Al Quran Nur Karim

Monday, February 22, 2016

kemanisan

assalamualaikum..
kelas pun dah bermula hujung minggu baru ni..
masa hujung2 cuti semester ritu adalah siapkan tempahan cupcake untuk harijadi..
1 cupcake tu rm2 ^_^



ni cupcake pelangi, bercampur2 jenis kek untuk tempahan ni, ada yang plain mix chocolate rice dan kek coklat.

masa hari jumaat hantar tempahan cupcake, dan petang tu sebahagian lagi cupcake mmg saje buat lebih bagi dekat kawan dan bawak balik utk orang bujang yg tinggal kt jengka... dan seterusnya membungkus lauk pauk sebab tau dahh.. kompom takde lauk menunggu untuk dimakan kalu orang bujang aje yang tingai kt umah.. lapo lapo, xmakan nasi lagi huhu ~

aiskrim kelapa muda, sangat sedap!!!! harganya rm8, berbaloi harga ^_^ pada aku la, beli aiskrim ni semalam,hari ahad, hehe.. lama da simpan hasrat nak membeli , kedai ni di genting sempah.. akhirnya dapat juga makan alhamdullilah (y) ~

sedapnya kelapa muda dengan aiskrim.. uhhumm! (y)

Monday, February 15, 2016

kembara dunia dan hati

hai,
hari isnin harini...
dan bermulalah semula hari hari yang mencabar untuk aku...
dan lagi aku tak tau ape sebenarnya perasaan yang ada dalam kepala otak aku sekarang ni :/

jom layan gambalah kan..

untuk kemudahan aku beli extension yang comel ni, senang untuk dibawak travel sana sini..

tolong akak yang menyewa dekat rumah ni berkemas2 untuk berpindah

dapat sehelai jubah hurey!! terima kasih kak ina 

takde da la nampak kete ni parking kt umah dah lepas ni..


langit pagi ni cantik sangat... alhamdullilah... hati bahagia tengok langit hehee...

ya... bersenang hatilah lia...
moga satu masa nanti berjumpa jodoh yang boleh membawa ke syurga..
makbulkanlah doaku ini Allah..
aku ni bukannya kuat sangat kalau kembara iman secara bersendiri... 
kuatkan lah hati ... 
amin...~


Wednesday, February 10, 2016

Rezeki

hai..
selamat tahun baru cine...
tak ada aktiviti bercuti2 pun dgn cuti yang dah berlalu...
mak abah pulak ke PD...
semalam baru balik secara mengejut kalau ikutkan lambat lagi baliknye tu..
terus terasa lebih aman mak dengan abah ada :D ...
yang dibuat adalah..
pergi berjalan-jalan di bandar yang terdekat, melawat pasaraya tunas manje yang baru beroperasi lepas dimusnahkan banjir akhir tahun 2014 kalau tak silap ritu..
makan - makan dekat rumah itu sahajelah hehe...

kopi ais kesunyian haha

makan depan tv secara solo

menonton jalan raya di tv akibat daripada tidak pergi melancong

pasar raya baru nak up! go go caiyo!









macam terminat nak beli tapi maluuu haha



waaa menarikkk (y)





otw balik saje melawat kawasan rnr temerloh melihat kesesakkan yang berlaku


dan hasil tangkapan di bandar, dapat la beli seluar tido ni sehelai rm10 jek yey.. best kainnya

menu sempena tahun baru cina haha, cendawan dan ayam masak kicap manis

makan dengan kentang goreng, konon sangat diet nasi tapinye makan kentang tak kemana la awok

kelapa muda dan kisahnya... beberapa hari dah nak amik kelapa muda ni tapi tak berkederat.. tetiba jiran sebelah rumah nak kelapa muda.. aku pun tolong lah.. makenye dapatlah juga aku sebiji alhamdullilah rezeki hehe.. aku memang suka belah kelapa muda buang kulit dulu mcmni baru best (y) ..

rezeki ni Allah yang beri... kadang bila datang betul rasa redha dalam hati kita , pada hal yang kita takkan dapat..
atau korbankan..
sesungguhnya Allah akan berikan pulak sesuatu yang lebih baik yang kita takkan jangka boleh dapat selepas tu..
sedangkan masa tu...
kita dah lupa pun pada keiinginan kita tu..
percayalah Allah tau setiap apa yang ada dalam hati kita...
sentiasalah berusaha menjadi insan yang lebih baik setiap hari..
untuk Allah untuk diri sendiri untuk semua .. amin... ~


Friday, February 5, 2016

stadium

semalam pegi tengok bolo...
temankan akak yang last day harini keje dekat bandar jengka ni..
lepas tu dah nak pindah kerja di kuantan dan duduk dengan kakak dia dekat sana..
takde da la housemate..

gamba semalam punya cerita..






masa ni ada cabutan bertuah 

senonoh sangat kaki aku tu hahaha ... :D

kak ina yang akan berpindah... ~



final felda jengka vs felda gua musang, felda jengka juara!! (y)



cantik stadium baru ni, dekat je dengan rumah, tapi itulah kalau ada perlawanan best pun nanti , tak ada la nak pegi sebab dah tak ada kawan... hee..~

harini pun ada sorang cikgu dekat sekolah tempat aku bekerja ni akan berpindah, terus terang cakap aku cam sedih je dengar ayat pindah tu.. sebab dah berapa orang da keliling aku dalam masa terdekat pindah tingaikan aku huwaaa... T_T

moga ada hikmah disebalik semua yang berlaku.. amin.. alhamdullilah ~