MISTERI RUMAH SEWA PART BERSIRI LAGI
(siri terakhir sbb lepas dari siri ni takde dah update dari foxxie )
Ashii Soroe..ashii soroe.. Misuniutsu takara kuromoObaki tsutsurani tsutsunino ne
Kuwanami Utsuki tahana shitone Kinoii totsumu gunaga itaraa .Shisukani yureguu Ashii soroe .Hitoeni hibiku kirai pashii .Ashii soroe
Malam minggu aku berseorangan kat rumah, hujan turun lebat kat luar, sambil mendengar lagu jepun kegemaran aku.. terdengar siulan angin yang menyeramkan membuatkan aku teringat satu insiden yang berlaku kat aku skit masa dolu
Time tu aku kene stay up sbb semata2 nak buat banner utk satu projek mega kat kolej aku ni.. iyer laa.. bukan selalu dapat buat banner sampai kul 3 pagi iyer tak? ( pada saper2 yg macam tau2 tu.. agaknyer korang dah tau saper aku nih)wakkakakakka..wokey wokey..
Time tu aku dgn 3 org side-kick aku bertungku lumus menyiapan banner yang tak cukup kain kat atas pentas. Hehe.. penat gak wat banner ni, tapi sebabkan kami ni beretika dan berdedikasi, so, kitorg stay up la utk make sure banner tu siap mlm tu jugak. Masa wat banner tu takder bende angker yang berlaku.. agak2 sbb susuk ghaib tu pun takut tgk kitorg gelak mengalahkan langsuir, ganas and brutal mengalahkan antu dalam crite ju-on.. wakakkaka mcm2 la yg kitorg bualkan utk mengelakkan rasa mengantuk tuh. At last, dalam kul 3 pagi gitu2 kerja kitorg pun siap. So, aku pun kemas2 la bende2 yang patut.
Masa aku tengah kemas2 tu, aku terperasan macam sejuk semacam, slamat la aku pakai sweater, so tak terasa sgt sejuk tu, sambil tuh aku tgk jam tgn aku..woh, dh kul 3.25.. patut la sejuk semcm, embun sudah turun daa.. pas kemas2 tu, aku pun poie kat kotak fius utk tutup lampu dan kipas kat pentas dataran tu. Masa aku nak tutup lampu tu, terperasan macam ada orang kat sebalik tiang kat pentas tu.
So, aku pun jengah la, mana tau lak kan, side-kick aku ker, tapi bila aku jengah, takdak orang lah pulak..hmm maybe mainan mata aku yg mengantuk ni kot.. so, aku pun tak amik port laa.. aku pun tutup suis tu.. pas tutup tu, aku pun jalan menuju ke block aku tuh.. utk poie ke block tu, aku ikut short cut, aku rentas ajerk dataran depan pentas tu..masa aku rentas tu aku terasa mcm ada org panggil aku. Hmm.. maybe side-kick aku kot.. aku pun toleh ke belakang, eh.. takder orang pulak, tapi disebalik tiang tu aku nampak mcm bayangan oranghmm ni mesti bebudak aku nak kene kan aku .. igt aku takut lah tu.. so aku pun cakap la.. weit.. tak jalan aaa taktik korang nak takut kan aku aku nampak aaa ko kat blakang tiang tu..dah dah poie tido aaa..pastu aku pun gelak laa.. standard laa
Tapi aku tgk bdk ni mcm takdak respond, so aku pun meneruskan perjalanan aku menuju ke block aku. Tak jauh pun, tak sampai 2 minit pun.. masa aku nak bukak pintu block aku tuh, tetiba aku terdengar mcm ada orang teriak nama aku, kuat lak tuh.. nak apo laie bebudak nih..aku pun toleh ke belakang.. time tu ada susuk hitam berada betul2 kat sebelah aku.. aku terkejut sampai aku terjatuh terduduk, tapi tetiba susuk tuh hilangAku masih tergamam gak laa.. walaupun sekilas pandang, tapi aku pasti mmg ada susuk hitam tinggi berdiri kat sebelah aku.. aku time tu tak leh nak berdiri, aku rasa mcm berat semacam ajerk.. aku cuba tenangkan diri, mata aku pejam, aku tarik nafas, dan aku baca ayat kursi, al-fatihah dan beberapa ayat Yassin.
Alhamdulillah, finally aku leh bangun semula, tapi aku tetap pejamkan mata.. aku raba2 kawasan sekitar aku, aku paut pada tombol pintu block aku, aku gagahkan diri aku utk bangun dan terus melangkah masuk ke block aku. Pas aku tutup pintu block tu, baru lah aku bukak mata.. huh..pesal apa jadi mcm ni? Slalunyer tak pernahjadi mcm ni.. utk langkah selamat, aku poie basuh kaki aku dan amik wuduk before aku masuk bilik aku. Masa aku nak masuk bilik aku, slamat aa tak der bende yang berlaku, tapi aku tetap terasa seram2 gak la.. bulu roma aku masih lagi beremangaku amik langkah bijak, aku tukau baju, solat isyak. Sesudah ajer aku solat isyak, aku pun panjat katil..(aku tidur atas katil double-decker).. masa aku naik tu, mata aku gatal lak nak tengok tingkap.. aaa syiuttt.. apo bondo hitam kat luar tingkap haku tuh.. aaaa syiutt aku pun apo laie.. tarik selimut, selubung seluruh badan terus tertido.. at least, kalu aku dah tertido tuh, takdak aa bende2 nak kacau aku..hehhe.. aku tido dgn lenanyer sampai ke pagi..
sedar2 je pagi tu, aku dah terlewat ke kelas.. ala.. kire burn je lah kelas pagi tuh apo laie jang.. sambung tido laa..dah la badan sakit2.. aku bangun lambat skit ari tuh.. dah la bangun lambat, lapar pulak tuh.. aku pun capai tuala aku, berus gigi serta kole..terus poie mandi..masa mandi tu, aku terperasan ada kesan lebam kat bahu, lengan, pinggang dan betis aku.. hoh.. apo lak ni.. sakit pun ado gak.. masa tidur mlm tadi aku mmg tak perasan.. sejak bila lak aku dapat lebam nih??
Sampai skrang aku pelik mcm mana aku leh dpat lebam tuh.. kalau lebam kecik2 aku tak heran, tapi besar gak kesan lebam tu..adalah dalam sebesar tapak tangan aku nih.. skrang dah 2-3 bulan selepas insiden tu berlaku, walaupun kesan lebam tu dah hilang,tapi kesan sakit akibat lebam kat pinggang aku masih lagi ada sampai skrang ni..
aku pun tak tau nak buat apo..walaupun tigerbalm,cap kapak aku gunakan,tapi sakit tu tak pernah reda setiap kali waktu malam menjelma..setiap kali jam berdetik kul 11.00mlm , sakit mcm lenguh2 bisa2..hmmm.. korang ada suggestion tak mcm mana aku nak buat? Kasi la suggestion..
krdt to :
by = foxxie from = tokeikedaionline
lagi info tentang tungku di SIHAT SELALU - Bertungku Lebih Mudah Dengan Tungku Elektrik
ReplyDelete