Al Quran Nur Karim

Wednesday, July 13, 2011

2

MISTERI RUMAH SEWA PART Vii
Jul 31, 2005


Amaran: Sila ambil perhatian, bagi para pembaca yang menghidapi penyakit sakit jantung ataupun bagi mereka yang mempunyai lemah semangat, anda tidak dibenarkan membaca artikel ini. Segala kejadian yang tidak di ingini adalah tanggungjawap sendiri. Harap Maklum. Terima Kasih. -foxxie-

Haa... tengah buat apa tu.. dah baca notis kan? So kalau ada aper2 yang berlaku kat korang pas korang baca article ni korang tanggung sendirik.. jangan cakap aku tak habaq kat hangpa tau.. okies.. hari ni, 13hb Oktober 2003. Pagi tadi aku ada final exam, paper International Business.. hahha.. poning.. haa.. korang nak tau tak, bebaru ni aku ada buat satu bende yang aku sendirik nyesal. Aku baru dapat tau tu hari yang pokok pisang kat depan rumah aku ni ada penghuni nyer, so kiranyer, aku yang tengah gatal tangan ni pun buat la satu bende..

Aku dapat tau, kalau kita lilit salah satu hujung benang merah kat pokok pisang dan satu lagik kat kaki katil kita, nanti cik pon akan jadi kiter nyer 'best-friend'. HAHAHHA.. bukan la best-friend macam korang sangka, tapi, dier leh jadi korang nyer 'orang gaji' lah.. ala.. gitu-gitu jer lah..

So, aku pun buat la macam tu, aku gi carik benang warna merah 7 helai, aim aku nak ikat kat pokok pisang tu. Tapi kalau setakat korang ikat ajer benang tu kat pokok pisang tu, takde bende akan berlaku. Sebab, dia ada syarat-syarat yang perlu korang patuhi.. hahhahaa.. diantaranyer..

Telur ayam,
Semangkuk air yang dititis dgn darah,
Lilin merah, dan
Sebagainyer... (ops.. korang jangan sangka aku nak habaq kat korang pasal bende ni.. aku tak moh korang buat bende ngarut..)

Woekh laa..meh sini aku story, aku pun ikat lah benang tu kat pokok pisang tu. Hujung benang tu aku ikat kat pokok mangga depan rumah aku nih. Aku taknak ikat kat katil aku sebab bukan niat aku nak ber'member' dgn cik pon tu, tapi sajer jer nak test. Hahahha.. masa aku ikat benang tu, aku buat pada senja malam khamis, tambahan plak mlm tu hujan renyai2, so syok lah aku sebab aku macam sure ajer yang plan aku nih menjadi..


Hmmm.. sah, memang sah, plan aku tu memang menjadi. Actually, tu pun aku tau secara tak sengaja. Camni, masa tu aku tengah syiok study, iyer lah aku prepare untuk paper ni la, korang pun sure dah faham dgn aku kan? Aku ni kalau study memang tak ingat dunia. Yang aku ingat aku start study kul 8.30.. study punya study aku dah tak sedar nak dekat kul 1 pagi.. pergh khusyuk ler plaks aku nih.. tapi aku tak kisah la, lagipun aku tgh mengantuk so aku Cuma pk nak tido jer lee.. tido lagi besh.. heheh..
Before tido aku ada lah buat beberapa amalan lah, solat isyak dulu, pastu aku pakai la night cream aku.. hahha.. tengah syiok aku pakai cream tu aku terperasan ada orang kat depan umah aku.. aku pun pelik aa saper la yang nak dtg umah aku nih memalam buta, gilo haper? Kalau nak buat group discussion pun aku malas nak layan, time aku nak tido time tu la korang nak kaco yer.. haram aku tak layan. So aku pun sambung la membelek muka aku ni kat cermin. Aku terperasan yg orang tu macam mundar-mandir ajer.. aku naik pelik.. aku pun jengah la kat tingkap bilik aku..

