~~~ Puding Kacang Merah v(^_^)/~~~
Resepi :
Bahan - bahannya =
1. susu sejat ideal - 1 tin
2. kacang merah dalam tin - 1 tin, guna separuh tin saje isinya.
3. air - 2 gelas air
4. gula - 6 sudu
5. agar - agar serbuk - 1 paket, bubuh separuh saje.
6. esen vanilla atau daun pandan - mewangikan puding
7. acuan agar-agar *mcm dalam gambar tu, tapi tak semestinya mcm dalam gmbar,acuan yg lain2 pun bole juga guna :)
Cara - cara membuat :
1. kacang merah dalam tin tu, tapis ambil isinya saje, kalau kacang merah tu sebiji2 korang kasi hancur, tapi jgn hancur sangat okies,ala ala kadar je hancurnya, mcm ais cream kacang merah tu.. haa hancur ala ala kadar mcmtu la.. lepas tu letak tepi dulu, kalau jenis kacang merah dalam tin tu yg dah hancur, itu lagi mudah.
2. ambil periuk , masukkan susu sejat satu tin tu, kacang merah yg dah dihancurkan tadi, dan air, kacau bagi sama rata.
3. didihkan di atas dapur dgn api perlahan.
4. da agak2 mendidih tu, bubuh gula kacau bagi sebati.. dah sebati,taruk esen vanilla setitik dua sudah,jgn banyak2 pahit pulak rasa nanti,tapi lagi elok kalau bubuh daun pandan untuk mewangikan. sehelai cukup da,barang semulajadi mestilah selalunya yg terbaik,hihi , lastly, masukkan agar - agar kacau hingga sebati jugak.
5. kacau sampai jadi agak2 pekat, lepas tu bole la tutupkan apinye.. biar sejuk seketika dalam 15 minit gitu, dan boleh la korang isikan dalam acuan agar - agar korang yg comel tu, kemudian simpan di dalam peti ais,kalau dah tak sabar - sabar dalam setengah jam bole da makan, tapi lagi sejuk lagi best makan puding ni.. yum yum yummy!
okies, selamat mencuba,buat pencuci mulut bulan pose ni mmg yummy, sekejap pn sekejap aje nk menyediakan.. hihi (^_^)
No comments:
Post a Comment