Al Quran Nur Karim

Tuesday, November 15, 2011

10

Kisah 2

Malam seterusnya,pabila malam menjelang dia sudah bersedia dengan apa jua yang bakal mengganggunya. Bini dan anak2nya sudah maklum akan kejadian yang menimpa diorang semalam. Selepas menghabiskan makan malam, masing2 duduk menikus di bucu rumah. cakap pun kena berbisik2. Putaran jam bergerak pantas dari ke angka 8 dan sekarang sudah ke angka 2. Rasa mengantuk mula menerjah. Di tengah rumah, kelihatan anak dan bininya tidur bergelimpangan. Hanya dia sahaja yang masih berada di meja menulis sesuatu dalam lipatan kertas kecil.

Untuk menghilangkan rasa mengantuk, dinyalakan sebatang rokok daun. Diluar masih tiada apa2 yang mencurigakan. Dipandangnya ke segenap ruang rumah. Tiada apa2. Asap rokok yang disedut dihembus pekat ke udara. Tangannya masih lagi menulis sesuatu. "..krang...krang...kranggg..". Kedengaran rantai besi diseret ke atas batu di hadapan rumah. Dia memasang telinga. Matanya meliar meninjau keadaan. Sunyi. Dia meneruskan apa yang ditulis olehnya.

"..krangg....krangg..". Kali ini bunyinya begitu hampir dengan anjung rumah. Bosan dengan gangguan yang ada, dipegangnya sebilah parang panjang dan menuju deras ke muka pintu. Tanpa teragak2, pintu dikuak dan kelihatan satu lembaga putih dihadapannya tidak jauh darinya. Serta merta darahnya berderau. Bulu romanya tegak berdiri dan rasa seram sejuk tiba2 sahaja muncul. parang yang dipegang olehnya hampir terlepas melihatkan lembaga itu. Datuk aku kata, pakaiannya putih koyak rabak macam baru bangun dari kubur. Rambutnya panjang berjurai menutupi muka dan berdiri tegak ditempat dia berdiri. Ohh..bukan berdiri tetapi terapung diudara..!!

Tanpa berbuat apa2, dengan spontan dia berundur kebelakang dan menutup pintu cepat2. Bini dia tersedar dan diserang rasa takut melihatkan keadaan datuk aku camtu. Dengan memberi isyarat mendiamkan diri dia mendapatkan anak2nya yang sedang tidur. Sunyi. Angin tiba2 sahaja bertiup menderu2. "..Krang...krang..krang..." bunyi tu kedengaran di merata tempat sekitar luar kawasan rumah. Yang paling seram datuk aku kata bila dia dapat rasakan lembaga tu ada dibawah rumah betul2 di tempat diorang anak beranak duduk dalam ketakutan tu.Lembaga tu seolah2 sengaja berlegar2 di bawah rumah. Lantai rumah yang terbuka sedikit sebanyak menampakkan kain putih yang dipakai oleh lembaga tu. Rasa takut dah tak tertahan lagi buatnya kalau2 dia menjulurkan tangannya dari lubang tu ke hapa ke...hisyy...

"..Allahu akbar..allahu akbar..!!", secara spontan datuk aku azan sehingga habis. Bunyi "..krang..krang.." tu kian menjauh dengan pantas dan kini hanya kedengaran jauh di hujung kampung tu. Bunyinya sayup2. Masing2 dah berpeluh dan menggeletar. Datuk kata biasa dia dapat handle perasaan dia tapi kali ni lain macam plak. Dia tak tau apa benda sebenarnya lembaga tu. Nak kata pontianak tak jugak..dia pun tak tau. Dari jauh sayup2 kedengaran lolongan anjing hutan saling bersambutan antara satu sama lain. Keadaan menjadi begitu sunyi sepi. Hanya kedengaran desiran angin dan gemersik alunan dedaun kelapa. Sebagai ketua rumah, dia tak mahu dia sekeluarga diselubungi ketakutan yang berpanjangan. Sejadah dibentangkan dan terus membaca Quran hingga ke Subuh. Tiada sebarang gangguan berlaku kecuali satu. Sewaktu mengaji dipertengahan jalan "..BUMMmm..." kedengaran satu balingan batu ke atas atap rumah. Datuk aku terus membaca dan buat tak tau aje.

Di pagi hari, dia begitu tekun menghabiskan kerjanya menulis di atas keratan kecil kertas. Anak2 yang masih kecil terus bermain2 riang dan hanya akan berhenti beberapa jam sebelum matahari terbenam. Setelah solat Zuhur, dia mengambil sebaldi garam kasar yang dibelinya tadi dan diambil beberapa keratan kertas yang ditulis semalam. Sebanyak 21 lubang sedalam 11" dibuat dan diletakkan garam kasar bersama keratan kertas tu. Mulutnya terkumat kamit sambil menadah tangan mengharapkan bantuan dari Ilahi.

Sesudah itu diraup ke muka. Selepas itu ditabur pula disekeliling tiang rumah. Kesemuanya selesai dalam jam 5 petang. Dengan harapan yang berbunga2, datuk aku mengharapkan apa yang dipelajarinya dari generasi turun temurun dapat digunakan.
Habis memberi salam solat Maghrib, dia terdengar bunyi menderam dari jauh.

Hanya dia sorang aje yang dengar. Ditenyeh matanya untuk meninjau dari mana datangnya bunyi tu. Apa yang dia nampak adalah beberapa ekor anjing berwarna hitam ditepi jalan masuk ke rumah. Bila dia nampak aje datuk aku, tiba2 anjing2 tu semua lari bertempiaran hanya seekor sahaja yang memerhatikan wajah atuk aku penuh kemarahan dan hilang secara tiba2.

Malam tu dia berjaga untuk melihat kesannya. Tiada gangguan berlaku. Syukur alhamdulillah..dapatlah jugak dia melelapkan mata malam tu. Zzzzz....

"..hhuuhuhh.....huuhuuuu....!!!". Tidur datuk aku terganggu bila terdengar suara perempuan menangis dari jauh. Bunyinya begitu halus tetapi bunyinya tenggelam timbul. Sedih benar tangisannya. Dilihatnya jam sudah ke angka 5 pagi. Terus dia bangun dan bersiap untuk sembahyang subuh. Tangisan tu hilang menjelang waktu Subuh sahaja dan berlaku hampir setiap hari. Datuk aku cakap, kaedah yang dia gunakan hanya mampu untuk "memagar" rumah sahaja namun tidak mampu untuk menghalau "semua" yang ada. Namun sekurang2nya ketenteraman sudah jernih. Ketakutan tidak lagi terlalu bersarang didalam diri keluarganya.

------------------------------------------------

Dulu dia ada turunkan sikit ilmu kat aku tapi......aku buat derk je...Sekarang dah menyesal......!!!

No comments:

Post a Comment