Al Quran Nur Karim

Wednesday, July 13, 2011

3

MISTERI RUMAH SEWA PART Viii

Memalam gini memang best.... sambil pekena Nescafe o panas, dengar lagu-lagu MP3 aku ni, pastu surfing internet.. haa.. ni lah activity aku time dah abis final exam.. alhamdulillah la.. exam aku dah abis, maka tamat lah sudah pengajian aku sebagai budak Diploma in Business Studies ( itu pun kalau aku kalau semua paper aku kali ni clear). Aku tengok banyak gak sambutan story aku tuh.. Mesteri Rumah Sewa.. dari episod 1 sampai lah ke episod yang ini... Thanks.. sebab, tanpa korang, mungkin story aku ni dibuang dalam recycle bin oleh tokeikedai.. hahaha.. ops.. sorry tokei!

Oklah.. cukup lah intro yang mengarut tuh.. hmm.. kali ni, aku cuba nak bawak korang pergi jauh sikit dari rumah sewa aku tu... nak tau tak kite pergi mana nih? Hmm.. actually, aku nak bawak korang pergi ke Muzium Kecantikan dan Budaya kat Bandar Melaka.. weh, ni bukan lawak tau.. aku serious nih.. Bangunan Merah yang tersergam indah ini terletak berhampiran dgn Kota A Famosa ini memang menjadi tarikan orang ramai sebelum kejadian kebakaran yang telah memusnahkan separuh dari bangunan tu. Bangunan lama sememangnyer mempunyai penghuninya yang tersendiri apatah lagi sekiranya bangunan tu menyimpan artifak-artifak lama yang menjadi 'permainan' makhluk tersebut.. muahahhahhaha...

Camni, aku still lagi ingat time tu.. semasa aku habis exam final untuk semester ke 4, aku tak tau apa nak buat.. biasaklah aku ni jenis panjang kaki, kalau boring aje, aku bukannyer reti stay kat umah.. aku lebih suka merayau, so time tu, aku terasa macam nak explore bandaraya melaka nih.. hmm macam laa aku tak tau korang nih.. kalau tempat-tempat bersejarah bukannyer korang nak pi.. asyik lepak kat shopping complex ajo.. tgk cam aku ni.. hmm. Melancong dalam negeri sendirik, menikmati sejarah Malaysia.. hahha.. tapi, aku memang suka gi tempat camni sebab tempat camni lah 'keras'...

Time aku tiba kat bangunan tu, memang sambutan dier tak ramai. ( aku dah agak dah).. mana tak nyer, aku tiba time tu dalam kul 3-4 ptg, musium tu plak tutup kul 6. so aku ada banyak masa untuk explore tempat tu. Ground floor muzium tu memaparkan sejarah kota melaka, tingkat pertama lak ada pameran kesenian islam dan satu al-quran tulisan tangan ada di pamerkan. Tingkat kedua plak ada pameran kecantikan budaya luar, dan juga sejarah kecantikan manakala tingkat teratas merupakan pameran laying-layang sedunia. Hmm.. kalau korang nak tau, tingkat yang paling angker sekali ialah tingkat 2... kat tingkat tu ada patung-patung yang menunjukkan fesyen-fesyen lama, pastu ada pelbagai jenis barangan kecantikan. Hmm jangan korang ingat mekap ke hapa ker, tapi, alat-alat kecantikan yang menyakitkan korang.. contoh? Ok, nanti aku story kat korang, pastu banyak lah bende2 mengerunkan yang digunakan untuk 'kecantikan' budaya tertentu. Tambahan pula dipaparkan dengan gambar-gambar seni 'kecantikan' tu.. pergh.. bagi masyarakat diorang mungkin la cantik, tapi pada mata pandangan aku, bukan kecantikan yang aku nampak, tapi kegerunan dan kengerian... perghh... siutt.. tak sanggup aku nak tinggal lama kat tingkat tu..

Masa aku jejakkan kaki aku kat tingkat tu, aku dapat rasa macam tak sedap hati, dah la aku sorang aje kat dalam bangunan tu, tambahan pula dengan gambar-gambar ngeri macam tu. Keadaan usang muzium tu boleh membuatkan orang yg lemah semangat boleh pengsan tau.. kat tingkat tu memang berbeza dgn ruang pameran yang lain, mana tak nyer, dah la ada banyak barang-barang lama, suram lak tu, lampu plak bukannyer semua terpasang ( ke mentol dah terbakar?) buatkan kecut perut. Tapi takper.. sebabkan aku ni kaki selamba, aku pun buat donno masuk meninjau ruang pameran tu untuk menanbah ilmu kat dada aku ni. Ruang pertama menunjukkan seni tattoo muka yang dilakukan oleh masyarakat afrika, kat situ aku tengok ada lah di paparkan pisau-pisau torehan yang digunakan dan juga step-step macam mana torehan tu dilakukan. Ngeri.. kalau korang dapat bayangkan pun dah cukup ok la, aku ni haaa.. tgk depan mata lagi tu.. lagilah ngeri.. pastu aku gi tengok bengkung zaman Victoria yang diperbuat drpd tulang ikan paus.. haa.. kat sini ada patung-patung yang memakai fesyen-fesyen zaman dolu-kala.. lawa memang lawa.. tapi..

