Al Quran Nur Karim

Tuesday, October 20, 2015

menu dia apa?

lagi yang best pasal diet atkin...
sebabbb...
makanan diet dia bestt hahaha..
korang takkan sengsara la dgn diet ni...
nah aku belanja beberapa keping gamba dari sumber carian google..













bole amik cheese oke, tapi dalam kuantiti yang berpatutan ye :) ..




hahaha.. bestkan... makanya,cari-cari lagilah pasal ilmu atkins ni..
banyak kebaikkannya hehe.. 
tidak menyeksakan pun..
^_^ 


diet dan kenali diri

salam..
berkait dengan posting sebelum ni,
sambil aku memulakan langkah untuk aktifkan balik hidup dengan senaman,
aku mula balik juga dgn diet atkins aku yang dah tak berapa ketat da aku buat,
dah hampir setahun rasanya dari tempoh mula-mula dulu aku buat..
memang power menjadi dari diet-diet lain..

kenapa ??



sbb mcm dalam gamba ni tunjuk...











diet atkin ni waktu 2 minggu permulaan yang sangat berdisiplin tu,
tak bole gula,yang manis2 langsung tak boleh.. hatta buah buahan sekali pun..
 roti,mee, nasi, sos, kicap , bahan perasa semua2 lah tak bole..
tak susah dekat aku mee,roti,nasi tu.. sbb aku memang da kurang makan kalau tak diet pun..
masalah aku makanan manis...

dapat lepas 2 minggu ni dengan cemerlang...
anda akan dapat kenal tubuh badan anda selama ni..
anda bagi makan mcmane..

kalau aku..
terus terang cakap... lepas 2 minggu tu badan memang slim,perut leper..
aku amalkan juga makan tak berselang dengan minum.. konsisten la..
habis makan baru minum air.. eceh...
yee... mampu mencegah perut buncit, hanya dalam 2 minggu..
langsung tak ada minat dkt air manis da lepas tu,
air masak pulak yg jadi ketagihnya...

bila beli air manis, memang rasa pehhh manis betol air ni...
walaupn kauntitinya sikit aku minum..
terfikir aku sebelum2 ni...
aku amik air manis berkotak2.. berbotol2.. berbekas2...
sehari tak tau berapa kali amik air manis kan..
sangat la tinggi keadaan gula dalam badan..
dapat beza mmg teruk habit makan sebelum tu..

lepas 2 minggu, makanan yang diambil selepas2 tu pun,
dalam kuantiti yang sihat dan tersusun waktunya..
dah tak susah da nak ambil makanan dalam kuantiti sedikit dan sihat..
sebab badan dah boleh terima dan terbiasa..

dalam tempoh dua minggu yang disiplin tu,mcmane aku hadap,
sebab aku gile makanan manis,
mengigil badan dik non..
nak hilang tu aku makan la sebiji gula2 nak bagi rasa oke..
dalam 2 minggu tu cuma sehari je ye aku amik gula gula tu,
sebab waktu hari ketiga tu aku rasa dah xbole pegi da kalau tak ada gula,
hehehe.. makan la sebiji..
anda kene sangat jujur dengan diri sendiri ye buat diet atkin ni..
kalau tipu tipu diet, nanti anda juga kecewa bila tak jadi haa..

buat la memang berkesan diet ni,
nak tau teraturnya cara diet atkin ni bole search kt tenet banyak panduannya..
bukan cuma nak kurus slim je, tapi untuk badan yang sihat terutamanya..

lagi satu bila nak berdiet,
mesti ikut kesesuaian badan juga, cara kita makan sebelum tu mcmane,
mungkin kalau betul2 banyak makan,
sebelum tempoh 2 minggu yang sangat disiplin tu,
bole la mula kurangkan mane-mane yang patut,
jadi tempoh 2 minggu tu mungkin jadi lebih mudah..
lepas-lepas tu juga bole da amik sikit2 makanan manis..
buah buahan...

apa-apa pun kene cekal hati,bersemangat pasti boleh,
menjadi sihat dan cergas untuk orang-orang tersayang,
supaya boleh makin rajin buat ibadah, badan tak jadi malas-malas..
untuk kebahagiaan diri kita juga tu...

jom kita jadi sihat!!

*walaupun jerubu kuat dekat luar,
takpe semua aktiviti ni dalam rumah sahaja
termasuk aktiviti2 senaman sebelum ni hehe

*kipidap, dongibab Cheerleading smileys

Monday, October 19, 2015

bersenam!!

misi harini dan seterusnya...
berjaye ke aku nk menyahut cabaran ni Smiley ...
dalam satu hari buat semua senaman ni...

tak ambil masa lama pun buat semua ni tadi....
tapinya lepas sejam hahahahaa rasainnn rasa di kaki yang semacam rasanya ..

haiyyaa.. kene betul betul betul mau dan gigih ni fuhh!

