Hari itu, dengan wajah sugul, atuk sudah tiba di kaki tangga rumah bapaknya. Terasa serba salah untuk memberi salam untuk menunjukkan kehadirannya di situ. Namun...terpaksa jua. Kedatangan disambut baik oleh keluarganya. Pada sangkaan mereka, atuk aku datang hanya untuk singgah bertanya khabar namun jauh disebalik hatinya penuh dengan gundah gulana. Dari satu topik ke topik yang diceritakan antara ahli keluarganya. Tak satu cerita pun yang menarik minatnya. Sukar untuk dilafazkan kerana janji yang diucapkan dulu. Akhirnya..."..Bapak..aku nak mintak tolong sikit ni...bukan duit..". Perbualan yang kecoh tadi menjadi hambar pabila soalan itu ke udara. 12 bijik mata mencorong ke arah atuk. "..Hahh..apa masalahnya..??". "..Pasal rumah aku tu...aku nak mintak tolong semah rumah tu...". "..Aku dah cakap dengan kau ni dari dulu lagi. Jangan beli..kau degil..sekarang apa nak jadi ngan anak bini kau..?? Dah pakai ilmu yang aku turunkan..??". "..Dah..tapi tak tahan...". Sambil menghela nafas panjang, "..hhmm....besok aku datang..". Keadaan sunyi. Malaikat lalu..Sorang demi sorang beransur. Bukan kerana bencikan atuk pasal mungkir janji tapi...dah takde mood nak sambung cerita.
Petang tu atuk pulang dengan perasaan seperti meludah ke langit. Ahh..demi kebahagiaan anak2nya..lekas2 dibuang perasaan tu jauh2. "..Pedulik hapa aku nak jadi muka tembok ke apa..". Sementara menanti kedatangan bapaknya tiba, malam itu dia lebih banyak mendiamkan diri sambil mengawasi keadaan sekeliling. Tiada apa yang berlaku hanya kedengaran suara nyanyian si pontianak di pokok gelam itu sahaja diselangi dengan hilaian halus. Tengah malam, kedengaran seperti ada seseorang membaling batu ke pintu anjung rumahnya dan diikuti dengan bunyi seperti orang berjalan di beranda rumah. Bunyi itu hilang menjelang subuh. Walaupun hanya bunyi2an..perasaan takut masih menyelubungi segenap urat sarafnya mana tahu kalau2 datang semula lembaga hitam tu..
"..Ye ye..atuk datang..!!!". Ketibaan orang tua separuh abad bersama 2 orang lelaki berusia awal 30an itu disambut ceria oleh 4 orang kanak2. Seorang lagi masih kecil. Atuk memang kenal benar dengan tetamunya itu.Dari kejauhan atuk melihat hilai tawa anak2nya. Dia sedar, hilai tawa tu hanya seketika sekiranya dia masih lagi dibelenggu dengan bebanan rohani di rumahnya itu. Setelah melepaskan lelah meneguk secawan kopi bersama secubit biskut kering, dia pun pergi meninjau2 ke arah kawasan rumah. Atuk aku cakap, kejap mukanya senyum, kejap muram dan bila berada di tepi kolam..dia mengetap bibir sambil menggelengkan kepala.
"..Teruk tapak tanah rumah kau ni.."benda2" ni dah lama duduk kat sini. Kalau nak halau diorang boleh tapi bukan senang. Aku perlukan bantuan kau..", katanya tenang kepada atuk aku bersama 2 saudara sedarahnya. "..Kau sediakan benda2 ni dulu..tau lah aku apa nak dibuat. Bertawakkal ajelah pada yang Esa setiap apa yang kita lakukan...".
Atuk aku cakap moyang aku banyak menggunakan limau nipis, limau kasturi, 7 jenis bunga, 7 helai daun pokok, 7 helai sejadah,7 kepal tanah rumah tu, 7 helai kain putih, 7 kitab Quran yang lama,7 ketul bekas bara yang setiap satu bekas bara tu dibakar dengan 7 ketul kemenyan, 7 beg kecil sampah laut. dan...ada lagi..tapi dia dah lupa sebab dia dah tua. Semuanya 7 jenis. Sewaktu menyediakan kesemua "ramuan" tu semua, bini dan jugak anak2nya telah pun beredar untuk bermalam dirumah moyang aku dengan menaiki kereta lembu. Anak2 atuk menurut perintah sahaja dan hanya melambai sehinggalah wajah 4 lelaki itu hilang disebalik rimbunan semak samun dilaluannya.
