Al Quran Nur Karim

Wednesday, July 13, 2011

1

ini first cerita aku masukkan dekat sini, cerita yang mula2 aku baca buat pertama kalinye aku pandai melayari internet, aku ni kan budak kampung.. first time aku pandai tenet tenet ni time aku mula sambung blaja dekat unitar dulu.. mula pandai main2 forum , buat emel dan sebagainya lah.. bercinta sakan pn ye juga..hihi

apsal mula2 cerita dah siri vi(5)cerita ni, sbb yg 1,2,3,4 aku takde simpan la jawabnye.. di forum asal tu dah tentu tentu takde, mcm yang aku ceritakan di entry sebelum ni,upgrade pastu data lama hilang.. jadi layan aje apa yang ada okies.. aku tgh sikit2 lemau nii.. jadi aku pn tgh cuba nak henjoy ni.. jadi sila henjoy the story ya (^_^)v

MISTERI RUMAH SEWA Vi
Angker...angker.. angker.. tak habis-habis pasal angker.....apsal la korang suka sangat criter angker ni ek? Tapi, kalau takder orang cam korang ni, maka, criter-criter angker ini tak dapat dikongsi tul tak? Hahaha.. aku baru jer tadi tengok criter angker Thailand- Horror Death, walaupun criter tu dalam bahasa thai, pastu takder sub-title, aku tetap terasa seram gak la.. hantu dier takder la ganaz macam hantu omputih yang mekap tebal bagai nak rak, tapi hantu dier macam ala-ala hantu 'The Ring'..Pergh.. salute gak la aku tgk criter antu ni....

Hmm....ok la, meh sini aku cerite kat korang satu pengalaman aku masa aku baru pindah kat rumah baru aku. Kebetulan plak rumah tu kat area yang sama, ala kat tmn sri bayu 2 gak.. hmm rumah tu plak tak jauh dari rumah sewa aku yang lama. Rumah ni kecik skit dari rumah sewa aku yang lama, tapi still lagi ada 3 bilik. Sebelum ni rumah tu diduduki oleh akak senior UiTM Lendu pastu bila dirog dah tamat pengajian, diorang pun blah la dari umah tu. Wokeh, sewa rumah tu tak mahal mana pun, stakat RM300, cukup la untuk kitorang 6 orang time tu.

Aku pindah kat umah tu masa aku tengah menuntut dalam semester pertama tahun kedua aku. Hmmm.. at first aku sure rumah ni tak angker macam rumah aku yang lama tu, tapi bila aku dah tinggal selama 2 bulan, benda-benda menyeramkan mula berlaku kat rumah tu. Yang paling aku ingat sekali ialah time aku tengah stay up late untuk siapkan assignment aku. Nak tak nak aku terpaksa la tidur lewat malam tu. Hmm, aku tak sure la malam tu malam aper, tapi yang aku sure, malam tu bulan tengah mengambang penuh. Aku ada lah bancuh Neslo sebagai bekalan aku mengharungi malam tu, iyer la, at lease leh gak aku minum2 ker utk elakkan aku ngantuk.. pastu aku adalah bukak MP3 lagu-lagu ganaz.. heheh dulu aku melayan MP3 gothic.. sajer jer....takder niat lain tau..

FYI, PC aku kat ruang tamu, aku malas nak angkut masuk dalam bilik, buat semak ajer....Bukannyer aku takleh siapkan esok, tapi ntah la, aku rasa cam idea aku tengah mencurah-curah, melimpah-limpah sebab tu aku siapkan assignment aku tuh.. hahaha...lama gak la aku duduk kat depan pc aku tu.. member aku semua dah meleleh air liur basi diorang.. hmm ntah apa la yang diorang tengah mimpi time tu.. tetiba telinga aku terdengar macam ada orang tengah mengekeh-ngekeh ketawa dalam bilik tidur aku. Aku mula rasa tak sedap hati, takkan makhluk tu ikut aku tinggal kat umah ni? Lalu aku baca ayat kursi untuk menghentikan gangguan tu. Tapi bacaan aku tu pun tak dapat menghalang dari makhluk tu untuk berhenti ketawa. Dah la makhluk tu dalam bilik aku, aku dah chuak, apa la nak jadi kat member aku dalam bilik tu. Lantas, dengan segala keberanian yg ada kat aku (chuak pun ada gak) aku terus buka pintu bilik aku. Memang siutt....aku rasa hari tu memang buatkan aku rasa malang sangat....kenapa lah aku ni gatal sangat nak buka pintu bilik ni.. ke-siutt-an tu menyerlah apa bila aku tengok makhluk tu rupenye roommate aku. Dier mengigau lagi daa...kan aku dah kata, dier memang siutt...

