesilapan yg kerap kali kita lakukan tanpa pernah sedikit pn kita bersyukur dgn nikmat peluang yang satu ini, Dia tidak pernah jemu menanti kita pulang pada jalanNya selagi belum terlambat.. dan segala kesenangan , kesihatan ini Ya Allah... amat malu rasanya menjadi hambaMu yg sebegini.. ampunkan aku Ya Allah.. aku leka, aku cuai , aku amat hina disisiMu Ya Allah.. ampunkan aku Ya Allah... aku harap satu saat nanti andai masa telah tiba aku bertemu dengan Mu Ya Allah,.. amat berharap aku berada dalam keadaan sungguh akulah hamba yg amat mencintaiMu dan amat menanti pertemuan itu ,pertemuan dgn kekasihku yg abadi...~~ Moga kita , sesiapa pn yg membaca blog aku ni selalu ada dalam rahmat dan lindungan Allah yg maha Esa... Amin ~~

Tuesday, October 18, 2011

Pengertian

rasa macam nak posting memacam harini .... sebab dalam entry yang lepas2 mcm ada hal nak cerita tapi tak cerita pada entry seterusnya, jadi moh la kite cerita apa yg patut diceritakan..

humm.. wa blank nk menaip ni , tapi wa nk jugak update entry baru dkt sini, ape adehal sekali pun wokiess..worait worait,sebab kan wa tengah terai2 nk senyum ni, *apsal senyum pn nk kene terai ni wakakaka*,  jadi wa rasa wa nk cerita sape orang yg mengajar wa senyum.. sbb dulu aku ni mmg jenis tak pernah suka senyum, muka 24 jam muka masam, dalam erti kate org mude mude di bando, muke ketat.. tak pecaya usha gmba kelas wa time2 sekolah dulu.. mcmane nk usha, lu org terai2 la mimpi mlm karang mungkin ada la nnti.. tepek sini..?? ohh tak dapat lahh.. terbongkar la sape diri wa yg sebenarnya nnti.. rahsia sngt la konon kan.. takde la, aku ni orang biase2 je.. orang tak tau, tak kenal pn tak ape.. lu org baca kan aje blog aku yg permai ni oke.. *permai sngt bunyinye.. huhu~~

dulu masa abis blaja di poli, aku mengganggur kejap di rumah, aku sungguh bertungkus lumus menguruskan rumah sehari harian tau.. kuikuikui.. sampai satu hari tu, agaknye abah dgn mama mcm kesian tengok aku , abah pn menghulurkan lah wang ringgit Rm100 kt aku, aku tolak.. masa tu aku jenis org duduk rumah,kalau dah tak blaja mmg mcmni lah cara hidup aku dkt rumah, mmg tak keluar langsung, keluar setakat sidai kain je.. tak pegi kedai, jalan2 tak.. semua tak.. jadi kalau ada duit pn , guna utk ape pn tak tau... jadi abah simpan balik duit tu..

time ni aku da ada hp , tu pn sbb blajo dkt poli dn dpt duit yayasan pahang, jadi dgn duit tu la aku beli hp pertama aku tu, hp panasonic warna putih.. comel tau.. walaupn time tu rasanya kalau nk dibandingkan dgn hp sekarang besar serupa ganggang public phone.. kuikuikui..dan juga masa tu jengka mane ade line tipon ltakde lagi line maxis, celcom dan sebagainyelah utk hp hp ni..

satu haritu abah bawak pegi keluar bandar, jadi bila kuar bandar bernyawa balik la hp aku yg comel ni.. besttt je wa rasa time tuu.. bape lama tah aku duduk rumah dgn merenung je + aku kuis kuis manje hp aku yg takde coverage tu supaya dia tak merajuk dan tak mau meyala pulak nnti ~~