Sepeninggalan bini atuk aku ngan anak2nya menjadikan rumah itu suram dan sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi nafas turun naik yang sibuk menabur sesuatu disekitar kawasan rumah. Hari masih awal lagi namun itu bukannya masa yang sesuai untuk bergolek-gelantang. masing2 diam membisu. Di hati atuk "..lain macam je ilmu ni..apasal dia tak ajar aku dulu..??". Aku rasa..yelah sifu..mana boleh ajar2 lebih2 pada anak murid nanti lawan tokei laa...ye tak..??Aku rasa ajelah...
Selepas solat Maghrib...operasi bermula. Ia dimulakan dengan membakar sampah laut bersama sabut kelapa. Asap berkepul2 menyelinapi kawasan rumah. Di tengah rumah, moyang aku sedang sibuk membaca ayat2 suci yang pelbagai. Dihadapannya terdapat 7 botol kosong. Setiap satunya berpenutup. Dengan mulut terkumat kamit, atuk aku cakap dengan tiba2 diambil bara kemenyan bersama sebiji botol lalu dibawanya ke segenap penjuru tanah. Sambil berjalan perlahan menuju ke setiap penjuru, penutup botol itu dibuka dan dibaca ayat Kursi diselangi ayat bahasa melayu. Tiada apa2 yang pelik berlaku hanya kedengaran seperti seseorang sedang mengekori dari belakang. Bila ditoleh takde apa2 pun.
Dari jauh, rumah limas beratapkan nipah itu kelihatan suram berintikan asap. Atuk aku cakap takde apa2 pun dalam botol tu. Perjalanan kian hampir ke pokok gelam itu. Gerakan mereka semakin perlahan dan kemudiannya terhenti. Botol pertama ditutup dan diikat dengan kain putih. Diberi pula botol kedua pada moyang aku bersama sejadah di tangan kanannya. Dia melibas2 ke udara dengan sejadah tu dan kemudian berjalan menuju betul2 dibawah pokok gelam tu. "..Kalau nampak apa2 yang pelik jangan ditegur. Jangan takut..dia pun makhluk tuhan jugak", kedengaran moyang aku berpesan. Tiba2"......eeeaaarrgghhHHHHHHH...hihihii.....hihiii!!!!.".Satu lembaga putih tiba2 sahaja muncul melintasi diorang dan terus hilang ke udara. Datuk aku sedikit terkejut. "..Ooo...inilah dia yang selalu mengilai malam2 tu..", katanya dalam hati. "..Sudah..biarkan dia..lain hari kita pasung dia..".
Setelah keempat2 penjuru tanah dilawati, dituju pula ke arah perigi buta. Botol ketiga pula dibuka dan diletakkan di atas tanah. Masa tu jugak, atuk nampak ada yang macam budak kecik merangkak keluar dari perigi tu, ada yang bermulut sumbing, ada yang besar dan tinggi septinggi pokok kelapa dan macam2 rupa. Diorang seperti akur dengan perintah moyang aku namun ada jugak yang degil. Lalu dilibas dengan sejadah dan ia masuk kedalam botol seperti disedut. Setelah dirasakan tiada lagi yang berkeliaran, dilumur sehelai kain putih dengan perahan air limau dan diikat dileher botol. Dirasakan masa begitu pantas berjalan. Bermula dari pukul 730 petang sekarang sudah ke angka 1215 malam. Tak terasa masa meninggalkan mereka.
Buat pengetahuan korang, setiap penjuru tanah tu ditanam sebuah Quran lama sedalam errr....dalam jugaklah kata atuk. Korang rasa berdosa takk..??Yelah..ditanam lepas tu buatnya sesape yang langkah tanah tu ke.. Lepas tu tu ditanam plak anak pokok kelapa diatasnya. Biasa Quran lama ni ditenggelamkan di tengah laut takpun..kalau kes zaman dulu2..ia diletakkan diatas keranda dan ditanam di kubur. Itu kes nak elakkan puja roh si mati...hhmm...entahlah...!!
Setelah selesai "menangkap" lalu diorang pun pulang ke rumah. Sampai dirumah alangkah terkejutnya bila melihat segala perkakasan "menangkap" tadi telah bertaburan ke sana sini. Kelihatan limau kasturi seperti dipijak dan bunga2 yang diletakkan didalam takung habis bersepah kedinding. Pintyu dan tingkap rumah terdedah menampakkan isinya dari luar. Asap dari sampah laut tadi telah padam. Baranya bersepah di merata tempat "..Kurang ajarr....kau marah ye..baik takpe...aku nak tengok kau mengalah ke tak..". Dengan ekor mata, datuk aku bersama 2 adiknya mengutip bahan2 yang bersepah tadi dan mula meniup bara bersama sampah laut tadi. Keadaan menjadi berasap semula.
