Kisah 5
Setelah sekian lama, atuk tersenyum bangga kerana usahanya untuk memulihkan tapak tanah tu berjaya. Biarlah digelar si penjilat ludah sendiri asalkan anak cucunya bahagia di atas tanah yang tak seberapa itu. Saban hari, bermula dengan panggilan ayah kini bertukar menjadi datuk dan di akhir hayatnya sudah bergelar moyang. Cukup meriah dengan hilai tawa anak2 kecil dan kekecohan yang melanda bila berkumpul bersama.
Sekali air bah, sekali pasir berubah.Jika dahulu, tanah sekeping itu dilihat kusam dan busuk di mata sesetengah orang tetapi kini bertukar wajah. Semak samun sudah hampir pupus. Pelbagai rumah didirikan dengan berbagai bentuk & jenis citarasa. Atuk meluaskan pegangan tangannya ke tanah yang ada sementara harga berpatutan. Tujuan utama adalah untuk menanam padi dan jugak tempat membela kerbau. datuk aku ada bela 2 kerbau balau dan 7 ekor kerbau biasa.Korang pernah tengok kerbau balau takk..?? Pelik sikit la kaler dia..ada kelabu2 sikit. Tanduk panjang & tembam gila..
3 bijik rumah didirikan atas tanah pusaka atuk. Rumah aku yang kedua tak jauh dari pokok gelam yang aku ceritakan dulu. Rumah pakcik aku kat belakang rumah atuk dan rumah mak long aku kat sebelah je dengan rumah atuk. Meskipun berada berdekatan dengan pokok gelam tu, tiada sebarang gangguan kedengaran cuma sekali sekali terdengar bunyi salakan anjing di malam hari dan lepas tu lari bertempiaran macam ketakutan. Bila diperhatikan dari luar, kelihatan suram aje pokok tu.
Peristiwa pantang dilanggari berlaku seawal tahun 70an. Aku takde lagi time tu. Meskipun gembira dengan keadaan sekarang namun jauh di sudut hati atuk, dia kecewa sebab anak2nya jenis suka berdendam, tak sembahyang dan kurang ajar. Ditambah pulak dengan zaman kegilaan pop yeh yeh laa..hippies laa..dan memacam lagi. Diorang lebih suka menghabiskan masa dengan aktiviti luar berbanding aktiviti keagamaan. Judi dan arak berleluasa tapi diluar kawasan rumahlah..Masuk kawasan rumah aku rasa mau kena sula sorang2..heheh..
Atuk kata, satu malam ada sekumpulan bebudak remaja mabuk2 sedang berpeleseran kat depan jalan raya. Mula2 atuk halau tapi lepas tu diorang datang balik sambil lepak kat bawah pokok kelapa di tepi rumah. Ingat pokok kelapa tu lagi..?? Tengah2 lepak dan mabuk2 salah seorang darinya berdiri dan kencingkan batang pokok kelapa tu. Ada yang muntah dengan air setan kat area pokok tu jugak. Datuk aku mengamuk dan kejar dengan sabit. Apa lagi..bertempiaran lari. Ingatkan diorang takut tapi atuk kata diorang gelak. Hhmm..dasar dah mabuk..semuanya nampak lawak pada diorang. Lekas2 datuk aku ambik air dari parit dan jirus kat tempat segala kotoran tu tertancap. Sesekali matanya melilau meninjau keadaan kalau2 datang lagi budak2 bengong tu.Hampir sejam menunggu dan dirasakan tak mungkin diorang akan datang maka dia pun masuk tidur.
Selain dari masalah luar yang berlangsung, dia juga mempunyai beberapa masalah dalam dengan anaknya. Jika dahulu anak2nya rajin menghambakan diri kepada Ilahi dan selalu mengaji namun kali ini semakin pudar. Sudah puas dia bagi amaran tapi....biasalah..awal2 buat tapi lama2 kembali ke keadaan asal. Bila ditegur, ada jugak yang melenting. Sambil melontarkan pandangan ke sawah padi...atuk cakap "..apa salah atuk pun...atuk tak tau..!!".Sedih plak aku tengok orang tua cakap camtu.