* maap gambo modelnye cekci heee
Jumping Jacks animated emoticon

langit jangan berasap

jerubu datang kembali lak..
aku pun da batok-batok semula...
seminggu yang berkecelaruan juga keadaan aku minggu lepas..
aku harap semuanya baik-baik jelah  ke hadapan..

hujung minggu haritu tiba2 teringin nak makan kt kedai secret recepi
yang disini... dimana, teka sendiri lah hehe.. 
kenangan...masa baru-baru kerja kerajaan dekat pahang,
lama da masa tu tahun 2009 tak silap....
ni pun dah sekian lama tak datang kedai ni.. 
dan kebetulannya adik nak menempah kek kawin dia juga..
melepak la sini beberapa ketika..
suka mee dekat secret ni sebab mee dia sangat menyerap rasa kuah..
sedap betul.. 

cakap pasal jerubu tadi aku pun teringat pasal cerita bumi berasap 40 haritu..
nak tau sikit-sikit kisahnya boleh baca dekat link ni..


dan seeloknya tanyalahnya yang pakar ustaz ustazah untuk lebih maklum
tentang hal dalam blog yang aku kasi ni..

walaupun jerebu yang datang ni bukan sama kisahnya dengan bumi berasap 40 haritu,
tapi peringatan Allah yang satu ni...

jerubu...

buat aku kelam juga...
terus terang cakap sebelum ni kalau hati aku tak tenang..
aku pandang je langit.. langit Allah yang cerah biru..
aku mesti jadi oke, bersemangat..
sebab aku tau, kalau aku lemah macamane sekali pun..
rasa bodoh tak berguna ke..
Allah tetap ada... kasih sayang Allah tu maha besar rahmatNya..
dengan alam yang masih cantik untuk dipandang..
jadi bila aku tak dapat tengok langit macamni...
hati aku lagi sedih..
humm...

bukan kata Allah tak sayang... Allah sayang la dia uji..
suruh beringat...
Allah..
pengharapan dengan manusia itu akan hilang...
tapi berharap dengan Allah itu tak pernah ada tamatnya..
moga cepat langit Allah ni kembali pada asal..
aku rindu betul langit biru yang bersih tu,,

Allah... 

Wednesday, October 14, 2015

jiran dan dedaunan

tajukkkk hahaha...
hari cuti juga apabila tidak balik ke rumah mak abah..
adalah membersihkan kawasan belakang rumah..
penting sebenarnya hal bersih-bersih ni,
supaya jiran berhampiran tidak merasa kusut dgn keadaan rumah anda
yang seperti rumah tinggal berhantu kalau tak dibersihkan...
ini pun da makan bulan sbrnya aku tak menyapu... adehhh..


aktiviti seterusnya adalah menghalau nyamuk dengan membakar sampah huhuww...
maafin gue kalau baju2 di sekitarnye berbau asap --'
kalau tak bakar karang ayam memporak perandakan daun kering yang ada
jenuh la kene sapu kumpulkan balik.. 



Harapan

Alhamdullilah hari cuti harini..
rasanya setakat harini aku mcm banyak tido je, bangun awal dah..
ih ih..

dalam aku duk baring-baring dekat ruang tamu..
mata aku tiba tiba jeng jeng jeng...bukan nampak hantu disiang hari ye haha..
 terlekat dekat satu frame gambar dekat ruang tamu sekangkang kera aku ni..
frame sulaman cross stitch mama aku ,tahun 1990... syahdu jiwa..



hebat mama aku masa zaman dia sihat-sihat dulu.. rasa bangga berbahagia sangat tengok hasil kerja tangan dia ni.. gigih mama ni, kalau bab lainnya pulak,bab pengurusan hal adik beradik, arwah atok nenek dulu dia lah orang yang paling laju bagi sumbangan tenaga duit selagi dia boleh..
dah sakit ni.. ye, begitulah adanya kehidupan.. segalanya menjadi perlahan..

cerita pasal abah aku pulak, kalau dari apa aku tengok, kerja-kerja dia baiki barang yang rosak.. kebanyakkan mesti abah aku bole baiki.. bahagian elektrikal dia memang power, engineering... ubah gini jadi gitu,, dari segi kekemasan agak kurang tapi tu apa adahal haha.. cara mcmane abah aku paham tentang satu2 barang tu yang aku rasa kagum naw... kalau aku mau study berbulan bulan laa mau ke nak jadi elok, or berevolusikan barang yang sedia ada jadi lain ckit...