Datuk aku diam membisu aje sebab dia pun tak tau nak buat apa lepas tu. yang dia tau hanya tunggu arahan aje. 2 orang adiknya tu pun diam jugak. Moyang aku memerhatikan ke segenap ruang rumah. Dilihatnya satu persatu dengan pandangan yang tajam. "..Dia takde sekarang..!!. Kita tunggu dulu..". Berpeluh2 mereka ditambah pulak dengan mata yang pedih terkena asap yang tak putus2 menerjah masuk ke dalam rumah.
Ketika masing2 sedang duduk mengipas badan sendiri, datuk aku datang memberi secawan kopi setiap seorang untuk membasahkan tekak. Sambil bersandar, moyang aku pun cerita yang tanah tu dah lama dijadkan orang untuk buang benda2 tu semua. Paling banyak sekali kat perigi buta tu. Yang dekat pokok gelam tu dia tak dapat nak tangkap sebab dia dah tau kehadiran diorang masa tu. Pandai plak pontianak tu ek.?? . Kesemua tu hanya mengacau dengan membuat bunyi2an, takutkan orang, menjelma dengan pelbagai rupa bentuk dan memacam lagi. Yang biasa kacau keluaraga atuk adalah 2 benda aje. Dan benda tu lah yang berani naik atas rumah dan mencekik atuk masa dia tidur dulu. Sekarang benda tu dah lari sebab tau moyang aku nak tangkap dia. Atuk aku terdiam mendengarkan penerangan dari moyang aku. Dalam masa yang sama, dengan nada sinis "..pagar yang kau buat tu tak cukup kuat. kalau kau ikut cara aku..dah selamat kau anak beranak. Masa aku suruh belajar..tak nak..". Datuk aku menerima tamparan ayat tu dengan muka tembok. Sikit pun dia tak jawab sebab memang salah dia. Yang dia tahu, butakan mata, pekakkan telinga aje. Kang kalau dia menjawab..kecik ati plak orang tua tu..
Dari jam 1 beralih ke jam 2..Tiada tanda2 akan keganjilan berlaku. Moyang aku masih lagi membaca ayat2 suci manakala atuk aku dan 2 adiknya itu duduk di ceruk dapur berborak2 tentang hal keluarga. ".."..PUKKkkk....pukkk...". Kedengaran pintu rumah dibaling dengan batu dengan kuat sebanyak 3 kali. Sunyi. "..Ambik 7 kepal tanah ni dan baling balik ke laman rumah dua, belakang rumah dua dan kiri kanan rumah 1 dan satu lagi campakkan ke bawah rumah..". Masing2 mengambilnya dengan berat hati sebab nak campak tu kena keluar rumah. Buatnya kena sergah kat luar mau terkujat kat situ gak..Alhamdulillah..tiada apa2 yang berlaku tetapi tidak pada sorang adiknya yang baling tanah tu ke belakang rumah. Masa nak baling kepalan tanah kedua tu dia nampak ada satu bayang hitam tengah tunggu kat belakang rumah tu. Dia baling aje, bayang hitam tu kejar dia seakan marah tapi nasib baik dia sempat masuk ke dalam rumah. Lepas dia tutup aje pintu "..DAMMM..dammmmm!!!", pintu dapur ditendang keras seakan marah.
Dianjung pintu terdengar suara merengus dan menghentak lantai serambi dengan kuat. Macam nak roboh dibuatnya. Habis kerusi meja kat serambi dihumban ke laman. Terdengar jugak atap nipah tu dicabut dan dicarik2. masing2 menikus dan ketakutan untuk ambil tahu apa yang berlaku di luar. "...Huaraggghhhhh....huargghhh.....!!!!". Atuk cakap memang benda tu marah yang amat sangat. Moyang aku mengambil sebijik limau kasturi dan memotong dibahagian atas dan bawah. Bahagian yang terpotong tu pulak masuk ke dalam bekas berisi air. Kelihatan kedua2 bahagian itu tidak tertangkup. Diperahnya limau tu dan airnya pulak dikacau bersama kelopak bunga. Diluar, keadaan masih lagi bising2. Tak cukup diserambi, dibawah rumah plak lantai ditumbuk keras.Bergegar rumah bila "dia" menumbuk tiang seri.
"..Bukak pintu tu..aku nak tengok dia marah lagi tak..". Dengan perasaan ragu2, atuk aku ngan adiknya membuka pintu depan tu perlahan2. Dilihatnya, moyang aku keluar dan pergi beranda depan tu dan terus mencurahkan campuran air tu ditangga. Satu suara nyaring menjerit seolah kesakitan "..arrhhhhh....!!!" dan kemudiannya senyap. Tak lama lepas tu terdengar suara esakan. Atuk kata suara perempuan. Diorang tak berani nak keluar hanya moyang aku aje. Tak dengar apa yang dikatakan oleh moyang aku namun apa yang pasti, dia masuk semula dengan sebiji botol yang ditutup kemas dengan kain putih. Nampak seperti ada perjanjian antara mereka. Datuk aku yakin, apa yang moyang aku tangkap tu adalah jelmaan yang dia jumpa masa bukak pintu dulu tu.