dah sampai ke bando tu jadi berbunyi bunyi la hp wa bila dah bernyawa semula.. dapat la msg dari kawan poli ajak keje ke merata rata tempat yg disebut ketika itu, terus wa cll kawan wa yg aje koje tu.. setelah wa selasai sembang sembang mesra dgn mmbr wa tu , wa pn terai la mintak kebenaran dgn mama dgn abah utk pegi keje kt luar daerah kampong wa yg tercinta tu.. lelaju je mama dgn abah wa kasi, perghh mcm tak pecaya je wa time tu, tapi dalam hati YAHoOO!!! * mmg sesungguhnya erti kata Yahoo tu mmg Yahoo, wa kenal erti hidup dalam kehidupan wa yg ni, sngt mengajar hidup, sngt "YAHoOO" kekekeke... :p *panjang sungguh mukadimah cerita wa nikan, padahal point dia pendek je karang ni.. haha

dipendekkan cerita, selepas mcm2 tempat wa kerja, akhir destinasinya aku tuju di cameron highlands, sebelum aku turun semula ke tanah rendah utk sambung blaja... dekat sinilah baru aku blaja senyum.. yg hidup ni manis dgn senyum, senyum kita boleh membuat orang lain juga senyum.. orang yg mengajar wa tu tak lain tak bukan bos wa si jenifer , garang dia ni, tapi garang dia ni bertempat, lagi dia bos, kene la tegas, karang org pijak pala pulak, garang garang dia pn hati sangat baik woo... dah mcm my kakak aje pn..

aku jadi receptionist kt hotel dia ni, aku rasa sbb da takde jawatan lain kot sampai aku bole jadi receptionist ni kan.. yelah , kalau pk logik, udah la tak reti senyum, muka takde la lawo mane time tu * skang lawo dahh hahaha perasan* aku bole diletak jadi receptionist, sepanjang aku keje jadi minah front opis tu, dgn muka masam mcm apekejadahnye, aku rasa aku telah merundumkan kedatangan org dkt hotel tersebut -_-' , jadi satu haritu jenifer dtg menyembang kt aku, "cuba u terai senyum sekali saya mau tengok " aku pn senyum, dah senyum paksa nmpk ngat la tak ikhlas nye.. haha.. pastu dia pn membebel la kt aku..  bla bla bla.. kalau senyum muka u mesti lagi cantik. lagi manis.. bla bla bla bla.. hidup kene ceria apa pn masalah.. bla bla bla bla.. rindu dkt boypren ke? bla bla bla.. memacam lagilah.. hahaha.. lawak betul bos aku ni.. aku pn tergelak2 time tu.. lepas lepas tu.. aku cuba cuba la senyum ikhlas..

satu haritu, berlakulah kejadian yg buat aku tahu betapa tingginye nilai senyum ni pada diri aku, dan dalam islam pn ada kate senyum tu juga satu sedekah , dan dapat pahala bila kita senyum .. lebih lanjut tentang pahala senyum click sini .. :)

ada sorg customer ni lalu depan hotel dan nampak aku, dgn muka serius tak senyum aku tu, dia cakap gini, dari luar ni, tapi aku bole dengar la dia cakap " kalau perempuan ni senyum kita check in hotel ni " sampai gitu sekali dowhh, agaknye dah bnyak kali dia lalu lalang depan hotel aku tu, tak penahnya aku senyum nk tarik customer mcm hotel2 sebelahkan.. gilerr la ketahapan muka masam @ ketat aku boleh sampai org jadi gitu.. jadi aku pn senyum lah, ikhlas sungguh aku senyum rasanya time tu..kuikui.. brader tu pn, dtg kt aku, sembang2 lawak dgn aku , hee~~ dan mula saat tu la, aku da reti nk senyum2 cakap selamat datang dkt orang yg datang dkt hotel aku tu, ramah dengan ramai orang... dan punya ramai kawan..

