Al Quran Nur Karim

Friday, November 4, 2016

kenangan lalu

assalammualaikum

lama tak mengisi cerita dekat sini,
tetibe pagi ni teringat masa duduk dekat rumah flat semambu,
masa belajar dekat poli dulu..
(rasanya cerita penah cerita dekat blog lama, *blog tersebut telah dihapuskan )

malam tu tak berapa nak ada kerja,
mata pulak segar..
budak2 rumah yang lain masa tu tengah buat apa tak ingat,
yang pasti rumah sunyi aje masa tu..

aku pun teringat ada beli,
sabun yang tiup2 jadi belon buih tu,
ambik, berdiri tepi tingkap dekat tingkat 4 tu,
fuhhh fuhh tiup belon hahaha
seronok beno..
tengok belon buih banyak2 terbang meliuk2 ikut angin..
kene bias2 lampu jalan lagi cantik jadinya belon2 tu..

angin pulak kuat juga malam tu,

tetiba jugak, aku dengar suara orang lelaki 4,5 orang gitu..
'wey wey buih apa ni... ada puteri ke dtg nii.. "
suara cemas2 mcm mistik sangat memikirnya hahaha

lagi syok la aku tiup2 bagi banyak jatuh kebawah dkt tempat dorg bediri,
borok sangat malam2 dkt luar,
penakut juga rupanya haha..

boleh tak pasan aku main belon dkt atas tu, mungkin juga la tak nampak,
sebab aku main pn bukan kepala terjojol keluar tingkap tiup2 belon tu..
sipi2 tingkap aje berdirinya..

lama2 sikit baru dorg pasan, sebab kan keberanian mengkaji
sumber datang belon tu dari mana kan..
kalau takot tu mboh sampai ke sudah la ingat benda mistik haha..

dah dorg tau tu, aku pn menyorok laa..
lawak betoi la budak2 lelaki ni..
memikir ke ada puteri turun dari langit nak mengorat dorg ke apa,
terasa hot itu la tu..
haihh mengkome ni huhu..

tu la sikit kenangan yang aku ingat masa aku blaja poli dulu,
masa tu umur 19 tahun ..
jauh sangat da kenangan tu tinggal di belakang...
sekarang umur pn da 32..

dan yang sama ketika ini masih memegang status student u,
single..
cuma yang lainnya,
dah bekerja tetap, alhamdullilah..
dan ada anak sedara 3 orang (adeeb - 5 tahun, memey - 1 tahun , orkid - sebulan lebih )
coming soon insyaAllah anak sedara kembar kot.. ^_^

sesiapa yang ada terbaca blog ni,
doakan la yang terbaik untuk aku ye,
jadi orang yang baik2, kuat semangat dan rajin <-- rajin ni yang utama korang kene doakan hehe .

akhir kata salam jumaat semua,
moga dipermudahkan semua urusan kita di dunia ni,
selalu ingat Allah,kumpul pahala, kurangkan dosa adehh *utk gue ni
agar disana nanti pun jalannya dipermudahkan..
amin .. ~

Tuesday, August 9, 2016

ketupat sotong, sedap!

assalammualaikum,

hai..

semalam punya lah tak nak bosan sangat kalau sampai rumah awal balik dari kerja, aku singgah pasaraya PDM walaupun tak da plan nak beli apa2..

well kalau dah nama perempuan, benda tak di plan tu la, jadi yang bukan-bukan dibuatnya, dibelinya haha

soo.. disebabkan ternampak pulut susu yang boleh beli timbang,
terus grab laju2 sotong, sama santan, halba.. actually kene ada halia buh dalam resepi ni,
tapinya dah balik rumah baru tengok resepinya betul2..
so dah tak ada halianya sbb tak beli (rumah bujang saya takda standby halia sesiap kt rumah oke hehe)..

maka terjadilah ketupat sotong yang pertama-tama kalinya saya buat dan saya makan ^_^


dalam proses dimasak, seekor sotong disumbat gemuk dengan pulut haha

tak plan nak kuah kering cmgitu ketupat sotong ni, sebabkan tinggal atas dapur, pastu p mandi la apa la, jadi la rupa gitu huwhuw

dah siap masak! sedap betul ketupat sotong ni, serius!! boleh la jadi hidangan hari raya lepas ni (kalau duit ada terlebih banyak nak beli sotong puluh2 ekoq ) 
pulut terlebih beli, tak nak membazir, buat la pulut kuning,, is lembik,
 i memang sememangnya tak pandai masak pulut --' :D , so kene cari apa resepi yang boleh dibuat dengan pulut lembik ni haiyaa.. 