Kat sini korang dah boleh agak kat mana kurangnya dan itu menandakan semakin hari semakin terkikis tembok pertahanan yang dipempan oleh moyang aku. Semakin kurang berkumandangnya ayat2 suci di kawasan rumah tu ditambah pulak hasil air kencing & muntah arak yang berlaku lewat hari menambahkan lagi musibah yang bakal melanda. Ingat balik..kat bawah pokok kelapa tu ditanam Quran lama dalam kain putih. Atuk aku agak mungkin penangan air kencing & muntah arak tu yang menyebabkan semakin lemah pelindungnya. Dia rasa laa..Datuk aku tak mampu untuk menegur anak2nya lagi. Masing2 dah pandai bawa diri. Dosa pun tanggung sendiri..
Malam itu sewaktu tengah menjahit serawan jala, atuk perasan ada seekor belalang hinggap di belakangnya.Sambil tersenyum.."Hai belalang...baik kau carik tempat lain..kang aku pukul..penyek plak kau nati..". sambil mengibas2kan badan dengan baju. Belalang tu terbang ke tempatlain dan kali ni hinggap ditempat yang sama. "..Eishh..belalang ni..takde tempat lain ke ko nak hinggap..berambus..!!!". Dilibaskan baju ke badan agak kuat sedikit. Buat kali ketiga, dia dah hangin seba asik kat situ je port belalang tu landing. Atuk membatukan diri. Niatnya untuk menepuk belalang tu dan membunuhnya. Baru dia nak gerakkan tangan, dengan serta merta bulu romanya meremang secara tiba2. Matanya terbeliak apabila dirasakan sesuatu yang pelik sedang berada dibelakangnya. Sepantas kilat dia menoleh dan belalang yang disangkanya itu adalah seekor pelesit..!! "..Yammm.....bagi aku penyapu cepat..Yammmm...!!!". Makcik aku kelam kabut datang dengan sebatang penyapu. sampai sahaja ke tangan datuk aku, pelesit tu terbang menerobos ke dinding yang terdedah dibumbung. Di luar.."..kwitt...kwitt..kwitt....". "..Celaka...kau ejek aku ye...". Mood dia nak jahit jala terbantut di saat itu juga. Dia berkira2 macam mana benda tu dapat melolosi benteng yang diperbuat sekian lama dahulu. Nalurinya kuat mengatakan kesan dari kencing & muntah arak manusia bajingan yang lalu. Dia tak dapat tidur malam tu memikirkan apa penyebab uatama yang lain.
Tak puas hati punya pasal, dia pergi jumpa bapak dia sekali lagi. nasib baik ingatan bapak dia masih OK lagi walaupun sudah tua. Atuk kata pantang dah kena langgarlah tu..Syarat pantang tu adalah perbanyakan amalan, bersedekah, jangan buat maksiat, jangan dikotori tempat dimana letaknya Quran lama tu dan paling last sekali jaga sifat anak2 agar tidak kurang ajar. HHmm..aku dengar simple aje syaratnya tapi nak kekalkannya bukan mudah. Lagi satu..sudah resmi tanah sejak asal lagi sebab tu lah ramai orang buang "benda" kat situ. "..Abis tu..takde cara lain lagi ke..??"."..Banyakkan amalan..selalu mengaji nanti lama2 "benda" tu lari..". datuk mengeluh.
Untuk menjernihkan keadaan, dipanggil semua orang2 masjid untuk dibacakan doa selamat dirumahnya setiap malam Jumaat. Anak2 atuk terasa terpukul melihatkan kedatangan orang2 kampung membaca dan berselawat ke atas nabi. Lama kelamaan..hati mereka terbuka untuk kembali ke jalan yang asal. Walaupun tak perfect tapi..itu sudah cukup baik daripada ditinggalkan terus.
Genap 7 minggu, semua nampak seakan normal. Ada juga sesekali keluarganya ternampak kelibat diluar rumah dan kadang2 ternampak seperti orang bertenggek di tangga namun ikut nasihat atuk..semuanya dianggap perkara biasa.
Rumah aku ada kes teruk sikit sebab dekat dengan kolam yang aku citekan dulu. Bila malam2, mak aku terdengar ada orang panggil namanya tapi bila tengok takde. Dikejauhan..terdengar bunyi "..uuuuuuuuuu...!!!!" disekitar pokok gelam. Nak kata bebduak yang buat tak mungkin sebab time tu dalam pukul 300pg..!!! Terdengar orang berjalan kat laman tu perkara biasalah..Semuanya tak mengacau orang macam masa mula2 atuk pindah ke situ.