*Entry kali ni betul2 tacing dkt wa sebenarnya, betapa Tuhan sangat menyayangi aku dalam hidup yang penuh dengan derai tangis dan ranjau hidup yang berliku ni, supaya aku tidak terus lupa bila ada masanya aku mula leka dgn dunia dan mungkin satu masa nanti hati aku ni boleh aku didik menjadi sngt tenguh dan kukuh sebetulnya di jalan yg lurus, dan sesungguhnya cinta Allah lah yang harus aku kejar selama ni.. Amin Ya Rabbal Alamin ~~

* betapa Abah dgn Mama sangat memahami , mengenal , mempercayai , menyayangi anaknya ini, dengan memberi peluang mengenal dunia ni dgn cara yg begini, *aku perempuan tapi mak abah sngt berani bagi kebenaran aku bergerak bebas mcmtu waktu tu.

* betapa jenifer sangat percaya aku bole berkerja di tempat dia, betapa dia tak penah putus asa mengajar aku, betapa batasan agama tidak membezakan kita utk mengajar bangsa yg lain menjadi lebih baik...

*Tidak layak kita mengukur ikhlas hati orang lain andai kita belum mengenal diri sndiri ... jgn hidup dengan kesombongan dunia dan tidak mahu belajar dari kesilapan sendiri..

Terima Kasih atas segalanya Tuhan, pengatur hidupku yang abadi... setiap sesuatu yang terjadi sesungguhnya sentiasa ada hikmahnya... Terima Kasih Allah yang Maha Penyayang...

Saturday, October 15, 2011

kek comel

kek comel yg dibuat malam semalam ~ ^_^ v ~






rasa macam nk buat jual je, tapi tu la bakat menjual tak ada aku ni =|

* ini mmg betul betul blog rojak, satu page sekali harung semua benda , ish ish ishh kau, blog utk suka suka seharusnye rojak.. yariyayo!!! 

* blog stail campur campur gini teringat pulak cerita masa aku sekolah rendah dulu heee~~~ 

Thursday, October 13, 2011

tekun

halloo!! halloo!! haha,.. masih lagi dgn hal yg sama, komik baru lagi disini... ini dia :


serupe kanak kanak riang gua nikan melayan komik seram comel mcmgini.. best woo mane boleh dilepaskan ;)

Worait review sikit, Sumpahan Kodok tu lama da beli, tapi saje wa combine masuk sekali, karang merajuk pulak komik wa tak interframe sini :P (* ehh saikonye bunyi ayat lu ni Sis hahaha! ) : komik Sumpahan Kodok ni , mcm yg lain2 juga ada banyak tajuk , cerita lain2, dan setiap cerita semestinya unsur2 nasihat tu ada, ilustrasi kebiasaan mmg terbaik, comel ada, kacak ada, hodoh stended hodoh hantu2 cm biase2 mmg Wow!.. cerita secara nisbah kecilnye mengenai remaja sekolah sombong bongkak pastu dapat balasan hambik kau , tu la menyombong tak pasal, itulah padahnye, sungguh emosi wak bercerita ye,hahaha.. tu antara salah satu cerita diantara cerita cerita yg lain, bnyak lagi corak cerita yg menarik dalam ni, nk tau beli .

(* berkait dgn hal sombong ni ,tu lah orang sombong ni mmg dimurka Tuhan click sini utk baca lebih lanjut ,tak elok sombong2 ni, makin orang benci ada , tak ada bawak keuntungan pn jadik orang sombong okeh , walaupn buku tu orang jepun yg buat, tapi hal hal kebaikan dalam setiap agama basicnye mesti lebih kurang samakan :) )

Second review ,komik  Magis Manis Coklat tu , baru beli smlm tak sempat baca lagi pn.. tengok sikit2 je.. dan katon kt dalam tu alaalala comel nyee  @_@ , nnti balik keje karang, sambil layan2 santai bole la layan komik ni kejap kan.. best betul bila ada bahan bacaan baru menanti kt rumah mcmni.. haaa~~~

* wa ingt hujung minggu ni nk order buku guna wang pos la, lama da wa tak buat cara gini, dulu dulu masa duk cameron highlands rajin sangat order buku guna cara ni.. haha, rindu lahh