oke ni gamba makanan pada hari sabtu haritu, saje selit
 kawan rumah sewa masak, cedap angattt!! tu sebab buh juga gamba kt sini hehe.. terkenang2 pulakk aihh sedapnyee.. (y)

buah manggis ni ambil dekat kebun belakang rumah jengka, dapat la 2 biji,
ada masak yang lain abis makan dek tupai..
rezeki awak la en. tupai..
rumah jengka pun dah tak ramai yang balik,
kebun buah dekat belakang tu pn dah mula nak jadi kebun terbiar nampaknya..
haihh.. sayang sayang.. ~

okelah, sampai sini dulu,
makanya kalau rajin masak,
perut kenyang,
hati pun sonang haha ^_^v

alhamdullilah <3 ~

Monday, August 1, 2016

cerita dari gambar

Assalamualaikum,

lama tak update blog kan,
kita layan gambar jelah ye ^_^



gamba masjid baru di temerloh

kambing grill untuk buka puasa :D








sibuk sibuk nak sambut hari raya



rindu lemang comel dengan nasi impit nii <3 <3





open house rumah sepupu, kita pun jadi orang dapur, tolong2 mana boleh


orang dapur makan di dapur, seronok (y)

letihh... tudung saji pun layan bergambar ^_^
makan pulut mangga di kuantan, teman akak opis hantar dokumen untuk diaudit,
tersangatlah sedap meletop!!!

berhari raya di negeri sembilan, pokok bunga mama yang cantik di rumah pD.. ~

majlis hari raya dan keberangkatan pak anjang,wife dan ehsan yang nak pergi haji bulan 8 ni, alhamdullilah

mengait rambutan di rumah mak mentua adik ( kak cik)

makan malam pada jam 12 tgh malam ish ish


perantin baru husena dan pasangan, nikah masa raya ke-4, tak larat nak upload gamba da haha

stesen minyak shell baru berhampiran rumah di lukut,yippie! dapat air mineral free isi minyak rm50, good2!


sebelum pulang ke pahang, jalan2 cari makan, sedap nii!!



berjalan cari seluar aiman, tak beli pun huwhuw ~

sekarang kembali kepada asal, sibuk belajar , kerja..
apa-apa pun syukur sentiasa nikmat yang ada ni,
alhamdullilah ^_^v ~

Saturday, May 28, 2016

Limau kasturi hilangkan bau badan

Salam hai

lama tak update huhu, bz lah humm

lepas tu kan lepas tu kan.. hehe ..
banyak lah yang berlaku sepanjang tak update ni,

adik ppuan sorg lagi nak menikah dah 4 jun ni, minggu depan,
tempat keje dah tukar bos baru,
permohonan aku nak tukar tempat keje baru tak diluluskan,
oke tak ape mungkin rezeki masih lagi disini (bandar jengka)
aku blaja tak abis lagi..
oke berbalik pada hal limau kasturi tu..

sekarang ni di samping aku ada amik vitamin vita lea shaklee..
aku pun ada amalkan balik amalan aku dulu,
makan ape2 aku berulamkan kulit limau kasturi,
sedap tu oii.. kalau tak dak sayur lain kt umah,
dan ada stok limau kasturi ni boleh lah dgantikan jadi sayur..
hehe sedappp!!!..

dan serius cakap, makan kulit limau kasturi ni,boleh hilangkan bau badan anda yang tak berapa nak sedap baunya kalau tak pakai deodoran tu... tak percaya cuba, oke!

kalau nak ikut cara saya makan, limau kasturi tu amik belah dua, pastu perahkan kt makanan (saya suka makanan saya kalau ada rasa masam2 limau, sodap).

atau kalau tak mau perah kt makanan yang anda makan tu, buat air limau kasturi pun oke jugakkan hehe,

dan kulit limau kasturi tu, amik hiris2 halus,atau kasar2 sikit campurkan dengan makanan anda,
pastu makanlah hidangan anda tu dengan berselera, sedap! kulit limau kasturi ni pada aku sedap rasanya,aku suka dan kebaikannya sangat banyak.

