Al Quran Nur Karim

Friday, November 18, 2011

serangan

blog diserang virus pulak baru baru ni...huhu~~

nasib baik adik aku inform... so aku usha la link blog yg dikatakan ada malware tu, jadi aku delete..
setel delete masih lagi ada virus yg tertinggal jadi aku cuba buat step yg aku jumpa dari carian google pagi ni..
antara stepnya sila la usha tapi sebelum tu kasi penerangan dulu sikit, virus yg dikesan adalah Malware ape itu malware  :


Malware dalam bahasa melayu bermaksud Perisian perosak. Malware merujuk kepada perisian yang direka bagi membolos atau merosakkan sistem komputer tanpa kebenaran secara jelas daripada pemilik. Istilah ini seringkali digunakan oleh golongan profesional komputer sebagai istilah payung kepada bentuk-bentuk kod perisian yang mampu mendatangkan keburukan kepada komputer tanpa pengetahuan penggunanya. Malware sangat dikenali sebagai virus komputer kerana menggambarkan jenis perisian perosak, tapi sebenarnya bukan semua malware merupakan virus komputer. Istilah lain yang telah dicipta bagi perisian perosak adalah perisian jahat (badware), kemungkinannya disebabkan usaha anti-perisian perosak Stopbadware. Selain Malware virus computer seperti cecacing komputer, kuda Trojan, kebanyakan rootkit, perisian intip (spyware), perisian iklan (adware) turut ditakuti para pengguna internet. Malware juga tergolong dalam masalah pencemaran komputer, Malware perlu dibezakan dengan perisian cacat (defective software), ia itu, perisian yang mempunyai tujuan sah tetapi mengandungi pepijat perisian.

SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2011/06/cara-untuk-memulihkan-blog-yang-di-hack.html#ixzz1cvfVzJXg

cara cara yg boleh korang follow utk menyelamatkan blog korang :

1 - > : mungkin korang pernah letak energy mode saving atau live traffic feed , berkemungkinan virus tu dtgnya <br>dari situ, jadi silalah delete ( oke aku amik step ni betapa berat hatinye haha.. tapi tak kesah laa janji blog ni <br>oke ;) )

2 - > : buang RIPWAY .

   a . Log in > Dashboard > Design > Edit HTML
   b. Tick Expand Widget Template.
   c. Keyboard tapi Ctrl+F , taip nikbir atau ripway atau
       mommypinky85.
   d. tak jumpa , untick balik Expand Widget Templates.
   e. cari secara manual sampai juling, dah jumpa link tu, delete lah
       link malware tersebut.
   f. dah delete save. pastu terai tengok ada tak virus lagi.

~ okeh selamat berjayalah pada korg.. (~_~)v  .....  ( jgn sampai berbuih mulut , mata segala bagai ek dalam usaha menyelamatkan blog korang ni ye... hahaha all the best..!! ~ gua faham perasaan lu orang cmane bila blog menjadi huru hara gini, ini sajelah info yg dapat aku kongsikan.. aku doakan yg terbaik jugalah utk korang..
cin cau dulu..)

No comments:

Post a Comment