Tuesday, October 11, 2011

lagi

wahh harini update blog mcm orang ketagihan ape lah kan, pastu share2 kat fb mcm hebat blog kau ye yang, wahahahaha.. ahh dulik , janji wa hepi,kalau lu orang loye dgn kelakuan wa ni,wa rasa wa tak salah langsung dgn hal tu, jadi jgn kesah sngt hal org lain selagi tak langgar hukum Tuhan  :) .. *pandaikan wa ni berkate2 :P ...

oke tak payah melalut panjang, sekali lagi dkt blog aku ni, ahha pasal buku yang baru aku beli smlm , ini buku dia :


Syok wooo buku ni, ada pengajaran itu yg penting, terbaik la Kash!!;)

* Buku - buku (entry2 yg lepas juga) da lama di pasaran rasanya, sbb aku rasa mcm pernah beli buku ni, tpi bila baca mcm tak pernah pulak.. huhu~~ yg lain tu tak penah la rasa da beli, mmg tak penah beli pn.. baru skrang berkesempatan pulun beli dan beli dan belii,.. haha~~

okeh sampai sini la dulu , menaip panjang2 pn tak guna juge, tong kosong kate orang tu (lebih kurang la peribahasanye), layan drama Cinta Elysa dkt tv3 jom, best2!! cinta disana sini~~~ tudududu..~~

Lempeng Coklat

 haa, kita kasi resepi lagi, resepi kali ni sesuai untuk sarapan pagi ,minum petang, dan dibila bila waktu pun,senang saje,.. ritu buat berebut2 makan semua orang.. sampai ada yang dapat sekeping kecik je , sbb lambat menyerbu.. takpe2 nnti k.lang buat lagi ye ^_^ ..
jom tengok ape resepi kali ni pulak :

Lempeng Rangup Coklat Manis


Bahan - bahan :

1. Tepung gandum
2. telur 2 biji
3. garam
4. gula
5.air 1 jag
6. esen vanilla atau perasa lain2nye
7.coklat masakan 1 bar.
8. majerin

cara - cara buat :

1. Ambil tepung gandum tu separuh bag je, isi dalam mangkuk... pastu garam setengah sudu makan bancuh dgn air segelas, dah sebati masukkan dalam mangkuk berisi tepung tadi, kacau2 sekejap... pastu bancuhkan pulak gula 3 sudu dgn segelas air juga, kacau sampai sebati, masukkan kedalam tepung tadi, kacau sekejap...
( * kuantiti gula ikut kesesuaian, ikut lempeng nk makan dgn ape, kalau rasa tak nak langsung ada rasa manis pada tepung tak payah letak pn boleh :)  )

2. masukkan air 1 jag tadi kedalam tepung, bancuhan tepung ni cair saje, sbb kita nk buat lempengkan, bukan nk buat cucur.. huhu~~ bancuhan cair macam kita nk buat kulit kuih ketayap tu :) ..

3. dah elok cairnye, masukkan telur dua biji... kacau sampai sebati, dan lepas tu masukkan esen vanilla atau perasa lain yg korang suka .. kacau sampai sebati juga lepas tu, make sure tepung jgn berketul2 ye..

4. okeh dah siap bancuhkan, sediakan kuali, panaskan setengah sudu makan menjerin utk setiap keping lempeng yg hendak dimasak, sendukkan tepung yg dah dibancuh tadi kedalam kuali pastu buat la bentuk bulat dengan belakang senduk tu.. api perlu perlahan je, nnti masak tak cantik pulak lempeng tu,terbalikkan bila sebelah yg satu tu da agak kekuningan masaknye, terbalik2 kan la lempeng ni sampai la korang rasa puas hati dgn tahap keranguppannye,okies..

5. sambil masakkan lempeng ni, bolehlah sebelah dapur tu masak coklat ,guna setengah bar je coklat ni  , ambil periuk berisi air, letakkan atas dapur, lepas tu ambil loyang sedikit kecil dari saiz periuk tu, letakkan coklat dan mejerin dalam loyang tu dan letakkn dalam periuk berisi air tadi (letak atas air mendidih tu,jgn korang rendam pulak hohoho! ), kacau sampai la coklat ni cair...pastu isi la dalam mangkuk... ( * mejerin bubuh sikit je dalam dua sudu kalau nk coklat tu pekat, kalau nk cair bubuh la banyak sikit majerin tu)

6. da siap kedua duanya boleh la dimakan.. jadi la seperti gmbar diatas rupanye..sungguh sedap dimakan diwaktu bila2 pn, nk bawak berjalan berkelah pn sedap juga lempeng ni.

