selalu kalau pergi jalan jalan,mesti nak singgah minum minum jugakkan, antara kedai yang macam femes, glemer, selesa, privacy selalunya orang pilih starbucks coffee,itu yang biasa aku dengar la,selaku orang kampung ni ahaii.. :P .. barulah macam org kaya sikit hahaha..tapi aku takdenye, gerai biase sudah.. huhu.. tapi bukan nak sembang pasal kedai dan double standardnya.. bukan bukan bukan..
tapi aku nak cerita pasal jenis jenis perkataan dalam istilah peminum kopi macam kita kita ni seperti espresso, latte, cappuccino, macchiatos, dan mocha. ape kebendanye tuu.. haa~~~Berikut disajikan beberapa resepi atau istilah dalam menu minuman kopi ni,
baca baca bacaa.. kalau nak tau lahh..
Espresso adalah kopi pekat dengan tingkat konsentrasi dan rasa yang kuat, untuk membuat espresso memerlukan mesin espresso. Espresso sendiri dalam bahasa Itali bererti kopi. Espresso tanpa campuran dan disajikan dalam gelas kecil disebut shot. Satu gelas shot sama dengan 44 mililiter cairan. Komponen espresso yang terpenting adalah cream, iaitu buih keemasan yang terdapat di permukaan kopi, di dalamnya terdapat minyak, protein, dan gula.
Shot espresso merupakan basic minuman kopi lain, seperti latte, cappuccino, macchiatos, dan mocha.
Latte dalam bahasa Itali bermaksud susu. Coffee Latte stail Amerika mempunyai kombinasi sepertiga espresso dan dua pertiga susu, sehingga rasa susunya lebih dominan.
Mocha (Moccacino), komposisinya sama dengan latte, tapi ditambah dengan satu shot coklat (cocoa). Resepi ini ditemui di Amerika, mocha jarang ditemui di Itali dan negara Eropah lain. Beberapa daerah di Eropah menggunakan istilah Moccacino yang bermaksud Caffee Latte dicampur coklat. Nama Mocha sendiri sebenarnya adalah sebuah nama varietas kopi dari daerah Mocha, Yaman. Meskipun dibuat tanpa campuran coklat, tapi kopi mocha asli Yaman seperti ada rasa coklat didalamnya.
Cappuccino hampir mirip dengan latte, tapi kombinasinya berbeza. Terdiri dari sepertiga espresso, sepertiga susu, dan sepertiga buih susu. Elemen terpenting dalam membuat secangkir cappuccino adalah tekstur dan temperatur susu.
Con Panna adalah espresso yang disajikan dengan cream diatasnya.
Macchiatos, menurut Starbucks, macchiato adalah satu shot espresso dengan sedikit buih susu di atasnya.
American Coffee adalah satu shot espresso yang dicampurkan dengan air panas.
Irish Coffee klasik terdiri dari hot coffee yang dicampur dengan Irish whiskey, gula, dan double cream yang terdapat diatasnya , Irish whiskey biasanya diganti dengan Kahlua.
*macam nak bagus bagus je bahasa dekat atas ni.. haa korang bagi faham2 sendiri sudah, kalau peminat minuman kopi mesti faham rr.. haha, selamat berhujung minggu dan selamat kopi kopi.. tralalala..~~~
No comments:
Post a Comment