Al Quran Nur Karim

Friday, December 25, 2015

semut dan menjaga diri

budak semut ni buas betoi tau

jangan nak buat garu-garu perut oke huh!

semalam semut2 ni buat angkara dekat makanan bawah tudung saji.. punyalah da letak air dalam dulang lauk-pauk tu boleh lagi dikerumun semut buas ni ihh..

aku pelik betul..
rasa-rasanya dia panjat tudung saji tu, lepas tu bila da sampai atas target mangkuk lauk tu, lepas tu terjun.. mane yang jatuh trus dalam kuah tu matik la lemas kot.. yang dapat jatuh tepi2 tu kire enjoy la dapat porak perandakan makanan aku ciss..

nakal betul semut..

oke tu pasal semut..

pasal senaman pulak hihi... tak rugi kalau buat senaman ni... mantopp jadi awak punya shape... haa
sekarang ni aku buat squat je sehari kalau boleh paling banyak buat la 100... paling sikit buat la 40 kali.. kejap je... tak daya buat banyak terus buat sikit-sikit macam aku.. masa buat squat tu tangan luruskan dua-dua kedepan mcm hantu cina tu, boleh kecikkan lengan tuu.. (y)

lepas subuh 20 kali
mandi untuk pagi tu 20 kali
lepas mandi 20 kali
lepas dhuha 20 kali

see... pagi je da bole 80 kali..


malam 20...

dapat seratus sehari hehe..

20 kali tu kejap sangat masa buat squatnya bagi yang dah biasa..

ape2 pun untuk permulaan korang tak boleh direct buat squat ni, kene mula dari step awal untuk yang baru nak buat...kalau tak terkenkang-kenkang jalan.. terus langsung tak nak senaman dah.. hihi
macam aku dulu-dulu haha...

yang utama makan kene jaga, minum air masak banyak oke..
tak kira la bujang ke da kawin ke.. penjagaan badan memang penting..
untuk kebahagian dan keyakinan diri sendiri semestinya..
anda buat anda dapat anda cantik..
ciptaan Allah memang cantik, jadi jagalah kecantikan asli yang telah diberi.. alhamdullilah..amin.. ~

ni link aku pernah post sebelum ni waktu permulaan aku nk dapat rentak untuk buat senaman :

ni pulak tips diet :

jaga diri Allah sayang ~

*kekadang tu tgh goreng ikan pun bole squat sekejap sementara nak tunggu ikan tu garingkan hihi ^_^

Thursday, December 24, 2015

Rezeki

Alhamdullilah untuk hari ini... salam maulidur rasul semua..
hari ni melepak2 je dekat rumah.. memang tak berapa merancang untuk keluar jalan jalan...
so.. pegi la menjengah pokok-pokok dekat belakang tu..


alhamdullilah ada seketoi buah masak yang baru untuk aku harini hehe.. alhamdullilah.. tanda kasih sayang Allah tu.. dapat merasa nikmat rezeki... seketul2 buahnya masak hehe.. macam tunggu2 je tuan pokok balik untuk makan.. ^_^.. terima kasih Allah..


ni pokok jambu keling yang berbunga haritu dah berputik buahnya... comel... <3


dan... sesudah melihat-lihat pokok dan keindahan semak samun di belakang rumah haha... terus naik ke romah pule.. barang-barang basah pun tersedia untuk diusahakan, menu tengahari harini adalah.. masak lemak rebung dan udang,ikan goreng,sayur bayam tumis,ulam timun,sambal belacan dan sambal kicap.


selesai masak, zohor pun menjengah... setel solat, terus makan buah ni kihkih.. nampak banyakkan gula dan garam tu.. idak la makan banyak tu masa nak makan.. tolak ke tepi tu..


cebisan-cebisan terakhir... yihaaa, indah betul makan mencicah ni i likeee!! hihi
oke itu saje untuk waktu ni..
selamat bercuti semua orang... lof u.. jaga diri bercuti2 , muah!

Monday, December 21, 2015

kelapa muda ohyehh :9




juga mengatai main2 buat coconut shake yang sangat2 simple di hujung minggu semalam hihi,sebabnya kebetulan ada lagi baki buah kelapa muda yang diambil beberapa minggu lepas..
jadii kita proses menjadi sesuatu yang sedap untuk minum2 petang sambil buat tugasan belajar yang tak berkesudahan..














waktu ambil isi kelapa, sambil2 aku makan gaul dengan gula sikit haha, sedapnyaa :9




blander ni tadi memesin cili, kene la blander dengan beras dulu nak hilangkan rasa cilinya, tak pecaya korang try memang menjadi... (y)

ini air kelapa dan isinya untuk dimesin dengan gula, sedappppppp!!



dan akhirnya... kelapa muda yang diblander lazat... sebahagian isi ada juga yang aku tak blander.. waktu nak minum boleh la dicampur dengan yang diblander tadi.. dan masukkn sikit gula, jgn larutkan biar je dkt dasar nanti air coconut shakenye da abis bole la makan isi kelapa dengan gula yang berbaki haha.. :9 yummehh !!