Perghhh.... punya la siutt.. aku sangkakan orang rupanyer cik pon!! Mak aih tak sangka lak cepat tul effect bende tu.... Cik pon pakai baju kurung putih, rambut dier panjang menutupi wajah nyer.. kepala dier asyik tunduk ajer.. aku tergabra gilers tahap cipan nak terberanak time tu.. kadang-kadang rasa macam ceriter the ring la plaks.. hadui.... Bau wangi bunga kenanga mula menerpa ke hidung aku sewaktu cik pon 'berjalan' menuju ke rumah aku tuh, tapi bila dia pusing balik menuju ke pokok pisang dier, bau wangi tu bertukar menjadi bau busuk cam bangkai biawak yang mati kene gilis dek lori balak. Aku terpaksa la mengontrol lubang hidung aku yang cun ni dengan bau-bauan yang memeningkan kepala otak aku nih.

Aku time tu memang dah kaku laa.... dah la terkejut dengan kehadiran Cik Pon ke rumah aku, aku pun berdiri la kat tepi tingkap tu sambil tengok gelagat Cik Pon tuh. Time aku tengah syok-syok tengok tu, aku terperasan yang Cik Pon sebenarnyer berjalan mengikut benang merah tu.. kalau benang merah tu ke kiri, ke kiri lah Cik Pon, kalau benang tu ke kanan, ke kanan lah Cik Pon. Makin lama aku tengok, aku rasa cian lak aku buat camtu. Hmm takkan aku nak tolong time ni kot, tak sanggup aku weh.. so aku tgk jer ler..

Tapi tetiba dier berhenti.. eh? Penat ker Cik Pon? Nak minum livita ker? Tapi aku tak cakap la kuat-kuat, stakat cakap dalam hati.. pastu, cik pon leh toleh kat aku.. pergh.. siot, takkan dier dengar kot? Lagipun makhluk begini memang leh tau apa yang kita fikirkan.. slow-slow dier toleh kat aku.. aku rasa macam tenungan dier straight kat aku.. aku dah bertambah takut.... aku terdengar suara dier slow ajer.. dan cik pon sebenarnya memanggil nama aku..... suara dier yang slow tu lama kelamaan menjadi nyaring..... aku bertambah takut....; rambut dier mengurai-gurai bila angin bertiup.. perghh.. lagi lah buat aku nak terkucil... dalam aku tengah mengigil tu aku pun cakap laa.. aku minta maaf, aku tak niat nak kaco dier.. tapi aku tengok cam dier tak puas ati jer.. dier masih lagi berdiri kat situ.... dalam keadaan camtu tetiba hanset aku bunyi.. aku capai hp aku tu, bila aku tgk kat screen hp aku tu, aku tgk rupanyer pakwe aku tepon, aku jawap laaa.. tapi bila mata aku memandang ke tempat cik pon berdiri, cik pon dah takder kat situ.. angin malam masih lagi bertiup dan bauan tu masih lagi aku terhidu.... aku jawap tepon tu walaupun aku masih lagi takut.. tapi perbualan aku tak lama..

Aku risau dier mungkin berada berdekatan dengan rumah aku, so aku terus naik atas katil, terus tido dgn berselubung dengan kain selimut aku tuh.... pepagi tu aku terjaga awal gak lah.. benda pertama yang aku buat bila aku bangun pagi tuh, aku terus gi depan umah.. aku tgk, lilin aku kat pokok pisang tu dah cair, mangkuk tu terlungkup.. aku lekas-lekas bukak ikatan benang merah kat pokok pisang tu. Lighter aku yg tertinggal kat pokok pisang tu aku amik dan aku nyalakan. Aku bakar benang merah tu.. aku serik laa.. tak moh aku buat bende ni.. tak sanggup.. tapi tak leh nak cakap gak.. sebab aku dulu ada gak buat bende2 dajal camni gak..... hahhaahhaa.. nak tau apa yang aku dah buat? Tunggguuuuu.. dan jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.... hiiihihihiihihiihih


krdt to ;

by = foxxie from = tokeikedaionline

No comments:

Post a Comment