Al Quran Nur Karim

Tuesday, July 19, 2011

peluang

 malam rabu dah malam ni, aku rasa baru lagi aku berjalan dalam hari hari minggu yg lepas..
masih bernafas Alhamdullilah..

dalam hidup aku sehari hari ni apa saje yang aku buat, memang segalanya aku perhati... untuk berfikir dengan mata hati, setiap apa yang aku buat.. apa yang aku sumbangkan pada hidup orang lain..

ye, kita hidup di muka bumi, berpijak di tanah air yang masih lagi aman ini, aku sangat bersyukur... tapi lama mana  keadaan ni mampu bertahan.. kita tak tahu..

sekuat mane hati kita menolak, rasa dengki , cemburu, sakit hati mengejar nama.. segalanya yang tidak baik.. kita tanya hati kita, aku sendiri sangat payah melawan rasa ni setiap hari...tapi aku akan cuba hari hari membuang rasa yg tak baik dalam hati.,. untuk semua orang yang ada disekeliling aku, aku sangat sayang kawan kawan aku, siapa siapa saje yang baru kenal, lama kenal siapa saje...

aku bukan orang baik, kekurangan disana sini, tapi kalau andai ditakdirkan kadang kadang kelakuan aku ada yang boleh membantu orang lain atau menyedarkan orang lain, aku sangat bersyukur.. sebab aku rasa aku tak pernah ada bakat dalam tolong tolong orang ni..

aku tengok keadaan malaysia sekarang ni , genting je... umm... setiap kita manusia di dunia ini diciptakan sama.. kita bernafas udara yang sama.. menumpang dibumi Tuhan ini untuk seketika.. setiap detik nafas yang diberi kepada kita, kenapa dibalas dengan pergaduhan, sakit hati, tamak apa saje..

Allah sangat Maha Penyayang.. sudah berapa bilion tahun kita pn tak tahu dunia ini dah terwujud... di zaman yang tak pernah kita tahu, dosanya setiap manusia yang-Dia ciptakan tak terbilang.. tapi hingga saat ini.. bumi ini masih kita bole diami..

tapi pernah ke mereka mereka yang membuat huru hara tu bertanya kenapa saat mereka buat begitu Tuhan tidak membelah bumi ini menjadi dua,dan tidak ada peluang lagi untuk mereka..

kenapa tak mahu berfikir.. sudah berapa juta kali hakikatnya Tuhan memberi pulang pada kita setiap saat kita bernafas selama ini.. Allahuakbar ~~

Aku insan yang hina, Ampunkan aku Ya Allah, Insan kerdil yang sentiasa lupa dan leka ini..

No comments:

Post a Comment