memang minat abah aku dari dia muda buat benda2 gitu..

tapi tu la zaman mama dengan abah, waktu tu keluarga masing-masing takda duit nak bagi dorang pelajaran lebih tinggi,. sayangkan.. jadi sampai setakat spm jelah..

sebagai anak, aku harap sebenarnya aku boleh jadi apa yang abah or mama aku tak boleh jadi dulu...tpi itulah ( banyak sangat tapi kau ni) aku ni tak pandai, tengoklah umur brape da ni.. dgree pun tak ada lagi.. mcmane... bab nak bagi menantu.. langsungg tak berbayang...
ohh abah mama... hati ni rasa macam direntap-rentap nak jadi yang terbaik,
await tak tau struggle sangat hidup ni kekdahnya..

makanya sudah-sudah lah,berbebel tak berkesudahan gini, jom layan gamba percubaan aku buat cupcake pertama kali
 untuk majlis nikah kawin adik aku hujung bulan ni..



# terasa berie benor aku membuat cupcake ni haha..
   moga berbahagia hingga syurga kak cik perkahwinan awok nanti.. amin alhamdullilah ~~


Monday, October 12, 2015

jangan lemah

ini hujung minggu lalu punya cerita..
rutin mingguan berulang alik ke kL seperti biasa..

kiri kanan jalan pokok - pokok berkabus.. nyaman je bila tengok..



hujung minggu yang agak banyak benda nak kene buat, badan letih betuii rasanya..
selalu kalau sampai dekat utm, kebiasaannya aku mesti tido dulu rehat - rehat...
kali ni tak dapat laa.. kene pegi library siapkan tugasan projek untuk semester ni..
lesuu..





da nak dekat waktu tghari... tak daye da aku.. melepek kejap.. layan mata.. tidoo...
pukul 2 petang ada kelas pulak.. jadi memang logik aku tido kejap kan haha..

ahad sambung lagi.. bermastautin di perpustakaan ni... walaupun kelas tak ada.. 
bertabahlah wahai jiwa-jiwa insan yang lemah,, 
2 hari pun sebenarnya masa tetap tak cukup nak siapkan dokumentasi untuk projek sistem..
ya mmg tak cukup..


#awasayyyatakuad <--- agak tak berkenan sebenarnya dgn ayat ni.. macam nak kene ketok je org yang posting ayat gini kt fb.. adoii laa.. --'

#hashtagjiwainsan
#beringatlahwahaijiwajiwayanglemahkematianitusentiasamendekatimu

Wednesday, October 7, 2015

Sweet Sour Soul

have a math class last week..
actually it is not really a math subject, its about image processing data..
but we need to learn a little bit about math behind it..

so.. at the moment we can't give a correct answer for the question that have been given by our lecturer, i said this word to my friend " see... we should think out of box if we want to get the answer, aiyaa.. " 

so.. so again haha.. someone that i really love post this picture yesterday..


i did not tell him about the story.. 
but ya, sometime its look like... 
we connect on a level that is sometimes beyond me..
im happy with that..

because when it happen..
i know you always there for me..

even it is a small thing (for other i guess, for me its a biggg thing hee) .. to ponder.. 
its valuable and the moment is priceless 
because its came from you.. hehe ~

Thursday, October 1, 2015

berhati budi

selalu pagi-pagi kalau aku rajin,
mesti aku singgah satu gerai nasi lemak tepi jalan ni..

cuaca yang sangat hiba sekarang ni,membuat aku terpaksa makan nasi untuk sarapan pagi..
kalau tak mati la nakk..
tak daye la aku sepanjang hari..
dah berapa hari da tak berapa nak sihat fuuu..~

gerai dia ni ada masa sibuk dengan orang..
kadang tu aku sorg je yang beli..
time aku sampai tu tak ada org beli..
sebelum tu mungkin da ramai da..

yang bagusnya akak yang berjual tu,
waktu tgh kemuncak ramai orang beli..
masih sempat lagi tanya kat aku, nak lebih tu tak nak lebih ni tak..
kene ke kalau aku lah yang jual,
tak tanya dah aku ni..
janji siap bungkus untuk org yang tgh tunggu tu..
hummm...

nampak tak disitu..
betapa aku tak boleh berdepan dengan situasi kabut kendiannya tetap menjadi tenang untuk memuaskan hati setiap orang..

bila renung jauh2... adakah kebanyakkan peratusan hidup aku ni..
adalah banyak untuk orang lain..
atau cuma hidup ni untuk diri aku sendiri je..

T-T