Pastu aku pergi plak tgk bende2 lain cam bengkung kaki cina zaman dinasti, teknik memanjangkan tengkorak kepala, body piercing, dan macam-macam lagi.. dan bila korang dah abis tawaf ruang tu, korang akan kembali ke spot face tattoo. Ala, kat tempat aku memula start tu la.. time aku tiba kat situ, lampu yang kat atas pisau torehan tu tetiba terpadam.. aku terkejut laa.. mana tak nyer, chuak laa... dah la aku masih lagi seram tengok gambar-gambar tu, so aku pandang lah kat tempat lain. Masa aku toleh nak pandang tempat lain tu aku terperasan sesuatu yang paling siutt... makk....aku rasa time tu aku nak nangis..

Aku nampak sesuatu yang paling ngeri dari pantulan cermin yang bertentangan dengan pisau torehan tu. Aku tetiba jadi lemah bila aku tengok bende tu.. aku nampak ada tangan tengah memegang pisau torehan tu sambil menoreh satu ' kepala'. Darah berjejehan dari kepala tu.. aku bertambah chuak.. tapi aku boleh lagi berdiri kat situ sambil memandang kat cermin tu.. aku dah panik, chuak tahap ultracipan, so aku dah tak leh nak buat apa.. perghh... ruang pameran tu tetiba jadi sejuk.. aku ingat air-con dier rosak ker hapa ker, tapi bila suasana sejuk tu dating menerpa kat aku, aku tau yang tu bukannyer air-con, tapi rupanyer semangat barang-barang lama yang terletak kat situ. Time tu lah mata aku mula nampak benda-benda lain. Patung wanita dalam cermin tu pun aku tengok dah mula berubah posisi dier.. hmm.. terasa lak macam dalam video-clip lagu omputih tu.. tapi memang aku tak leh nak cakap apa lah.. keadaan tu memang siutt punya lah seram, so, seelok-eloknya aku pusing badan dan bersedia nak cabut dari tempat tu, time aku tengah pusing, tetiba aku terdengar macam ada benda jatuh, aku pun toleh laa.. perghhhh.. macam siuuttt lagi.... benda yang jatuh tu rupanyer kepala yang ditoreh tadi... darah terpercik kat sana-sini.. selamat tak kene kat aku.. bau dier? Jangan cakap laa.... hamis, busuk dan memualkan.... perghh.... kalah bau bangkai biawak kene leyek lori balak..... aku dah kaku kat situ.. kepala tu boleh lagi tersengih kat aku, pastu kepala tu bleh cakap sesuatu kat aku, yang aku pelik tu, dier bukan cakap bahasa melayu ataupun bahasa inggeris, ntah la aku pun tengah takut-takut tu, aku pun terus cabut dari situ, tengah gopoh-gapah aku turun tangga tu, aku terpijak tali kasut aku, dah aku tergolek anak kucing kat tangga tu, hehhee.. malu sehh.. selamat la takde saper nampak.. tapi aku tak luka laa.. sakit tu jangan cakap la.. aku pun tak nak stay lama kat situ aku pun keluar dari bangunan tu.. takoot sioooottttt..... Bila aku dah jauh dari bangunan tu , aku toleh belakang, aku tgk kaki tangan muzium tu tgh pandang kat aku dengan penuh kepelikan. Tu tak kisah lagi lah, tapi yang buat kan aku nak terkencing, bila aku nampak kepala tu tengah bertenggek kat atas tugu kat depan bangunan tu..

waaa... tak nak.... mak... tolong!!! hahahha.. takder lah aku nak jerit camtu.. aku stakat terkejut berukz ajer.. tapi seram wei.. hahah.. mana la tau kot-kot korang lalu kat situ, aku mintak-mintak la korang nampak kepala tu.. leh gak korang berkenalan.. hahhahahah....

Nak? hahaha... tunnngggguuuuu...

krdt to ;

by = foxxie from = tokeikedaionline

No comments:

Post a Comment