*boleh juga dimakan dgn kari , sambal atau masakan masakan lain lempeng ni.. (^_^) v

Roti Manis

antara aktiviti hujung2 minggu selalu kalo orang pempuan memasaklah ape lagi kan, sarapan pagi, makan tghari, minum petang,makan malam.. makan2 time tngok tv.. dan mcm2 lagi la permintaan dari isi rumah.. mcm den ni ikot yo lah nak makan ape, ada barangnye den masakkan lah.. huhu~~

petang hujung minggu ritu ada buat pencuci mulut sikit, puding roti (ye ke puding, haha, ye kot) , jadi ingt nk letak sini la resepinye, ini resepi dari nenek, nenek yang ajar masa dia ada dulu... sedap tau.. okeh, resepinye :

Puding Roti Manis Manis Sayang 


( gambar roti baru nak kukus )

Bahan - bahannye : 

1. roti gardenia - 1 yg sederhana panjang tu..
2. santan kelapa - 1 biji (santan ni campurkan dgn sedikit garam,sikit je tau, jgn bnyak nnti masin pulak)
3. gula pasir - sukatan ikut manis yg korang suka
4. daun pandan - nak potong2 mcm dalam gamba tu boleh , nak simpul pn boleh :)

Cara - cara buat :

1. ambil loyang , pastu susun roti satu lapis, taburkan gula , jiruskan santan sedikit, dalam satu senduk, saje kasi santan tu serap dkt setiap roti sikit sikit je takpe. pastu tabur daun pandan tu,, ulang lapis lapiskan roti cmni sampai abis, lastly, baki santan tu tuang kan kesemuanya kedalam loyang tersebut (mcm rupa dalam gmbar tu,kalau santan sikit tak sedap puding roti ni, kene berkuah baru la sedap :) )

2. dah siap buat mcm dekat atas ni, boleh la kukuskn dekat atas dapur mcm gmbar dekat atas ni, kukus dalam 20 minit lebih kurang cmgitu, siap lah dimasak.. boleh la dimakan,.. lebih sedap kalau dimakan waktu dah disejukkan dalam peti ais, sngt yummy!.. cuba la, barang2 penyediaannya pn tak susah nk dapat, menyediakannya pn mudah ;)  *buat minum2 petang sedap tuu...
 

*tengok gmbar puding roti ni, rindu dekat nenek sepertinya meruntun2 sungguh dihati ~~~

Friday, October 7, 2011

Resepi Roti

wow, masuk opis petang petang jumaat ni aura mengantuk dia kemain kuat bukan main lagii... jadi untuk hilangkan mengantuk ni aku terai terai la isi blog ni dgn entry baru..

ni semua pasal makan bnyak la ni tghari tadi ni, padahal nye makan roti je pn.. haha, tapi sedap wooo~~~ ( suke sngt la promote makanan kalau yg sndiri bikin kan, mcm la sedap sngt *gelak tersipu2 :P )

disebabkan aku rasa mcm best sngt roti yg aku duk pandai2 reka dia punya resepi, jadi aku kasi taruk sini la satu kali, resepi nyee,,, treng teng teng :

Resepi Roti Keriangan
(nama resepi letak sendiri,haha )



Bahan - bahan (untuk sorg makan) :

1. Roti - 1 keping
2. buttercup garlic bread
3. Premium Chicken cocktail Sausage - Cheese (jenis yang lain pn bole guna,ikut citarasa masing masing)
4. Chicken and mushroom  campbell soup
5. tomato - potong bulat2
6. burger daging ramly - 1 keping
7.jacker potato chips - 2 keping
8.mayonis lady's choice - ikut bnyak mane suka
9.sos cili - pun sama ikut suka
10.serbuk lada hitam. - pn bolehh.. haha~~

cara - cara buat :

1. roti sapu dengan bttercup garlic bread tu, pastu bako kn aje dalam microwave ke, dalam pembakar roti ke ikut la ape ada kt umah korg tu.. bakar rupa kasi cun2 kaler keemasan tu kire da oke la tu, setel letak tepi dulu..