"..Sudah..tutup pintu tu..aku nak tunggu si Mora plak datang..". Siapa pulak si Mora..?? Si Mora adalah ketua kepada semua benda yang ada kat situ. Kira macam ketua kampung kat situ. Bila atuk cerita kat aku camtu, aku tak heran apa2 sebab alam diorang pun sama jugak macam alam kita. Ada yang memerintah dan ada jugak yang diperintah. Si Mora jugaklah yang telah cekik atuk dulu.
Ditunggu tidak kunjung tiba. Kokokkan ayam bertalu2 kedengaran. HHmm...430 pagi.Sekejap lagi masuk Subuh. Moyang aku tak mahu kerja dilakukan dua kali dan kalau boleh dia nak abiskan pada malam tu jugak.Dia terpaksa "memanggil" kedatangan si Mora. Dia suruh atuk aku baca mantera panggil si Mora. Dengan sedikit kekuatan, dibacanya mantera pemanggil disusuli dengan ayat suci berselang seli dengan bahasa melayu. Bila aku suruh datuk ingat balik mantera tu..dia tak bagi sebab takut benda2 lain datang. Dia kata secara kasar panggilan tu ada kaitan dengan asal usul "dia". Tidak berjaya. Diulangi untuk kali kedua..pun gagal. Sewaktu hendak memulakan bacaan ketiga..tiba2 mereka diresapi oleh hawa sejuk secara tiba2. Asap kemenyan yang meliang liuk ditiup angin mula membentuk satu bentuk dan kemudian bercerai pula asap tu dan hilang diudara.
"..KENAPA KAU KACAU TEMPAT AKU...??". Tiba2 sahaja satu suara garau berada dibelakang tempat adik datuk aku duduk. Apa lagi..kelam kabut semua melompat. Diorang tak nampak apa kat situ tapi yakin benda tu berselindung disebalik bayang tiang seri. Datuk aku tak cakap apa yang moyang aku bincangkan. Dia macam berat hati aje nak cakap. Oleh itu aku pun tak dapat nak bagitau korang gak pemenda yang dibincangkan tu. Bila aku tanya di potong cerita lain. Apasal ntah..Aku rasa mungkin pasal soal "perpindahan" dan jugak untuk keselamatan anak cucunya kat mana "dia" dipindahkan. Sebiji botol ditadahkan keudara dan kemudian moyang aku tutup botol tu dengan kain yang dibasahi dengan air bunga berbeza dengan botol2 yang lain.
Kesemuanya selesai bertepatan dengan masuknya solat Subuh. Di surau berdekatan, berkumandang azan Subuh yang penuh sayu memanggil umat manusia untuk bangkit dari tidur. Masing2 menarik nafas lega kerana upacara "menyemah" telah selesai. Selama 2 hari diorang stay kat rumah tu untuk menyempurnakan hajat si Mora. Sekali lagi atuk tak cakap apa benda yang si Mora nak dan apa barang yang diambil dari tanah rumah tu. tempat "pelepasan" si Mora atuk kata jauh ke dalam hutan. Tak tahu hutan mana. Botol2 yang lain ditenggelamkan ke dasar sungai, lombong,ditanam dan ada jugak yang buka apabila sampai ditempat2 tertentu. Majlis tahlil dilakukan selama 1 minggu dengan mempelawa orang2 kampung datang. Masuk hari ke lapan barulah, nenek aku dan anak2 balik ke rumah tu.
Keadaan menjadi tenteram dan meyakinkan. Meskipun ada perasaan aneh datang, namun bila selidik hanyalah perasaan sendiri yang terlalu memikirkan hal yang bukan2. Keadaan tersebut berlanjutan hinggalah sekarang. Perlu diingat, tiada gangguan dari makhluk yang asalnya dari kawasan tanah tu sahaja. Maknanya, benda2 luar still boleh masuk dan mengganggu-gugat ketenteraman kalau setengah pantang dilanggari. Bila pantang tu dilanggari..??Ia berlaku dalam part 5 yang akan datang heheheh....
---------------------------------------------
Korang tentu perasan, aku ada cerita pasal 7 botol tapi aku hanya cerita botol 1,2,3 dan tiba2 6 & 7. Botol 4 & 5 mana..?? Aku skip botol 4&5 sebab nanti jadi panjang gila babas plak kang...Proses dia sama aje..Botol 4 & 5 moyang aku "tarik" benda tu kat belakang & dibawah rumah....
No comments:
Post a Comment