Setelah di-poyo-kan oleh member aku tu, aku pun dengan rasa malas nak layan diorang ni, aku pun pergi lah sambung balik kerja aku yang terbengkalai tu. Tapi instead of aku pasang speaker, aku pasang headphone aku supaya aku leh menghayati MP3 aku tuh.. hehhehe.. tangkap banging siutt....hahahha.. besh besh.. aku tak perasaan la sampai kul berapa la aku duduk kat situ, tapi yang aku tau, bontot aku dah panas, Neslo aku pun dah habis. Aku pun take five, aku gi dapur, basuh mug aku, gi toilet pastu aku pun lepak-lepak sekejap before aku sambung kerja aku. Aku heran, mata aku tak ngantuk pun kali ni.. ni yang aku tengah boring ni, kalau aku baring pun belum tentu aku nak tidur, so aku save semua assignment aku dan aku main game. Ha kalau korang nak tau, time tu tengah hangat game 'McGees Alice' perghhhh....tangkap leleh siot.. game tu memang best.. Layan punya layan tak sangka dah nak dekat kul 4 pagi, aku pun quit game tu, pastu tutup pc. Masa aku nak tutup pc tu aku terperasaan macam ada orang lalu kat belakang aku, aku ingat kan member aku, so aku malas nak amik port. Tetiba, pintu bilik tengah terbuka. Hmm sure la member aku tu nak amik apa2 kot dari bilik tu. Actually, kitorang semua tidur kat satu bilik ajer, bilik tengah tu kitorang jadikan sebagai bilik locker dan bilik belakang tu jadi bilik solat. Tetiba aku terperasaan, weh.. apa hal lak budak ni nak amik barang dier kul 4 pagi nih.. aku jadi pelik.. aku jengah la kat bilik tidur kitorang tu.. aku tengok member aku semua ada kat situ.. dengan pelbagai style tidur yang kadang-kadang buatkan aku ni bantai gelak.. so aku pun pergi lah kat bilik tengah tu, aku pun jengah la, hmm takder amende laa.. so aku pun tutup la pintu siap kunci skali tu...pastu aku pergi toilet untuk lepaskan hajat aku.

Selepas selesai sudah upacara membuang air, aku pun keluar lah dari toilet tu. Masa aku lalu kat depan pintu bilik tengah aku tengok pintu bilik tu terbukak sikit.. ceh, saper la yang gatal tangan bukak pintu ni.. kan aku baru jer kunci. Nak tak nak akupun tutup sekali lagi pintu tu. Dah tutup tu aku kunci sekali pintu tu, aku cuba tolak pintu tu kononnyer nak test la pintu tu betul-betul dah lock ker lom.. hmm.. bila aku dah puas ati, aku pun tutup lampu ruang tamu tu. Tetiba perkara yang siutt berlaku, pintu bilik tengah bergegar, bergoncang dengan ganas nyer. Pastu macam ada bende menghempas-hempas kat pintu tu.. aku dah panic habis laa.. aku baca ayat kursi.. gangguan tu berenti jap, pastu masa aku nak masuk dalam bilik aku, tetiba pintu tu bergegar lagi.. kali ni lebih ganaz.. aku chuak tahap super-cipan.. terus aku masuk bilik, kunci bilik aku tu, lompat atas tilam aku ....hooo...takut...wooo...

Tak cukup dgn pintu bilik tengah, aku ternampak ada bayang-bayang orang melintas kat tingkap bilik aku tu.. bukan satu jer, tapi ramai....rupa dier macam orang tapi botak.. selamatlah tingkap tu ada langsir, kalau tak, for sure aku bleh nampak rupa makhluk tu... diorang lak bleh kumpul kat depan tingkap aku tu.. mak aih.. aku dah jadik super chuak, aku terus selubung diri aku dengan selimut baru aku tu... siap ada bau kedai lagik ...Mengigil-gigil aku dalam selimut tu...tup-tup aku tertidur.. hmm.. tak sangka, dalam takut-takut tu aku leh plak tertido.. hahahhaa.. hmm.. pagi tu aku bangun dengan mata aku yang sembab dan lebam.. tak cukup tido aaa.. dalam mamai-mamai tu, aku tarik selimut.. terus sambung tido. Lantak la korang nak cakap aku ni anak dara malas ker hapa ker.. tapi aku nak sambung tido.. dah la aku tak cukup tido, kene sakat plak dengan makhluk tu...aahh....lantak...;.

Demikian la pengalaman aku masa kat umah sewa baru tu.. hmm actually, bilik tengah tu memang ada cerite dier.. apa cite kalau next time aku story plak insiden masa aku tido kat bilik tengah tu.. hmm.. sebab, kat umah tu pun ada kisah angker dier yang tersendirik.. muahahhaha. Tungguuu.... sebab kisah selepas ni adalah lebih angker dari sebelum ini... muahahhaha...hahhahahha...hhahhahaa...uhuk..uhukk.. tersedak plak dah...

krdt to :

by = foxxie from = tokeikedaionline

No comments:

Post a Comment