kisah 3
Keadaan dirasakan "aman" buat beberapa tahun. Dalam pada itu, datuk sempat meneroka semak samun yang ada disekitar kawasan rumah. Kini hampir 70% kawasan telah diterokai. Baru sekarang kelihatan rupa bentuk sebenar tanah itu. Disekeliling kawasan ditumbuhi dengan pokok mangga pauh yang banyak. Dikiri rumah, terdapat sebuah kolam yang memanjang. Di hujung jalan, terdapat sebuah perigi buta. Setelah dibersihkan barulah nampak cantik sikit. Dikejauhan, kelihatan Bukit RRR yang sememangnya menyejukkan mata memandang. Diantara rumah datuk ngan bukit tu, terhampar luas sawah padi yang sedang menanti untuk disemai benihnya. Bukit yang indah tu sekarang dipenuhi dengan jirat cina. Meskipun banyak rumah baru didirikan namun kawasan rumah tu masih lagi jauh terpinggir dari orang ramai. Mungkin ramai yang takut agaknya.
Melihatkan datuk anak beranak duduk kat situ dengan tenteram, barulah orang kampung datang dekat. Takut sangat kalau terkena hantu dari tanah sekeping tu..Apalah manusia..Dulu 5 beranak tapi sekarang sudah tambah menjadi 7. Semuanya sedia maklum akan pantang larang yang berada disekitar kawasan tapak tanah. Beberapa jam sebelum maghrib adalah dilarang sama sekali duduk bertenggek kat luar. Mana tau..buatnya kena sergah ke, kena sakat ke...Dalam banyak2 tempat, hanya satu tempat aje yang datuk aku tak dapat buat apa2 iaitu dibahagian kolam tu. Dirasakan ilmu yang ada padanya tidak cukup ampuh untuk menundukkan apa yang berada di sana. Tambahan pula ditepi kolam tu terdapat sebatang pokok gelam yang besar lagi rimbun. Dengan akar yang berjurai ke bumi ditambah pulak dengan rimbunan dedaun yang lebat sudah cukup kecut perut melihatkannya. Datuk kata, pokok tu dah cukup berkuasa menghisap tenaga yang ada disekitarnya. Nenek aku cakap, kat kolam tu laa ada pontianak berendam. Muahahaha....!!!!! Tergelak besar aku masa kecik2 dulu dengarkan. AIhh...berendam je..??kuak lentang takde ke..??Muahahaahhhh...Ye...aku gelak tapi lepas nampak ngan batang hidung aku sendiri baru sedar langit tu tinggi ke rendah. Setakat time dulu dia tak kacau hanya memekak je malam mengilai. Sekali dia mengilai....aiii....nak cicir usus aku dibuatnya..
Manusia hanya berusaha namun Tuhan jua yang menentukan. Satu malam, berlaku satu peristiwa aneh. Sewaktu datuk sedang nyenyak tidur, dirasakan ada sesuatu yang melintasi dada beliau. Dirasakan mungkin perasaannya sahaja tetapi dalam sekelip mata dirasakan ada sepasang tangan sedang merapati lehernya dan terus mencekik denagn kemas. Dia meronta2 namun tak dapat melepaskan genggaman erat makhluk tu. Mukanya dah merah dan beberapa saat lagi mungkin nyawanya mungkin melayang. Dikumpulkan seluruh tenaga yang ada lalu menendang dinding berdekatan sehingga kopak. Dalam keadaan kelam kabut tu, barulah seisi rumah sedar dan mulai kecoh. Nenek aku nampak dengan jelas apa yang berada diatas badan datuk aku. Ntah mana datang idea dia time tu, diambilnya penyapu lidi yang berada tak jauh darinya dan terus melibas berkali2 ke arah makhluk tu.Melihatkan penyapu mula hinggap dibadannya, makhluk itu terus keluar melalui dinding yang telah kopak tu sambil meninggalkan datuk tercungap2 mengambil nafas. Dengan mata mencorong ke arah kepekatan malam dan datuk aku diorg seakan mamai apa yang telah berlaku.Masing2 seolah2 tidak faham dan berada dalam keadaan terkejut. Setelah ditenangkan oleh nenek aku maka diorg pun tido.Orang cina kata "..pukul ngan penyapu manyak suwey loh....!!"
Datuk aku memaki hamun dan berada dalam keadaan marah yang amat sangat. Rasa tak puas hati dia keluar rumah dengan membawa penyapu tadi dan "..kurang ajar...siap le kau nanti..kau tak kenal lagi aku sape..". Kemarahannya hanya reda pabila dia bangkit dan membawa ayat2 suci sehingga terbit fajar. Dihatinya sedikit gusar memandangkan "pagar" yang dibuatnya beberapa tahun yang lepas kian rapuh. Pagi tu dia awal2 lagi sudah keluar mencari bomoh yang berada dikampung asalnya. Bomoh yang dijumpanya itu menyatakan makhluk tu marah sebab datuk aku pagar rumah dia dari pulang ke rumah. Nak tau kat mana rumah dia..??Betul2 kat depan tangga anjung..!!!Dinasihatkan agar mengambil tindakan segera sebab makhluk tu memang marah dan benci dengan seisi keluarga atuk.