2. pastu korang amik sausage cheese tu dalam dua ketul ,burger daging ramly 1 keping , tabur sikit dengan serbuk lada hitam, pastu bakar la dalam microwave sampai la elok masaknye, nk goreng pn bole takde hal,kalau goreng nk letak lada hitam,lepas siap goreng lakan..hihi...kalau tak suka lada hitam tak payah letak.. (sebenonye ikut la nk masak bnyak mane pn bole , xsalah langsung buat gitu,tapi hidup jgn membazir haa kalau da duk sorg2 tu bajet2 sikit nk masak huhu~~)

3. tgh tunggu mende2 kt atas ni nk masak , korang bole la siapkan sup campbell tu, campak kan aje dalam periuk, tambah air sikit letak atas dapur tu, tunggu sampai mngelegak, ikut la nk kepekatan kuah tu tahap mane ye.. masing2 punya citarasa .. pastu siap tutup api isi dalam mangkuk, letak tepi.. ( aku tambah daun sup letak dalam sup ni, aku sukee hee ;) )

4. tomato tu da siap potong bulat2 kan , oke letak tepi jugak dulu...

5. okehh, potato chips pn da ada kan, orait sekarang masa utk susun susun atas roti , yey!!
    - first amik  sosej tu potong2 bulat, pastu susun elok2 atas roti yg da siap bakar tadi, lepas tu susun tomato bulat2 tu pulak,daging burger yg da dihiris2, mayonis,siram sup campbell tu sikit dekat atas bahan2 ni, bgi rasa sikit, pastu taruk sos cili, dan akhir sekali potato chips yg da dihancurkan dan tabur atas tuu.... taraaaaaaa!! dah jadi pn dan bolelah dimakan,sedappp, simple sangat dan cepat dan sedap, sesuai la utk org bujang yang tak Mboh Berie nak masak tuu.. huhuhu~~

selamat cuba2.. sekian dulu... *kenyangnye, sekeping pn da cukup sebenarnye utk org ppuan.. sedap2 ~~~


Thursday, October 6, 2011

sangka


hee~~kak yam dan aku, sape kak yam tu ..??? kak yam selaku rakan kerja yang memang sangat bnyak membantu aku dari mula aku masuk keje sampai la nii... dan aku jugaklah tempat dia mengadu memacam hal..~~ pendengar setia jugaklah aku ni pada dia... ecehh ..

isnin ritu , "lea jom la kita buang tikar getah dkt depan tu nmpak semak sangat" katenye kpd aku di awal2 pagi baru sampai opis.. sudah la hari isnin,dipagi pagi hari pulak tu.. jadik aku pn blurrr je kepala..
"tak payah la k.yam, oke je tikar getah tu " -_- dengan muka blurr menjawab balik.. lepas tu suasana sunyi.. :P  .. aku pn berlalu masuk bilik opis aku.. buat keje (buat keje ke lalalala~~ ;P)

selasa, aku duk kemas bilik bilik dekat tmpat yang dibisingkan k.yam haritu.. ummm .. mmg nampak semak dgn sempit ruang tu sbbkan corak dan warna tikar getah tu, da lama da tikar getah tu dkt situ, letak dek cikgu yg dulu, tapi disebabkan tikar getah tu dah bertindih dgn meja komputer, meja lcd, kerusi, kabinet tah ape lagi.. jadikan mcm bnyak kerja tu.. -_-' .. jadi tindakan hari itu, berlalu dgn tanpa buat ape ape... hee~~