: aku memang suka makan cara pelik2 ^^ ~

kembara hutan belakang

aku jeng buat coding ni jom kita layan blog dulu lah haha..
ni gambar2 sekitar hujung minggu haritu, kembara aku di belakang rumah hihi
pokok aku berbuah masak sebiji gitu hihi





















Pokok jiran aku kemain buahnyekan, disebabkan kesian nengok buah kt pokok aku seketoi, tuannya pun offer la buah asam katok ni kt aku, aku amik la sebiji.. makan tak banyak pun aku, lepastu kt rumah aku sorg je yang makannye pun....


Pokok jambu keling yang sedang berbunga meriah, dari jauh da nampak kaler2 pink bunganya bertaburan dengan atas pokok 






















Pokok buluh lemang... haaa ada cerita mistik disebalik lokasi gamba kt atas ni haha...rahsiaa..
tu kolam ikan dibelakang rumah.. semakknye oii.. nak buat mcmane takde da orang yang bersungguh nak menyelenggarakan kawasan ni..



ni lah buah yang dikutip tadi, dan sah2 buah yang besar sikit tu dari pokok jiran aku, hihi
bahan-bahan lain tu aku nak buat masak tempoyak ikan patin.. sayur kobis buat goreng bercili... untuk makan tengahari.. ~ seronoknya hujung minggu.. ~

Tuesday, December 15, 2015

yang dipayungkan

yang terakhir untuk hari ini.. 
kesian payung ni dah letih agaknye berkhidmat untuk aku..

dah nak luruh dah payung comel aku ni... sedihnya...

hujan boleh tahan petang tadi..
makanya beliau dengan setia berkhidmat untuk aku lagi, walaupun sebenarnya..
keadaan fizikalnya dah tak mampu..
kesian payung ni..
aku kene beli nasik juga.. kalau tak karang makin teruk pulak perut aku ni..
bila gantung tadi..
nak masuk dalam rumah...
tengok payung ni..
dalam hati
kesian awk payung...
tapi.. saya tak sampai hati nak beli yang baru...

amik hp dan tangkap gamba, untuk diabadikan dkt blog ni...
 hummm...
i lof u payung...

dengan payung pun aku tacing lebih...

inikan pulak asam di laut...
ehhh
apa kau mengigau ni...
php lia php.. T____T


melayang sayang

oke aku nak menaip lagi...

perut aku tak normal lagi harini.. setakat pukul 3.04 menet ni aku baru telan sebiji apam dengan kuih karipap seketui..

ini la rupe kuih apam aku makan pagi tadi, tapi kelapanya tak ada la, sedap jugak
(gambar ehsan dari google)

adeii.. mual kesan dek ubat mgraine smlm...

mood berangan lagi...

kalaulah ada orang call... tanya .. awk oke tak ni..
saya belikan nasi ye...

fuhhh... memang lapan ploh tahun rasanya aku menangis kalau tetibe ada orang caring cmni kt aku hahahaha

kejadian begitu didapati pernah berlaku berjuta juta tahun nan lalu dalam hidup aku..
lama sangatttt da tuuuu... hehe

kalau konon la ada kejadian mcmtu tibe2 berlaku dalam hidup aku,
heh
aku rasa lelaki tu ada sebab lain la tu, bukan ikhlas pun...
susah nak jumpa lelaki jujur da sekarang ni..
tetambah lak ppuan tak lawa cm aku ni.. hahaha
sudah berumur pulak tu...

*otak aku mcm sayur sangat pulak kebelakangan ni, tambah sebenarnya aku tgh kusut buat database phpmyadmin tak jadi2.. lepas tu aku tak tau dekat sape lagi aku nak minta tolong ni sebenarnya T___T  ~ baru elok migrine terus bercampur dengan coding meletop letop,bahagia angat --,

migraine

totally true...

sendu sangat bile kene migraine dan takda orang nak jaga...
berangan sangat ada laki ...
picit2 kepala.. selimutkan...
eceh... haha
takde maknenyeee leeee...

haiya.. dgn nak masak tak mampu..
ubat plak habis..

merangkak la kau pegi kedeyy sendiri...

* ini adalah cerita semalam, harini saya da oke.. see... alhamdullilah boleh lagi jaga diri sendiri takde somi pun hehe hiahh! im strong!

Wednesday, December 9, 2015

kumpul

bersemangatlahhh kumpul duittt!!!!!!!!!!!!!!!



bila...

aku tengok orang pergi buat umrah..
pegi makkah,madinah..
aku ni...

T_____T

aku nak pegi sana...
ya Allah ya Tuhankan mudahkan la perjalanan hidup aku ni..
menderita betul perasaan yang tersekat sekat ni..





















Tuesday, December 8, 2015

hadu du du

haduu ...
awal awal dah hadu.. kalau ikutkan banyak hal nak update..
tapinya itulah..
dah nak hujung hujung semester ni haru biru betul keadaannya..
ni pun rasa tak berjari nak menaip...

humm..
entah la apa nak jadi..