Di waktu dinihari, atuk tersedar seperti ada orang mengejutkannya. Sedarnya seperti tanda amaran. Di luar, kedengaran seperti ada orang berjalan. Dijengahnya dari lubang2 kecil di dinding.Takde orang. Meskipun bulan agak terang namun matanya tidak dapat menangkap siapa yang empunya derapan kaki itu. Dirasakan...ini adalah manusia. Dalam samar2 cahaya rembulan, kelihatan sesusuk lembaga saiz sederhana sedang bercangkung dibawah pokok jambu depan laman rumah aku. Gerakan tangannya amat pantas dan berada dalam keadaan cemas memerhatikan keadaan sekeliling. Secara diam2...atuk turun ke beranda tapi malangnya..bunyi keriut lantai mengejutkan lembaga tu. "..OOiii...apa kau buat tu..???". Sepantas kilat lembaga tu lari ke jalan utama dan hilang dibalik pepohon mangga disekitar kawasan tu. Dibeleknya tempat lembaga tu bercangkung tadi..hhm..takde apa2. Dironda sekitar kawasan..Suasana tenang. Pokok gelam..??Ternampak cahaya kemerah2an dibalik rimbunan pokok tu..Malas nak tegur pemenda tu..terus dia masuk ke rumah..Nak tau apa benda merah2 tu...???Atuk kata..ada kaitan ngan mata...tau kan..??
Esoknya, datuk aku cakap kat mak aku dan check kat tempat semalam tu..Walaupun tanah tu nampak cam biasa tapi dia tak puas hati lalu digalinya sehingga keluar apa isinya. Memang dia dah agak..Terdapat satu bungkusan kain hitam dan kat dalam kain hitam tu terdapat beberapa kuku, jarum dan jugak kemenyan yang ditumbuk halus. Mengucap panjang datuk aku. Nampak sangat ada orang yang saja dengki ngan family aku time tu. Orangnya..??Tak tau sape..
Petang tu atuk gi berjumpa dengan seorang pawang yang duduk dekat dengan masjid. Dia tak nak jumpa bapak dia lagi sebab dah segan. Awal2 lagi pawang tu cakap yang dia hanya berusaha sahaja. Bila ditengok..tapak tanah tu sudah ada 11 tapak yang telah ditanam termasuk apa yang adtuk aku korek sebelum tu. Dia memohon jasa baik pawang tu untuk carik kat mana lagi location nya..pawang tu cakap dia hanya dapat keluarkan 9 aje sebab yang satu lagi tu dah tertanam di suatu tempat yang sukar dikesan. hari tu jugak dia ajak pawang tu carik dan...memang betul...ada 9 bungkusan hitam yang serupa dengan yang atuk jumpa tadik. 1 lagi tertanam tak tau di mana. Pawang tu kata bakar semua benda tu bersama dengan sampah yang ada disekitar rumah. Marah punya pasal..datuk aku perah limau cukup2 pastu baru bakar.
Selepas solat maghrib, terdengar suara seorang lelaki menangis penuh hiba dan meracau2. Atuk kata dia cakap ".."anak" dia dah hilang..". "Anak" kononn...!!! Padan muka..!!! 2-3 bulan lepas tu keluarga tu pindah ke tempat lain. Hhmm..datang dan pergi. Yang peliknya, ada jugak bangsa yang busuk hati dengan orang lain. Kali ni jenis hantar pakai tuju2. Banyak kali kantoi. Mula2 makcik aku nampak satu benda berapi terbang dan dia tegur ".Ehh..!!", terus meletup benda tu. Lain masa plak bapak aku nampak satu benda berbentuk telur dengan depannya ada jarum dan berapi melintasinya. Dia pun cakap "..Ahh..", terus meletup benda tu. Bila cakap kat atuk aku..pedulikan diorang. Banyakkan amal ibadat dan baca Quran. Masa tu jugak dia tebang pokok kelapa yang asal tu dan tanam balik sebatang pokok kelapa yang baru. macam biasa ditanam bersama Quran lama dibawahnya. Hasilnya..jadi tu menjadi tapi kurang sikit berkesan sebab tapak asalnya bukan ditempat yang sedia ada sewaktu moyang aku buat dulu.
Suasana menjadi "normal". Setakat kena sakat, bunyi2 pelik dan jugak ternampak kelibat tu dikira biasa aje. Lagipun kadang2 aje berlaku. Macam ada musim plak.
