Al Quran Nur Karim

Tuesday, November 15, 2011

9

mcm membeku pulak sekejap blog aku ni kan... aku kasi hangat balik lah,
kasi cerita cerita angker yg dah agak tersadai setakat bulan july ritu ,
jadi aku sambung up balik dkt entry kali ni dgn cerita baru , dan seterusnya setakat yg ada dalam simpanan ni..

sumber dari mana aku lupa plak amik dekat mane... dah lama.. hee~~

=======================================================

Kisah 1

Datuk aku mula membuka kawasan yang aku tinggal ni sekitar tahun 1930an. Dia tak mahu tinggal berdekatan dengan keluarga dia pasal tak nak terlalu bergantung pada adik beradik. Bapak dia berstatus penghulu. Zaman dulu status ni diturunkan dari satu generasi ke genrasi yang lain dalam keluarga yang sama. Kalau sekarang ni ada buat style undi, pilihanraya dan macam2 lagi.

Kalau diikutkan, pengganti seterusnya adalah dia tapi dia menolak sebulat2nya dengan alasan dia tak mahu terlibat dalam hal2 rasuah yang bermaharaja lela ketika itu. Ada lagi sebab yang lain tapi tak pulak diceritakan sebab buku catatan dia telah terkoyak. Tak dapat aku baca. Semuanya dalam tulisan jawi klasik. Lawa laa...tulisan jawi diaa..

Dia adalah pengganti yang selayaknya tapi disebabkan dia tak nak maka jawatan tu diberi pada adiknya. Datuk aku plak pindah ke satu kawasan yang lain untuk memulakan hidup baru. Lagi satu dia tak nak orang kampung mengata dia pengecutlah..takut pikul tanggungjawablah. Biasalah orang kampung lelebih lagi orang Melayu. Sebelum berpindah dia ada survey satu tanah kat kampung EEE yang aku dan keluarga aku yang lain duduk sekarang ni..Masa tu kawasan EEE ni masih hutan lagi. Penuh dengan semak samun namun ada satu tanah lapang sebesar padang bola sepak yang kosong kat situ. Datuk aku kata pemandangannya cantik dan berdekatan dengan paya di sisinya. Mudahlah kalau nak membasuh ke hapa ke..

Mula2 datuk aku pelik sebab kawasan tu aje yang lapang tapi tempat2 lain semunya penuh dengan semak samun. Tanah kat situ plak murah dalam $300 aje. Nilai $300 dulu adalah bersamaan RM3,000 waktu tu.Bayangkan tanah sebesar tu dijualnya $300. Kawasan yang lain dalam $1000 ke atas walaupun ditumbuhi lalang..

Datuk aku tak ambik kisah tanah tu tak bagus ke, berhantu ke hapa ke. Hal tu boleh diselesaikan kemudian. Tiap2 hari dia bertukang buat rumah. Simple je. Tak sampai 3 minggu, rumah pun siap diduduki. Masa tu yang ada Mak Long, pakcik dan jugak mak lang aku. Semuanya kecik2 lagi dalam 7-9 tahun.

Minggu pertama takde apa2 yang berlaku. Apa yang pasti, bila datuk aku buat rumah kat situ sebilangan kecil orang kampung mula bercerita belakang pasal tanah tu dulu dan jugak pasal datuk aku.Datuk aku tahu tapi dia malas nak layan. Yelahh..orang baru. Dia tak berapa kenal ngan semua yang ada kat situ lagi. Apa yang pasti ramai yang sibuk bercerita dari mulut ke mulut yang lain. Semua tu dia tak percaya dan dia rasa kalau nak jadi..jadilah..Setakat tu belum ada apa2 perkara ganjik yang berlaku pun..

Antara cerita yang dia tangkap adalah sewaktu dinihari, kelihatan satu lembaga hitam sedang duduk memerhatikan rumah yang baru disiap tu dari jauh. Ada yang kata ternampak banyak kelibat yang sedang menanti di pintu rumah untuk masuk dan macam2 lagi. Datuk aku buat tak tahu aje.

Selepas makan malam, pelita yang menerangi rumah itu terpadam secara tiba2. Duduklah 5 beranak dalam kegelapan sambil datuk aku meraba2 mencari mancis untuk dinyalakan. Sewaktu mencri, dia terdengar seperti ada orang berjalan susup sasap di hadapan rumah. Pabila cahaya lampu minyak tanah menerangi rumah tu, bunyi itu hilang secara tiba2. Terasa ringan pelita yang dipegangnya. Hhmm...dah nak abis rupanya minyak tanah ni. "..Tipah..aku nak gi kedai jap. Minyak dah nak abis ni. Silap2 tido dalam gelap kita malam ni..". "..Abang jangan pulak tersadai kat kedai kopi tu..Ingat anak bini tu.."