antara lain kebaikan limau kasturi ni ada dalam gamba ni ^_^

jadi ambillah kebaikan dalam setiap pemakanan dari alam semulajadi ini, banyak manfaatnya, nak tau lebih banyak info kebaikan tentang limau boleh google lagi pada masa2 lapang yang anda ada tu oke .. selamat berhujung minggu dan berbahagia. Bahagiaaaaa <3 <3 hehe (y)


Tuesday, April 26, 2016

alhamdullilah

hai...

pasal kuih jongkong lagi hihi..

aku buat kuih ni lagi hujung minggu baru ni,
dan tercuba tips baru yang sangat la lazat bila dipraktikkan makan mcmtu,

kuih jongkong kalau pada sesetengah orang rasa kuihnya manis terlebih,
boleh la makan kuih jongkong ni letak air batu.
Wow, meletop jadi sedapnya!! cubalah (y)



dan semalam aku try la berpuasa untuk persediaan bulan ramadhan yang akan datang...
lembik melampau rasa badan ..

xkuatnya aku...

aku lapar dengan dahaga tak sangat,
letih tu jela melampau2 rasa..

teringin pulak buah tembikai time2 gitu...

terasa sungguh mcm berada dlm bulan romdan bila dapat beli buah tembikai (separuh)



waktu potong buah ni perasaan aku dah tak tau la nak kata mcmane,
yang pasti siap2 potong buah ni dalam pukul 6 lebih,
pastu mandi2.. pastu melepek atas katil sampai pukul 7..
haha teruk2..

moga bulan puasa nanti lebih gagah perkasa la hendaknya.. 
tapi tulah... perasaan puasa tu best, terutamanya bila dah seharian lapar dahaga,
dapat pula makan bila masuk waktu maghrib tu.. bahagianya tak payah cakap..
bersyukurnya.. alhamdullilah <3

Monday, April 4, 2016

kuih jongkong dan etok sungai pahang

hujung minggu baru ni adik aku dari melaka balik ke pahang..
sudah lah budak itu ada merequest makanan..
mengandung pulak..

bergigih la aku buat makanan yang dia nak..
aku pun lama dah tak buat kuih jongkong yang adik aku nak makan ni,
sampai dua hari la aku buat,
tak cukup punya pasal...

ini lah kuih jongkong, kuih warisan orang perak,
acuan tu boleh buat lagi kemas,
tapi kite nak jimat masa... asal boleh aje le ropenye..
kuih baru nak dikukus..

kuih dah siap kukus

ini lah rupa isinya, sedap!
dan aku pelik, kuih ni takde lagi aku jumpa dekat kedai orang jual,
kalau jumpa pun rupa kuih sama, tapi isinya lain..
pegi perak pun xada orang jual..
kuih ni senang je nak buat..
dan rasanya sangat sedap!!
berkuah santan lemak manis, isi tepungnya lembut,
orang takde gigi pun boleh makan dengan gembiranya hihi
wangi sebab dibalut penuh dengan daun pisang,
sangat beraromakan kuih orang-orang lama..
dan lebih sedap dimakan waktu sejuk (y)



main dengan aku ada kelasnya hari ahad dekat kL,
walaupun tak berhenti2 bergegas sana sini..
bertungkus lumus di dapur..
aku bahagia haha..
seronok sangat bila ada orang balik dari jauh,
kekdahnya.. hee

bahagia2, alhamdullilah..

pagi ahad yang aku ada kelas tu,
sempat pulak adik aku pegi mengutip etok yang tengah pemes dkt sungai pahang kebelakangan ni..

seronok sangat dapat mencari etok,
memang gitu la gayenye budak itu,
minat ngat hehe..



ini lah etok yang adik aku amik, isinya mcm isi kerang,
dan adik cakap memang nama lainnya etok ni, kerang air tawar..
yang pasti isinya lagi bersih dari kerang laut..

hujung minggu yang seronok sesungguhnya,
alhamdullilah ^_^v ~

Thursday, March 31, 2016

ayam rosemary maru

Hai hehe :)

semalam mencube2 la buat ayam bakar rosemary eceh kunun.. hahaha

resepinya sangatlah mudah huhu,
resepi suka hati sendiri je ni..
inilah hasilnye..

sedap botoi, petang ni nak bakar ape pulak ye hihi..



same plate all the time, ini pinggan mama i yang beli,
pinggan kegemaran sesungguhnya (y)


dan penutupnya aku makan ais cream tambah kacang sendiri yum yum.

syukur dengan rezeki yang ada alhamdullilah .. ~