Sewaktu aku berumur 2 tahun, atuk cakap kat sebelah pokok gelam tu ada orang nak buat kilang perabot. Bila dah siap kilang tu, bahagian belakangnya betul2 sampai ke hujung pokok gelam tu. dah tu plak tandas dia membelakangkan pokok tu. Bila siang..nampak OK tapi bila time hujan lebat dan waktu malam....baik aku lepak tepi jalan aje. Rumah aku dibesarkan sebab dah bertambah bilangan ahli. mak aku cakap, bila malam2 terdengar bunyi orang ketawa dan bunyi mesin potong kayu tu berbunyik sendiri. Lampu kejap padam kejap terbukak.Malam2 selalu dengar bunyi "..Oooooo....hihi...". Bunyi tu biasa terdengar kalau duduk sorang2 ataupun jenis suka berjaga malam. Time dulu, puku 900mlm semua dah tido.
Hari silih berganti. Tanah peninggalan atuk masih lagi seperti dahulu cuma terdapat perubahan wajah dimukanya. Rumah atuk yang dulu berbentuk rumah limas kini menjadi rumah separuh batu. Rumah anak2 bersepah disekitar. Proses pemodenan kian rancak. Pemilik kilang tersebut nak upgrade kilang tu menjadi OK sikitlah..kalau sebelum ni style bangsal aje. Dia pun plan nak panjangkan lagi kilang tu. Ini bermakna...pokok gelam tu kena tebang. Dipanggilnya orang pemotong pokok datang. Mula2 yang datang pakai gergaji bermotor. Baru benamkan matanya dalam 2-3 inci..motornya pulak kong. Try beberapa kali...pun sama gak. Dipanggil plak 4-5 orang untuk tebang pakai kapak aje tapi emua tak mahu walaupun dibayar RM200 seorang. AKhirnya..dipanggil pak imam dan dia pun baca2 sikit dan tepat jam 12oo tgh hari..sekali lagi pakai gergaji motor. Sikit demi sikit mata gergaji memakan setiap urat saraf pokok. Dipertengah pangkal...keluar air dari pokok tu berwarna merah cair. Bukan darah..tapi macam air teh kaler dia mak aku cakap.Ramai yang tengok tu berpandangan antara satu sama lain.
Diakhir tahap sebelum pokok tu menyembah bunyi..."..Eeeeaaarrrhhhh........". Satu laungan kedengaran. Begitu lantang sekali dan hilang...Bila dah tumbang semua berkerumun memerhatikan batang pokok tu. Terdapat satu lubang ditengahnya yang memanjang ke atas.Air yang keluar tadi berasal dari bahagian itu jugak. Atas nasihat tok imam, saki baki pokok tu dikorek hingga ke akarnya. memang betul pokok tu dah lama. Akar tunjuangnya memanjang sehingga 6 meter dan berselirat di kawasan kolam. Diptongnya saki baki pokok tu dan dibakar terus. Asap hitam berkepul melayang keudara. Semua orang kampung macam orang bodoh aje bila tengok fenomena tu..Biasa kalau bakar asap putih..ni asal hitam plak..
Bila kawasan kolam tu ditambus dengan tanah dan kawasan pokok tu dibersihkan, maka dengansegera didirikan kilang baru kat situ. Mula2 OK tapi lama2 pekerja kat situ abis waktu kerj aje..terus chow. Semua tak nak buat overtime.Pukul 600 petang dah tutup. Apa taknya...aku yang duduk sebelah rumah pun dah kecut dengar memacam bunyik inikan pulak diorang yang stay kat situ..So far OKlah..keluarga aku tak diganggu hanya bunyi2an mesin sahaja yang kejap2 berbunyik kat situ.Kat dalam bilik bos, ada bayang orang kat tepi tingkap kalau diperhatikan betul.
Sekarang ni...nampak macam OK tapi sesekali aku terasa macam diperhatikan dan banyak yang aku ternampak kelibat kat kawasan rumah aku dan jugak kawasan rumah makcik & pakcik aku yang lain. Pakcik aku cakap..selagi kita tak kacau dia..biar ajelah..Semuanya resmi tanah...
------------------------------------------------------
Sebenarnya...panjang lagik..tapi..cukuplah tu..kang jadi cam novel plak. Nanti terlepas cerita2 lain...OK.??
No comments:
Post a Comment