Sepeninggalan datuk aku, nenek aku asyik memerhatikan gelagat anaknya yang bermain2 di sekitar kawasan rumah. "..Tokk...tokk...!!!". Terdengar pintu hadapan diketuk. "Ye..ye..abah balik..!!". Bila dibuka..kosong sahaja. Kecewa. Ditutup pintu tu semula. Selang 5 minit "..tokk..tokk..tokk..!!". "Abang ke tu..??". Diam. "..TOK..TOK..TOKKK..". "..Abang ke tu..??". Diam lagi. "..TEEPAHH....BUUKAKKK PINNTUUU NIII....!!!!". Nenek aku masa tu tiba2 sahaja meremang bulu roma mendengarkan lain benar suara diluar tu. Kasar dan sedikit menjerit. Yang pasti bukan suara datuk aku.."..TEEPAHH....BUUKAKKK PINNTUUU NIII....!!!! BAMM..BAMMM...". Sambil menghentak keras daun pintu. Ketiga2 anaknya berlari mendapatkan. Masing2 menampakkan wajah yang ketakutan yang amat sangat. Nenek aku tak berkata apa2. Hanya yang diharapkan agar datuk aku cepat sampai ke rumah. Di dapur, kedengaran pinggan mangkuk jatuh ke lantai. Cawan dan jugak air dalam cerek terhambur ke dinding bagai ada sesuatu yang mencampakkannya.

Tiada apa yang mampu dilakukan hanya berserah pada Ilahi apabila kelihatan sepasang mata berwarna merah menyala terpampang di dinding yang berlubang memandang seisi rumah dengan galak sekali. Nenek aku memeluk erat anak2nya sambil mengucap panjang. Diorang semua time tu dah menangis ketakutan. Mak Long aku dah terkencing dalam seluar manakala pakcik aku dan mak lang aku membenamkan mukanya ke riba nenek aku agar tidak memandang panorama yang berada didepan matanya.

Dalam saat yang menyeramkan tu, pintu rumah terkuak deras. Cahaya pelita yang meliuk ditiup angin padam. Masing2 dimamah kegelapan. Dari cahaya bulan diluar yang hampir pudar kelihatan satu lembaga besar berwarna hitam muncul di muka pintu. Kelihatan mata merahnya tersorot ganas seperti marah dengan penghuni rumah. Kedengaran dia mula memijak tangga perlahan2 ingin masuk ke rumah. Melihtakan keadaan itu, semuanya menjerit ketakutan.

"...AKU KENAL KAU SIAPA...BERAMBUSSS....!!!". Satu suara garau memecah kebuntuan. Bayangan lembaga itu hilang secara tiba2 bersama dekahan suara yang garau..

Tiba sahaja dia tangga terakhir ia menghilang secara tiba bersama dekahan suara yang memanjang dan hilang ke udara. Cepat2 datuk aku pasangkan pelita dan mencapai sebilah sabit didapur sambil berlegar2 di laman rumah. Anak2 dia yang lain still lagi menangis. Nenek aku plak dah macam org mamai sebab terkejut sangat. Datuk aku memaki hamun kat luar sambil menebas semak samun yang ada. Kemarahannya reda apabila nenek aku yang telah sedar memanggilnya.

Akibat dari peristiwa tu, datuk aku tak berani lagi tinggalkan anak bini di malam hari tanpa ditemani orang lelaki. Di hatinya tertanam nekad untuk menghalau apa jua yang mengganggu keluarganya. Malam tu datuk aku tak tidur malam untuk mengawasi keadaan anak bini dia mana tahu syaitan keparat tu kembali.

=========================================

Kalau korang nak tau, tanah yang dibeli tu adalah tempat pembuangan makhluk halus dari orang kampung tu pasal murah. Keindahan disiang hari bertukar menjadi kengerian melampau di malam hari.

Aku tau korang tak suka cerita sambung2..tapi...aku terpaksa buat sebab aku nak ceritakan secara ringkas peringkat pemulihan tanah tu sampai ia selamat didiami..Kalau aku tak pecahkan...mau rabun bijik mata korang baca...Aku akan galurkan setiap cerita supaya ada kesinambungan antaranya...tinggal 4 bahagian sahaja yang akan diringkaskan...

No comments:

Post a Comment