Rabu, lalu ditempat yang sama lagi.. humm.. kesian pulak k.yam ,dia tak selesa nk guna bilik ni agaknye keadaan mcmni.. k.yam pn datang, aku pn time tu tgh menyapu2 bilik .. sambil2 buat keje tu, aku pn cakap.. " aa .. k.yam kita buang lah tikar getah tu, mmg nampak sempit pn sbb tikar tu ^_^ .. hee~~ k.yam jawab " aikk.. ritu cakap elok je,.. oke, kite buang esok pagi lah ye.."   "oke ^_^ "  jawab aku semula..
Harini , tadi pagi2  buat ubah suai barang barang dalam bilik tu, elok2, kemas cantik2, mane kertas yg tercabut di meja, lekatkan balik.. kerusi2 susun elok,.. buat balik susun atur pc, meja pameran.. pasu bunga segala bagai lah.. dan hasilnya, baru lah nampak bilik tu kemas sesangat dan lapang sikit ..

setel keje , ingt nk pegi makan terus sama2 dgn k.yam, tetiba ada cikgu mintak bantuan dgn peralatan IES, okeh, buat kejap dan terus pegi makan lepas tu..

setel makan,lepak bilik opis kejap dan pegi surau, setel solat je .. tetiba teringin nk makan coklat... "humm.. kalau dapat coklat ni bestnyee.. "

berangan terlebih la kan lepas tu pasal coklat sbb tengah teringin, sambil jejalan nk masuk bilik opis.. masuk jek opis pegi kt meja.. uikss ada coklat lah, ada note lagi situ..




: Nostalgia betul panggil Ton gitu ekeke.. tapi comel la pulak lama da takde mcmgini..ahha coklat tu da abis dimakan tinggal bekas je lahh.. coklat tu warna pink putih, coklat putih tu sedap oii.. mmg minat gilerr white cukulat~~

tanpa disangka , tengah teringin.. ada pulak org bagi coklat.. tQ k.yam ^_^ ...

*bersandar di kerusi, dan terfikir fikir adakah jodoh dalam hidup aku ni mcmtu, tanpa disangka2, jodoh tu tiba....
jadi,dalam nafas yang sedikit payah ni(sbb coklat dah habis makan)...bersabar lah, andai ujian itu lebih dulu bnyak ditempuhi utk sampai ke hari itu.. kerana ganjarannya mungkin tak tersangka buat orang orang yang sabar.. hendaknye begitulah ketentuan Tuhan buat aku nanti.. Amin~~



cantik










cantikkan,,, (O_o)v   * update serupa tak payah update gini la gayenye..
sekian.. hahahaha!!! ;P

Wednesday, October 5, 2011

Tanggungjawab



wah wah tetibe bedio Tun Mahathir letak kt sinikan.. hehe~~
aku suka tengok perdebatan ni,.. berani..
berani kerana sudah tanggungjawab dia menegakkan apa yang betul,Tun Mahathir  ni mmg berani orangnye.. dikagumi ramai orang termasuk aku... Moga selalu kehidupannya dirahmati Allah s.w.t ...

mcm tu juga kita, lahir kita di dunia ni lahir dengan tanggungjawab..
sebagai anak, adik, abang, kakak,kuli, bos dan terutamanya hamba kepada yg-Esa..

mcm kejadian kejap tadi,membaiki tv yg tak elok, sbb tv siarannye tak dapat,kire tanggungjawab kecil jugak lah tu.. tu la sape suruh tak pasang astro.. tapi pasang astro mcm membazir sbb selalu aku duduk sorg2 je kt rumah ni, tengok tv pn takde kadang tu dalam 1 ari.. kan rugi tuu.. huu~~oke motif dalam cerita ni, kalau kita tak cukup kuat rasa tanggungjawab tu mesti bio kelantok la tv tu tak elok, tido lagi baik.. haa kire gitu laa, kalau kuat tanggungjawab dalam diri tu benda kecik pn kita kire besar untuk dilaksanakn ..

aku pn takde la bagus dalam melaksanakan tanggungjawab dalam hidup ni, cuma cuba buat yang terbaik selagi boleh ... kalau betul betul fikir keliling kita ni mmg banyak tanggungjawab...
penilai kita selalunye org disekeliling.. tapi sebenarnya Allah la penilai kita yg utama (semua pn maklum yg ni)..