Atas nasihat bomoh tersebut, maka secara tak rasmi, bomoh tu dilantik untuk melakukan sesuatu ke atas tanah yang ada. Bomoh tu setuju dan memberi masa selama 3 hari untuk menangkap kesemua hantu setan yang ada dan dipindahkan ke suatu tempat yang jauh. Malam tu jugak bomoh tu berangkat. Namun menjadi kemusykilan apabila dalam urusan bomoh tu, dia meminta darah ayam hitam, kemenyan, kapur barus dan jugak setanggi. datuk aku cakap semua benda2 tu adalah memang kegemaran syaitan. Pada sangkaan dia mungkin dia nak umpan semua tu kot. Menjelang maghrib, upacara dijalan di tengah halaman rumah berbantukan cahaya andang. Sewaktu membaca jampi mantera, 3 pembantu bomoh tu sibuk mengasapkan keempat penjuru tanah. datuk aku bersama dengan bomoh tu dan sesekali terdengar beberapa kerat ayat suci dilafazkan berselang seli dengan panggilan tertentu. Setakat yang aku ingatlaa..
Sadi widuri alam tembunai,
Uri tembuni mayang mengurai,
Hei kkk keluarlah dikau,
Ku beri makanan, budi kutuai.....
...... (tak ingat daaa....)
Lebih kurang camtulah...Last sekali datuk aku dengar dia baca surah Ahad dan last sekali baca dalam keadaan terbalik..Datuk aku dah syak sesuatu. Ni gayanya macam persendakan ayat suci ni. Semata2 nak tengok kesannya datuk aku biarkan aje..Upacara tu abis dalam jam 1100 malam. Seluruh kawasan rumah berbau kemenyan dan setanggi. Memang tak bagus sebab bau2 ni adalah makanan setan.
Hari pertama takde apa2 berlaku. Suasana tenang dan damai. Tiada sebarang keganjilan. Datuk aku cukup gembira. Ada jugak dia saja ronda waktu malam...takde seram2 lagik. Masa pegi kat pokok gelam tepi kolam tu pun selamba aje. Biasa nampak dari jauh je dah rasa nak kencing terberak sekali. Suasana kira Oklah..
Masuk hari kedua, malam Jumaat. Habis membaca Yaasin, datuk aku membuka tingkap untuk mengambil udara malam. Dari jauh dia terlibat seperti bibit2 cahaya seperti berlaku kebakaran tapi cahayanya kecik aje. Tak puasa hati punya pasal mana tau anaknya bermain api ke patang tadi lalu digerakkan badannya. Alangkah terperanjatnya dia...apa yang disaksikan adalah berupa kepala manusia yang sedang mengunyah hasil taburan bahan2 upacara yang diberi oleh bomoh tu semalam. Kelihatan hanya kepala sahaja yang bergerak2 memakan benda2 tu dengan gelojoh. Bukan 1 atau 2 tetapi disetiap penjuru tanah. Kehadiran atuk aku sikit pun tak menjejas kerakusannya memakan kemenyan, kapur barus dan memacam lagik.
Datuk aku memang percaya, bomoh tu pakai kuasa setan jugak untuk perangi setan. Kalau dia berbuat demikian bermakna secara tak langsung pun dia bersengkokol dengan benda tu jugak. Ditinggalkan benda tu buat sementara waktu untuk meneruskan usahanya menyemah kawasan tanah tu dengan cara Islam. Pada petang esoknya, dia tidak lagi menabur bahan jampian sebaliknya air kolah masjid yang dihembus dengan bacaan surah Yaasin disegenap bahagian. Malam tu jugak terdengar bunyi tangisan mendayu dan akhirnya hilang perlahan2. "..HHmm...dah mampos agaknya setan2 tu semua...".
Usaha bomoh tu memang untuk kebaikan tapi salah langkah le plak...pakai setan jugak. Kalau camtu sampai bila makhluk2 tu ada kat situ. Esok lusa OK lah tapi kalau tulat mahupun langkat ..cemana..?? Err.....paham tak bahasa lama ni..???[tulat=hari keempat lepas lusa, langkat=hari kelima lepas tulat...]. Penyudahnya..datuk aku terpaksa meminta bantuan dari bapaknya untuk menyemah kawasan sekitar. Terpaksa jugak dia mintak bantuan walaupun dia dah janji tak nak susahkan bapaknya...Terpaksaa....
Part 4 nanti adalah klimaksnya...segala mak nenek ditarik keluar. Ada yang bulat, panjang, leper...semua2 laa..tunggu..Ehh..cam siri telenovela le plak siap ada tunjuk sedutan yang akan datang...muahahahaha....
No comments:
Post a Comment