sebagai hamba Allah aku masih lagi mendaki2 cuba perbaiki keteguhan hati aku yg masih lagi lahh tah hape2.. ape kene aje la ... bulan puasa oke, bulan tak puasa tak tentu hala balik.. itulah sesumpah namanye.. sendiri mengaku lah senang... cube la kado ke diri tu da tua, 27  -_-' .

point ceritanya,aku mmg family first, jadi bila sebut tanggungjawab, lebih berkait dgn family aku la.. aku kene selalu stedy tak kire la apa pn jadik dalam hidup peribadi aku, kene kuat,teguh dan setia dengan tanggungjawab ni,supaya sekeliling aku orang orangnya sentiasa gembira bila bersama dgn aku.. (^_^)

*tibe tibe malas nk menaip, sbb kt tv tgh soal jawab utk bajet 2012 yg akan dibentangkan hari jumaat nnti,
mesti ramai tunggu ape pulak gayenye bajet 2012 yg akan dibentangkan nnti.. jadi tunggu dan lihat

Tuesday, October 4, 2011

Ingin

: ye yg tidak give up dgn perangai bodoh, boring dan berbagai2 kekurangan yg ada.. Saya bukan bidadari <-- tidak berkaitan dgn mane2 tajuk novel :P . 

Kebelakangan ni bnyak jugak isi nk ditaip dekat sini..
tapi cara nk disampaikan tu bergulung gulung dalam kepala ni, tak terkeluo yop oii.. haha

ape keheinye dgn enko sebenonye, takde apa dengan aku, aku mcm biasa je, org nak kawin , kawin..
dan memang serius, aku akan oke dengan keadaan mcmni.. dah org bahagia aku oke je lah.. dah nk jadi ape lagi, perasaan lain takde selain perasaan oke.. ieee... kdg aku tak faham kenapa org nk aku jawab, ye aku sedih.. aku tak sedih maa.. xkan nk jawab sedih.. adoiyaii...

dan aku dapat mengesan sedikit ketekanaan (haa hambik ko )daripada situ..
apabila org pandai pandai pandai nk memaksa aku menikahi org yg aku tak ada hati, faham tak , tak ada hati, tak faham lagi ,tak ada hatiiiii laaaaa.,  faham...

kene faham disitu, kerana sebijik kristal cinta kaler merah berkilau2 berputar2 dalam hati ni mmg hanya boleh bersatu dgn lelaki yg mahakarya cintanya bila terpanah dengan cinta kristal yang rapuh dalam hati aku ni dia tak berderai bertabur jatuh,sebaliknye menghasilkan cinta yg bercambah cambah dan seterusnya menyambung zuriat dalam kehidupan ni..sila faham..

perasaan ingin tu yg penting, kalau takde keinginan mcmane aku nk menghangatkan hubungan.. kene faham la..
aku tak suka kalau org bercakap main ikut sempat je.. abah aku sndiri pn sound kt aku, jgn nk tangkap muat je.. haa hmbik ko la kalau tak faham2 lagi.. dah parents pn menitik berat juga kriteria yg sesuai.. dah takkan kawin tak nak restu ibu bapa..

Persoalan kenapa harus hal pernikahan ni dispekulasikan bukan bukan bila umur dah 27, muka comel (perasan) , badan gebu seksi (saje tambah sedap), shape perghh meleleh air liur org lelaki kalau tenung lama lama (tambah serbuk kari sikit).. kenapa tak melihat satu sudut yg betul megenai hal jodoh ni urusan Tuhan, empunya diri sebolehnya memberi ruang kepada cinta yang ingin hadir sekiranye di hati beliau itu ada keinginannye, kalau tak ada keinginan tak kan nk letak harapan palsu dekat orang..

dan akhir kata yang panjang ini.. sesungguhnya kita hanya mampu merancang Tuhan jua lah yang menentukan.. Amin ~~